Nuffnang Ads

Monday, July 28, 2014

Entri Pagi Syawal : Takbir Hari Raya Dan Solat Sunat Aidilfitri

Salam Syawal, Salam Lebaran. Setelah sebulan berpuasa, tiba masanya kita berhari raya. Sebut ja hari raya ni apa lagi rutin standart hari raya pagi-pagi ni, bagun awal-awal siap-siap pi masjid la untuk Solat Sunat Aidilfitri. Sebelum gua nak ke masjid jap lagi rasanya sempat lagi kot nak kongsi cara Solat Sunat Aidilfitri beserta lafaz Takbir Hari Raya..huhu..Benda setahun sekali ni kadang-kadang kena refesh balik kan. 

Memang Tok Iman tiap-tiap tahun akan explain tentang benda ni setiap kali raya sebelum kita nak mula Solat Aidilfitri ... Ok sebelum Tok Iman Masjid korang explain, gua rasa ada baik gua explain kat korang dulu kot mana la tau kot Tok Iman MC ke jap lagi, boleh la korang offer diri jadi tukang explain kan..kah3.....

Lafaz Takbir :



Hukum Melaksanakan
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

Waktu Solat Sunat Hari Raya
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

Pengenalan Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.

Cara Pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya

Rakaat Pertama
1. Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :


tasbih


2. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A’la atau Al-Kafirrun.

Rakaat Kedua
3. Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

Khutbah

4. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

5. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.


Niat Solat Hari Raya

solat-raya

Apa tunggu lagi!!!...jom pakat-pakat pi Masjid









Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sehari sebelum raya memang agak menyibukkan.memandangkan dah berapa hari tak update blog, saja gua mengagahkan diri lepas sahur tadi letak video yang diedit Sempena Raya ni, tak tau nak post apa dah time-time nak raya macam ni,macam-macam nk kena buat, hari ni lagi la macam-macam nak kena settle..hehe

Apa-apa pun, Salam Aidilfitri kepada seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khasnya. Semoga lebaran ini memberi sejuta makna dan kegembiraan meraikan hari kemenangan..mohon kemaafan zahir dan batin andai ada salah dan silap... Ihklas dari hooreey.blogspot.com


Ni la lagu yang paling gua suka, memang betul-betul lagu raya lah!!!..dia punya lirik banyak raya..berapa banyak raya daaa...

Sunday, July 20, 2014

Hantar Parcel Dengan Murah, Cepat Dan Selamat.. InsyaAllah



Assalamualaikum dan salam Ramadhan, sedar tak sedar kita dah masuk hari ke 22 Ramadhan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, dugaan dan cabaran Ramadhan berjaya dilalui dengan jayanya. Cuma hari ni gua ada rasa sikit panas la, panas rohani dan jasmani. Mana tak panasnya dah la cuaca hari ni agak panas, suhu sekeliling pun meningkat panas dek kerosakkan penyaman udara yang dah 3 hari tak ok-ok, pasang kipas habis power pun angin ja kuat, suhu tetap panas, angin la gua. Tu kira panas jasmani la, ni yang rohani lagi panas, call pomen aircond pun tak mai-mai, bukan gua tak pandai nak repair sendiri aircond ni, tapi gua ni pomen nombor enam ja, kalau gua pomen aircond ni nanti kalau tak lingkup, mesti jahanam....kah2

Tapi dalam panas-panas ni la rasa nak share something yang maybe ada yang dah tahu dan berkemungkinan ada yang masih belum tahu. Ilmu Allah SWT ni  maha luas kan, jangan la dok riak takbur yang kita ni tau segala mak neka.Ok la kalau betul la ada yang mengaku semua benda dia tahu, gua nak tanya satu soalan....Telur dengan Ayam mana yang wujud dulu??? tak pun soalan lagi senang la.. Siapa yang cipta tanda Seru ( !!! ) ??? tau ka??..

Trend sekarang ni ramai yang dikalangan kita menjalankan pelbagai kerja sampingan untuk menanggung kos sara hidup yang makin meningkat saban hari. Antara salah satu cara untuk menambah pendapatan ialah menjalankan perniagaan online. Dalam perniagaan online ni, barang-barang yang telah dibeli pelanggan tu bukan nak boleh hantar secara online jugak, kalau ada pun mungkin dalam bentuk perisian, softcopy yang boleh menggunakan medium internet.Tapi kalau korang jual kasut ka, belacan ka, telur masin tak pun jus petai  macam mana?? nak email jugak ??.. tak tau la gua kot dah ada sofware yang boleh convert semua benda jadi digital dan boleh dihantar secara online..dah ada ka benda secanggih tu sekarang?? Akan datang InsyaAllah.. tak siapa yang tau rahsia Allah ni..

Memang untuk proses hantar menghantar ni semua maklum Pos Malaysia menjuarai kepercayaan pengguna disamping syarikat-syarikat lain yang bersaing sesama sendiri untuk memenuhi objektif utama pelanggan iaitu memastikan barangan mereka tiba di lokasi dengan selamat. Tetapi tahukah anda Bas-bas ekpress yang kadang-kala kita tengok meng"gila" dengan kelajuan yang tak munasabah atas highway mempunyai kegunaan lain selain mengangkut penumpang semata. Bas ekpress ini juga dapat dijadikan medium penghantaran alternatif yang pada pandangan dan pengalaman gua, memang menjamin penjimatan yang berlipat kali ganda dari segi kos, masa dan keselamatan. Dan percaya lah gua pernah menghantar kotak berukuran 70cmx50cmx50cm seberat 15kg setiap satu sebanyak 2 kotak dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dalam masa hanya 5 jam pada harga yang amat-amat berpatutan tanpa kos-kos sampingan ( ala macam makan KFC tu, harga menu lain, time bayar harga lain )hanya  RM 30 ( Rm15 x2 )!!!!!!..tak payah tertakluk kepada syarat 3 ari bekerja pun, x sempat penerima nak pegi kerja lagi barang dah sampai...





Bas Express Etika yang mencatat rekod pembayaran termurah RM15 sekotak berat 15kg ( Semua bergantung kepada " Etika" driver la )


Tambah-tambah time dekat nak raya ni, order perniaga online kita mesti melonjak-lonjak dan time melonjak tu la kita boleh ambil peluang untuk melonjakkan lagi keuntungan dengan " Cut Cost " untuk penghantaran melalui penghantaran alternatif ni. ( Bro-bro posmen jangan marah gua plak,gua cuma nak kurangkan bebanan yang korang tanggung setiap tahun bila tiba musim perayaan ni ) Bagaimana caranya?? Begini caranya..


1. Deal dengan buyer masa yang sesuai untuk dia ambil barang tu ( Contoh Buyer nak ambil barang dekat PUDU Jam 6.30 petang )

2. Pergi ke terminal Bas berdekatan untuk pilih Bas yang sesuai yang boleh sampai ke destinasi dalam masa yang dikehendaki ( Jangan tanya kaunter tentang nak kirim barang, just tanya kat kaunter bila masa perjalanan,destinasi bas yang akan dipilih )

3. Dah kenalpasti bas yang sesuai, terus deal dengan driver.Sepanjang pengalaman gua, tak dak seorang pun driver yang menolak bila kita cakap nak kirim barang..masyuuukkk tu..ala macam rezeki terpijak.
Selalunya driver yang tak tamak haloba dia tak kisah pun berapa korang nak bagi, dia akan tanya kita lagi " Selalu berapa dok bayar??" kalau kena driver macam ni memang Alhamadulillah.( setengah driver memang demand, yang demand-demand ni kalau terdesak tu boleh la, kalau ada choice lain, jangan tunggu lagi cabut la cari bas lain, biar dia tau orang tamak selalu rugi!!)

4.OK dah deal ngan driver tentang masa perjalanan,sampai jam berapa, turun dekat mana dan bayaran,       ( Bayaran paling limit RM 30 je sekotak, kalau lebih dari tu tak payah la layan, cari bas lain ) Mintak nombor Handphone Driver, maklumat tentang bas macam nombor plate bas, nama Bas Express tu.

6.Hantar maklumat-maklumat tu kepada buyer, apa-apa nanti buyer akan call driver masa nak pickup barang bila dah sampai.




Kalau driver yang kita deal tu perempuan yang cun kira ok la, leh jugak simpan nombor phone dia lama-lama sikit..kih2



Tu je la, hantar pagi petang sampai ,tak " dijamin sampai esok" hari ni jugak dijamin sampai..InsyaAllah
Tapi nak over confidance pun x elok jugak kan, setiap perkara ada baik buruknya. Kalau nak dipikirkan keburukkan pakai penghantaran altenatif ni..


1.Terdedah dengan penipuan ( Driver sapu duit tambang dan barang )

2.Berlaku kemalangan pada bas, tak sampai la barang tu dengan pantas(kot bas terkena peluru berpandu ka)

3.Terhad kepada penghantaran semenanjung sahaja ( Sabah Sarawak maybe bila Malaysia dah buat jambatan ke Borneo la kot )



*Tapi semenjak gua berkecimpung dalam bidang ni, kebarangkalian berlaku perkara dia atas, Alhamdulillah..0.0000000%. Kepada yang tercari-cari jalan lain untuk mengurangkan kos penghantaran boleh la mencuba..Daun Serai, Buah Labu, Tak Try, Tak tahu...Selamat mencuba..ehh dah macam rancangan memasak pulak..huhu

Tuesday, July 15, 2014

Baju Raya Dan Tips Jimat Raya

Assalamualaikum, semalam lepas berbuka sambil gua rileks amik angin bagi nasi turun perut ( lepas makan jangan terus mandi, nanti perut boroi ) tak percaya?? percayalah coz gua dah amalkan benda ni sejak form 3 dan hasilnya..Alhamdulillah berjaya maintain dan mengekalkan bentuk perut gua yang berketak-ketak ni..kih2..Ammar anak sulung gua memulakan perbualan " Babah pasai pa kita tak raya lagi??", gua cakap la pasai kita puasa tak cukup 30 hari lagi mana bole raya.." Tapi kawan abang kat sekolah kata dia dah beli baju raya, tapi awat kita tak raya lagi"..aah pening dah.. anak gua ingat bila dah beli baju raya dah boleh terus raya kot..ish-ish..ni la dikatakan pengaruh rakan sebaya...semenjak dah mula sekolah ni dah macam-macam soalan pelik yang gua nak kena jawab...tapi tak pa la bagus untuk perkembangan minda dia.

" Babah jom la kita p beli baju raya, kawan abang dah beli dah"..tetiba kedengaran suara si adik pulak bersuara " yeay!! adik nak baju raya dudak( jugak )"..bila dah riuh macam tu gua pikir malam ni macam free ja tak buat apa-apa, ada lebih baik buat persediaan awal dari bersesak-sesak saat akhir ye tak. So keluar la gua bersama family ke bazar Aidilfitri berdekatan. Ronda punya ronda..Alhamdulillah jumpa jugak yang sedondon abang ngan adik. Baju melayu yang dah siap ni memang agak sukar sikit kalau nak cari yang sedondon, kadang-kadang dah jumpa yang abang, yang adik pulak tak muat, adik dh ok abang pulak tak ok. Lain la kalau tempah, tapi time ni mesti kena maki dengan tukang jahit la kalau nak buat baju, lagi dia bengang kalau kita dok sound dia suruh buat cepat, dah la hantaq waktu puncak, nak amik cepat pulak tu..mesti hangin punya lah...haha



Best saja dah dapat baju




Terbaik



Dah on the way balik adik pulak sound " Babah jom kita p ICHITI " alamak!! ICT nun kat Shah Alam sana dik ooi bukan dia dekat, kita ni kat Jitra ni..haha..tapi Alhamdulillah, bagus jugak pihak majlis perbandaran ni, ada jugak buat ICT tiruan kat sini.





Nah ICT.. janji ada pokok ada lampu..kih2

Menjelang musim perayaan ni memang kita semua sibuk buat persiapan ye tak?? tapi biarlah berpada-pada.Kepada yang kurang berada, jangan dok pakai moto " Biar Papa Asal Bergaya ", kelak binasa porak poranda, pening kepala nak bayar hutang lepas raya...Ok ni ada 25 Tips Jimat Menjelang Hari Raya... 

  1. Anggap Raya Macam Hari Biasa
  2. Buat Senarai Barangan
  3. Tetapkan Bajet untuk Setiap Ahli Keluarga
  4. Elak Beli Secara Spontan
  5. Jangan Bersaing
  6. Elak Bawak Anak2 Selalu Beli Belah
  7. Jangan Terpengaruh Dengan Iklan
  8. Bawa Rakan
  9. Ganti Perhiasan Yang Perlu Sahaja
  10. Pilih Barang Kualiti Tetapi Murah
  11. Penyediaan Juadah Yang Berpatutan
  12. Beli Belah Saat Akhir
  13. Satu Kad Kredit Sahaja!
  14. Sedekah Berpada2
  15. Utamakan Yang WAJIB
  16. Tawar Menawar
  17. Tetapkan Matlamat
  18. Main “Kutu”
  19. Elak Berseorangan
  20. Rekodkan Perbelanjaan
  21. Jangan Boros
  22. Teknik 1/3 Gaji
  23. Mula Menyimpan
  24. Cari Duit Sampingan
  25. Rancang Lebih Awal


* Kualiti gambar kurang memuaskan, maklumlah pengunaan kamera dari gedjet tercanggih Nokia C1..Kih2


Monday, July 14, 2014

Germany 1 Argentina 0

Salam Ramadhan, sedikit breaking news pagi ni, apa lagi kejayaan German mucul juara world Cup Brazil 2014. Dengan berkumandang tiupan wisel penamat oleh Nicola Rizoli pengadil dari Italy, German menoktahkan jalan cerita Worldcup tahun ni dengan melengkapkan kejayaan yang ke -4 sejak kali terakhir memenanginya di Italy 1990. 

Gol minit 113 masa tambahan oleh Mario Goetze sudah memadai untuk German menjadi Juara mutlak  World Cup tahun ini. So the next edition Russia 2018, kalau tak kiamat sempat la kot coz dengar citer NASA ada penemuan yang mengatakan berkemungkinan tahun depan Matahari akan memunculkan dirinya dari ufuk Barat. Dan bagi mereka, ia adalah fenomena alam yang tak perlu dirisaukan. Wallahua'qlam



Ish..ish... Dunia semua ni...


* Tengok gambar kat atas tu terimbau kembali zaman kegemilangan gua ketika mengemudi pasukan " Dorm 5A" menjuarai Piala Antara Dorm 1999 di sekolah dulu...Peringkat tertinggi dalam karier gua sebagai pemain Amatur ( Nasib baik la separuh player utama team sekolah satu dorm ngan gua..boleh jugak menumpang..Kah2 )



Sunday, July 13, 2014

Bagaimana Trade In Kereta Yang Belum Habis Bayar


Salam Ramadhan..sebenarnya malam ni gua rasa macam letih sangat, mana taknya, pagi tadi dalam jam 10 bini gua bising cakap rumput belakang rumah dah boleh tuai dah, dah cukup matang katanya..hhmm..pinjam la kejap mesin jiran sebelah memotong dalam sejam macam tu. Cuaca memang boleh tahan panas, tapi saja gua nak cabar diri untuk menempuh saat-saat extreme macam tu di bulan puasa ni kan. Perghhh..boleh tahan la..baru ada cabaran dan dugaan sikit puasa. Dah habis tu lagi mencabar, anak-anak pulak buat perang psikologi., minum sirap ais depan gua..Pergghhh

Dah malam ni balik tarawih, anak-anak dah tido, bini gua apa lagi terbongkang sekali. Tiada teman bicara, nak tido macam panas pulak, bagun buat milo ais datang idea pulak nak update blog. Maklum la baru ada blong ciwi lagi.. CIWI tu apa bro??? hang ni sibuk la..asal aku nak buat entri ja ada saja soalan hang..nanti-nanti la aku cerita pasai CIWI tu.

Malam ni rasa nak cerita tentang “ Macam mana cara nak menambah hutang” ataupun “Bagaimana Trade In Kereta Yang Masih Belum Habis Bayar “. So malam ni gua rajinkan diri untuk menjelaskan cara-cara jual beli tersebut.

Ini adalah berdasarkan pengalaman member-member gua yang ada dikalangan mereka  memang berkali-kali menjalankan aktiviti menambah hutang ni. ( Gua ni jenis lelaki yang setia,jarang tukar keta, masa couple dulu pun jarang tukar awek..kih2 )


Dalam kes ini, kereta yang gua nak jadikan sebagai contoh ialah sebuah Perodua Myvi 1.3 manual buatan tahun 2005. (Ini sebagai contoh ajer...kalau korang nak buat keta Ferrari pun boleh )


Ini detailnya :-
Jenis Kereta : Myvi 1.3 (M) 2005
Beli : (Baru) November 2005 (start bayar Disember 2005)
Harga Atas Jalan(Termasuk Insuran Road Tax): RM47,000
Deposit : RM5,000
Loan : RM42,000
Jangkamasa Hutang: 9 Tahun (108 Bulan)
Interest: 3.5% = RM13,230 (9 tahun)
Jumlah kena bayar: RM42,000 + RM13,230 = RM55,230
Ansuran bulanan: RM512 (Sepatutnya RM511.39.. jadi bulan terakhir bayar kuranglah)

Info kat atas tu boleh cari kat aggreement yang bank bagi masa kita beli kereta dulu.


Sebelum terjah ke kedai kereta, lebih baiklah buat anggaran kira-kira terlebih dahulu.

1. Jumlah Hutang Yang Tinggal (Settlement)

Mula-mula kita kena tengok dulu berapa hutang yang tinggal. Takut-takut, harga market kereta tak boleh cover hutang kita tu pulak... macam mana nak beli kereta lain kalau macam tu..! Biasanya kalau loan kereta 9 tahun kenalah pakai lebih kurang 5 tahun baru ada balance untuk dijadikan muka kereta baru. Kalau loan 7 tahun, rasanya bayar kat bank 3 tahun dah ok kot. Kena kira lah dulu.

Bila kita trade in kereta, sebenarnya kita akan dikira bayar lump sum kat bank hutang kereta kita tu. Kita bayar habis (kononnya), jadi bank akan suka hati (kononnya) so dia bagi kita rebet pasal habiskan bayar hutang lebih awal dari jadual. Setelah ditolak rebet, hutang kita pada bank akan jadi kurang. (Jumlah hutang yang tinggal ni dipanggil 'settlement')

Berdasarkan info kat atas tu:
Kononnya gua nak jual kereta tu pada bulan (Mei 2012 ).

Dah bayar selama 78 bulan iaitu RM39,936.
Ikut jadual hutang ialah RM55,230 - RM 39,936 = RM15,294 (Tinggal 2 tahun setengah jer)
RM15, 294 adalah hutang sebenar. Tapi pasal kita akan clearkan hutang 2 tahun setengah lebih awal. Maka bank akan bagi rebet. Jadi berapa hutang gua?

Pergi kat link sini Autoworld Car Loan Settlement Calculator
 dan isi maklumat
Setelah dikira, jumlah yang gua kena bayar kat bank ialah RM14,316.00. Rebet yang gua dapat ialah RM977.75. Sikit jer, pasal tinggal 2 tahun setengah jer.

Ini anggaran jer tau. Kalau nak tahu jumlah yang tepat kena telefon bank. Bank akan tanya tarikh sebenar nak jual kereta tu, dan kira berdasarkan tarikh tersebut.

2. Nilai Harga Pasaran Kereta Lama

Sekarang dah tahu hutang bank gua. Langkah seterusnya ialah survey harga pasaran untuk kereta tu. Kena cek sendirilah samada cara online atau cek kat kedai kereta terpakai di kawasan kita.

Sebagai contoh:
 myvi 2005 mudah


Website lain untuk survey harga kereta:
motortraderAutoworld
Katakan setelah disurvey harga kereta lebih kurang RM25,000.
 

Itu harga market. Bukan harga tokey kedai 2nd nak beli dari kita. Biasanya tokey kedai 2nd ni memanglah cekik darah tahap gila cadbury punya. Paling tinggi pun mungkin dia nak ambik Myvi gua tu ialah RM20,000.

(Sebenarnya kalau kita nak trade-in kereta tu, dan beli kereta lain di kedai yang sama (kereta 2nd juga), biasanya salesman akan ambik kereta kita dengan lebih tinggi. Tapi kalau beli kereta baru, biasanya diorang akan ambik kereta kita pada harga serendah yang mungkin, sampai kita rasa nak tumbuk jer muka salesman tu...Kah3.)

3. Downpayment Kereta Baru

Bila dah tahu settlement yang kena bayar dan anggaran harga pasaran semasa kereta kita, barulah kita boleh kira berapa downpayment yang kita dapat letak untuk kereta baru kita tu. Dalam hal ni, kereta baru yang gua maksudkan ialah kereta yang kita nak beli selepas ini, (tak semestinya kereta BARU).
Harga pasaran kereta lama: RM20,000
Settlement bank: RM14,316
Baki yang tinggal: RM5,684 
(macam mana?? bayar kereta 7 tahun lebih tapi cuma 5 ribu lebih jer yang tinggal..)

Biasanya, bank akan bagi loan sebanyak 90% sahaja dari harga kereta. Dari baki sebanyak itu gua cuma boleh beli kereta yang berharga lebih kurang RM56,000 sahaja. Tapi contoh la kan, gua nak beli keta Proton Preve.. Harga dia yang spec paling tinggi ialah lebih kurang
 RM72,990 (Harga atas jalan termasuk insuran dan road tax).


10% dari RM72,990 diperlukan sebagai downpayment iaitu RM7,299.
Perlukan lagi RM1,615. ( Mana nak cekau ni!!!..kih2 )

Nanti dulu! Ini selalu orang lupa.
NCD (No claim discount) gua ada 55%. (NCD ni cuma bagi mereka yg dah ada insuran kereta lama lepas tu nak trade in. Kalau tak pernah beli kereta tak ada NCD) Harga Preve tu adalah harga atas jalan iaitu termasuk insuran dan road tax. Setelah dikira dari sini (Car Insurans Calculator), insuran Preve ialah lebih kurang RM2,100. NCD 55% dari RM2,100 ialah RM1,155. Oleh itu harga Proton Preve setelah ditolak NCD ialah 71,835. Bermakna perlukan RM7,184 sebagai downpayment.

Setelah ditolak balance kereta Myvi tu gua perlukan RM1500 sahaja. Kalaulah Proton ada bagi diskaun RM1000-1500 tak payahlah gua nak tambah duit poket. (biasanya kereta yang baru dilancarkan memang tak ada diskaun). Kalau nak tunggu diskaun, belilah kereta time musim perayaan, Raya Puasa ke, Gong Xi Fat Chai ke, ataupun jualan akhir tahun. Tapi kadang-kadang ada juga diskaun dari salesman sendiri... kena tanyalah kat salesman.

Dalam kes ini gua kenalah keluar duit poket sebanyak RM1500 untuk genapkan downpayment kepada RM7184. (Tapi biasanya diorang genapkan jadi RM7,200 lah untuk senang kira nak buat loan.)

Berapa sebulan gua kena bayar?

Harga kereta: RM71,835
Downpaymanet: RM7,184
Interest: 2.8% (ini kena tanya bank atau salesman)
Jangkamasa bayaran: 108 bulan (9 tahun)

loan = harga kereta - downpayment
       = 64,651

interest = loan x 2.8/100 x 9
            = 16,292

ansuran bulanan = (interest + loan) / 10   = 749.47

Nak senang kira pergi sini
 Car Loan Payment Calculator

4. Pergi ke kedai Kereta

Bila dah buat kira-kira dan anggaran, barulah ke kedai kereta. Carilah salesman yang muka agak baik dan cakaplah nak beli kereta. (Walaupun muka baik, janganlah percaya sangat salesman kereta ni woi..) Lepas tu bagitau dia sekali ada kereta lama nak trade-in. Bandingkan dengan anggaran yang dah dibuat dengan kira-kira yang di buat oleh salesman agar tidak dicekik banyak sangat.

Macam kes gua nak beli Proton Preve ni (kononnya), maka gua akan ke kedai Proton yang gua rasa best untuk tanya-tanya pasal pembelian kereta baru ni(bukan yang paling hampir ye...).

Biasanya bila dibagi tahu kita ada kereta lama nak trade-in, salesman ni akan contact dealer kereta secondhand (dari luar), untuk tanya harga kereta kita tu untuk ditolak. Lepas tu tanya kita setuju tak dengan harga tu. Bandingkanlah dengan anggaran yang kita dah buat kat rumah. Kalau lari jauh sangat, cakaplah tak setuju. Suruh salesman tu cari dealer lain, ataupun kita cari salesman lain atau cari branch lain.

Bila dah dapat harga yang kita suka, salesman akan buat kira-kira. Berapa kemampuan kita dari gaji, berapa downpayment, berapa bayaran ansuran, berapa diskaun, apa dokumen yang diperlukan dan lain-lain. Jika dah suka, jangan setuju dulu. Ambil kertas kira-kira tu dan bawak balik. Pertimbangkanlah dulu sampai betul-betul puas hati.
 
Kalau yang Islam tu, buatlah solat istikharah, mintak petunjuk dari Allah. Mudah-mudahan kita buat keputusan yang betul.

5. Pergi ke Kedai Kereta Lagi
Bila dah setuju, sediakanlah dokumen-dokumen yang patut. Kebiasaanya dokumen yang diperlukan ialah:
Makan gaji:
1. Slip gaji 3 bulan
2. Borang EA/ slip income tax
3. Mykad dan lesen
4. Kalau ada lain-lain pendapatan sertakan bukti (slip gaji, buku bank atau apa-apa yang patut)
Kerja sendiri
1. Bank statement 6 bulan
2. Pendaftaran perniagaan (ROB), (termasuk slip butir2 pemilik).
3. Penyata Income Tax
4. Mykad dan lesen
5. Kalau dalam bank/ASB ada banyak duit.. bawak buku akaun.

Pastikan slip gaji atau bank statement adalah bersesuaian dengan harga kereta yang kita nak beli! Kalau tak nanti sesia jer kena reject mentah-mentah.


Jumpa dengan salesman yang kita jumpa hari tu, dan cakaplah kita dah bersetuju untuk membeli kereta. Bagi semua dokumen yang dia mintak dan bayar duit booking. Duit booking mungkin dalam RM100-200, bergantung. Jangan bayar downpayment dulu. Setiap bayaran yang dibuat mesti mintak resit rasmi.

Duit booking ni nanti akan ditolak daripada duit downpayment.

6. Tunggu Bank Telefon.

Sekarang ni nak buat loan kereta dah agak susah, pasal Bank Negara dah ketatkan lagi syarat-syarat nak bagi loan. Kalau dulu senang jer. Nak beli kereta yang ansuran bulanan RM500, ko kena ada gaji kasar 3 kali ganda iaitu sebanyak RM1500. Sekarang ni, dah tak boleh gaji kasar. Kena kira gaji bersih. Maknanya kira epf, hutang rumah, hutang kad kredit, status perkahwinan, berapa anak, sejarah bayar hutang dan macam-macam lagi. Senang cakap, kalau nak beli kereta bayar ansuran RM500, kena gaji lebih kurang RM2,500 baru senang nak lulus loan... hahaha.. 

Kalau ada blacklist CTOC atau CCRIS, lagilah susah. Macam tak boleh lulus jer. Jangan berharap sangatlah kalau nama blacklist (kecuali kalau pakai orang dalamlah kot). Tapi semuanya bergantung pada bank juga. Ada juga yang nama blacklist, tapi bank luluskan loan dia, mungkin pasal orang tu sangat loaded ataupun mempunyai sejarah yang sangat baik dalam aktiviti membayar hutang agaknya.

Satu dua hari lepas kita submit dokumen, bank akan telefon untuk interview mengenai loan yang kita nak buat dan untuk pengesahan kerja dan pendapatan dan lain-lain. Pastikan handphone sentiasa disisi. Kat office pulak, bagi tau dan pakatlah dengan sesiapa yang berkenaan.

Biasanya kalau bank telefon sebelah pagi, sebelah petang dah boleh tahu lulus atau tak loan kita tu. Kalau tak sabar boleh telefon salesman kereta tu cepat-cepat... kah2

Sambil tu, kalau nak beli no plat yang kita suka, cepat-cepat bagi tahu salesman. Salesman akan mintak bayaran yang sepatutnya untuk tender nombor tu. Taklah mahal sangat, kalau nombor-nombor biasa dalam RM250-RM350 jer. Yang popular sekarang ni, suka nombor plat 3 digit,... bagitahulah kat salesman tu, nak nombor 3 digit.. tak kisahlah apa-apa pun. Kalau nak nombor 2 digit.. mahal tuu..

7. Sign Aggreement.

Bila dah lulus, dalam satu dua hari salesman akan telefon suruh datang. Tapi sebelum datang tu, kasi clear dulu barang-barang dalam kereta lama. Sebab lepas ni nak serah kereta lama tu. Nak peluk ker nak cium ker, nak nangis air mata perpisahan ke..nak basuh kali terakhir ker.. buatlah kat rumah.

Bila dah settle datanglah seperti waktu yang dijanjikan untuk sign aggreement bank, termasuklah sign surat serah kereta lama, insuran dan lain-lain (banyak tu). Lepas sign, barulah bayar duit downpayment dan jangan lupa mintak resitnya.

Masa ni kena serahlah kunci kereta lama. Pandai-pandailah nak balik macam mana. Tapi kalau salesman tu baik hati dan pandai ambik hati, dia akan bagi pinjam kereta lain buat sementara waktu.

Kalau beli kereta second hand, lepas sign aggreement dah boleh terus bawak balik kereta barulah.

Hutang kereta kita yang tinggal kat bank akan dibayar oleh dealer kereta secondhand. Diorang takkan tukar nama selagi kereta lama kita tu tak dibeli oleh orang lain. Kadang-kadang (selalu juga), diorang tak bayar sampai dua tiga bulan, dan bank akan tak habis-habis call kita.

Benda ni gua rasa memang satu kelemahan dalam sistem jual beli kereta dalam negara kita yang menjadikan pengguna sebagai mangsa. Tak ada perlindungan bagi pengguna. Kalau apa-apa berlaku kepada kereta lama kita tu, (yang belum disettlekan bayaran), bank tetap akan cari kita, dan nama kita juga yang akan black list. Memang banyaklah perkara-perkara ngeri yang belaku disebabkan oleh benda-benda macam ni. Nak cerita pun, kena buat tajuk lain...

Apa yang kita boleh buat cuma call salesman atau dealer kereta tu sajer, suruh diorang bayar cepat.

Tapi ada cara yang lebih selamat iaitu, kita cari buyer kereta lama tu sendiri. Letaklah iklan kat surat khabar ke, kat majalah motortrader, kat internet, tanya kawan-kawan, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.

Bila dah jumpa pembeli, pembeli tu kena buat loan baru dari bank untuk beli kereta lama kita. Jangan main sambung bayar jer. Cara jual beli kereta main sambung bayar ni memang macam nak gantung diri jer. Bahaya! Walaupun adik beradik atau kawan baik. Tak pasal-pasal boleh putus kawan atau perang saudara nanti.

Lepas loan lulus nanti kena gi JPJ submit dokumen pindah milik dan lain-lain lagilah. Tapi memang lecehlah kalau proses sendiri. Yang mudah, suruh salesman kereta buatkan jer... tapi kena cekik sikitlah.

8. Ambil Kereta Baru.

Biasanya salesman akan janjilah berapa hari kereta kita boleh keluar. Mungkin dalam dua tiga harilah macam tu. Masa serahan tu ceklah betul-betul keadaan kereta tu. Kalau boleh bawaklah orang yang berpengalaman. Kalau ada cacat cela, terus jer komplen kat salesman.

Bila dah settle. Jangan lupa mintak free gift. Kalau salesman tu pandai, dia akan bagi juga apa-apalah sebagai free gift. Dapat setereng lock atau minyak wangi pun dah okay. Bukan apa, untuk buat customer dia rasa seronok dapat hadiah... walaupun tak seberapa.

Bila dah bawak balik, buatlah apa-apa yang patut... nak buat doa selamat ke, nak mandikan ker..

Masa yang diambil dari mula-mula submit dokumen kat salesman sampailah dapat kereta ambil masa dalam 5 hari bekerja... itu paling cepatlah. Kalau paling lambat pun dua minggu. Itu kalau ada stok. Kalau tak ada stok.. kena tunggu stok dululah.

Ni ja kot yang gua nak share. Bukannya semua mesti berlaku seperti apa yang gua cerita, tapi cukup sebagai panduan dan idea bagi sesiapa yang sedang berangan nak beli kereta baru tapi tak ada clue langsung macam mana nak mula.

Saturday, July 12, 2014

Koleksi Gambar Tanpa Kesan Photoshop

Salam Ramadhan, lepas sahur tadi dah rasa macam cergas dan tak rasa mengantuk, buat tu sikit buat ni sikit dah last sekali dah tak tau nak buat apa gua rasa ada lebih baik update blog. Lagipun lepas Subuh ni tak digalakkan tidur sangat kot..apa orang kata tido lepas Subuh ni mewarisi Kemiskinan. ( Tapi kalau time betui-betui gua mengantuk, miskin tak miskin,memang hentam tidoq sampai petang..Kih2 )Sambil-sambil dok melayari internet di pagi yang hening ini, terserempak la dengan beberapa keping gambar yang nampak macam guna kesan khas Photoshop, tapi hakikatnya gambar tu real.. jom kita tengok..


Budak ni naik kuda sambil pegang Pedang Lightsaber




Awek Berkepala anjing tengah Mengail ( Mancing la tu )



Lelaki berbadan Elastik




Lori ni nak bawak cruise ni repair kot??




Rambut pendek tapi boleh pulak bertocang.





Ehmmmm nyamannya rambut ni..





The Hobbit




Segak tak saya??




Seksinya!!!




"Loqlaq sungguh.. tak dak tempat lain ka hang nak main??" Kata binatang itu.




Tolong jarakkan kedudukan anda ketika bersenam




Gay kot yang tengah tu..



* Zaman sekarang macam-macam gambar boleh diada -adakan, tapi kalau korang ada terjumpa gambar gua ngan Emma Maembong tu, gambar tu memang real tak diada-adakan , dia memang bekas awek gua dulu..Kah3









Thursday, July 10, 2014

JOM BALAS DENDAM


Dendam merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam, dendam adalah berdosa dan dilarang sama sekali. Tapi kita ni kan manusia biasa yang tak perfect dan biasa la bila dah tak perfect mesti la sentiasa ja tak puas hati. Bohong sangat la kalau ada orang yang normal dikalangan 7.2 Bilion penduduk bumi ni mengaku sekelumit pun tak pernah ada perasaan dendam. Orang gila sekali pun ada dendam dan rasanya tindak balas dari orang gila yang berdendam memang lagi " Gila " dari orang yang waras. Jangan kata orang gila, robot pun berdendam..tak percaya?? tu cer tengok Tansformers : Revenge Of The Fallen....Kih2. Yang pastinya perasaan dendam tu ada, tetapi bergantung kepada individu tu sendiri la yang handle perasaan tu. Pokok pangkalnya kita kena kembali kepada ajaran agama untuk mengawal perasaan dendam tu samada nak bertindak positif atau sebaliknya.




Gua pun kalau kena tumbuk macam ni, memang confirm gua "Bersabar" ja ( Ciri-ciri orang beriman la katakan )


Sebenarnya sekiranya kita berdendam, ada cara terbaik untuk kita membalasnya. Islam adalah agama yang paling efektif dan kreatif dalam apa jua masalah dalam kehidupan. Cuma kita ja yang malas nak belajar dan mengkaji ilmu-ilmu yang tertulis dalam Al-Quran dan sunah. Ok lah, tip-tip yang gua nak share tentang "Membalas Dendam" ni dipetik dari Pakar Motivasi terkenal iaitu Dato' Mohd Fadhilah Kamsah. Apa dia rumuskan untuk balas dendam ialah....


1. Maafkan dia .
2. Doakan .
3. Sedekahkan Al-fatihah kepadanya.
4. Sentiasa ceria didepan dia.
5. Usaha kuat agar lebih hebat daripada dia .
6. Beri dia Hadiah
7. Sebarkan perkara baik tentang dia .
8. Bela dia jika orang kutuk dia .
9. Buat baik kepada anak2 dan juga ahli keluarganya.
10. Pesan kepada anak2 kita untuk berbuat baik kepada keluarganya.




Sapa yang dok berdendam tu tolong la amik eraser tu padam semua dendam sekarang!!


Tapi ni lagi satu cerita yang gua nak share tentang Dendam dan balas dendam ni...kih..kih

Ketika Leman ( Bukan nama sebenar ) sedang tenat dan nazak menahan kesakitan dan hampir menemui penciptanya, Beliau telah memanggil isterinya Siti Saleha ( Bukan nama sebenar jugak, kalau korang nak tau nama sebenarnya, cer check IC dia).

" Ye bang" sahut Siti Saleha.  " Yang, lepas Abang dah tak der kat dunia ni nanti boleh tak Yang tunaikan satu permintaan Abang ni??", kata Leman tersekat-sekat menahan sakit. " InsyaAllah Bang, akan Ayang tunaikan, tapi apa permintaan tu Bang??" soal Siti Saleha.. Leman menjawab " Boleh tak Ayang kawin dengan Si Man Tanu ( Pun bukan nama sebenar ) tu untuk Abang??"..." Abang!!! kan Man Tanu tu musuh ketat Abang, kenapa Abang nak Ayang kawin dengan dia bang??", soal Siti Saleha terkejut dengan permintaan pelik Leman. Dengan nada suara yang sedikit tinggi dan tersekat Leman menjawab " Ya memang dia musuh ketat Abang, sebab tu la Abang nak Ayang kawin dengan dia!!...Abang nak sangat dia rasa terseksa hidup dengan Ayang macam mana Abang rasa terseksa hidup dengan Ayang..biar dia rasa..biar dia rasa..biar dia raaaasssaaaaaaa...." Leman pun padam dan Siti Saleha pun pengsan dengar jawapan Leman... ( Ini macam punya orang pun ada ka??..dendam sampai mati dah tu nak balas dendam cara halus plak tu..Kah3 )




* Hidup ni biarlah umpama pohon yang rendang dengan buah-buahan, biar dilontar batu, dibalas buah....       
 ( Tapi kalau gua dilontar dengan batu...Hang tunggu sat, Hang Mai Aloq Staq, kepala hang aku putaq..Kah2 )











Wednesday, July 9, 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Salam Ramadhan, siapa-siapa yang rasa phone dia memang kuat sangat makan bateri dan bercadang membeli sebuah Power Bank, harap bersabar seketika, ada lebih baik cuba nasib dulu untuk memiliki sebuah Mini Power Bank secara percuma..jimat belanja...Walaupun mini Powerbank..tetapi ia dapat juga membekalkan tenaga yang diperlukan ketika saat-saat genting kan..Bagaimana caranya???

Sertailah Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe  

Sila click banner diatas untuk menyertai dan mengetahui keterangan lanjut. Selamat Mencuba

TUJUH



Tujuh adalah jumlah hari dalam seminggu,
Tujuh juga adalah jumlah warna pelangi,
Tujuh adalah jumlah petala langit,
Tujuh juga adalah jumlah benua di dunia,
Tujuh,tujuh,tujuh adalah model kapal terbang Boeing
Tujuh juga jumlah sumpahan keturunan yang disumpah Mahsuri kepada  Langkawi
Tujuh Sebelas adalah kedai serbaneka yang dibuka selama 24 jam sehari,
Tujuh juga adalah nomber jersi Ronaldo,
Tujuh Perhentian adalah judul Filem yang dibintangi Farid Kamil,
Telaga Tujuh pula adalah tempat yang menarik yang pasti dilawati jika ke Langkawi,
Musim Tengkujuh pula adalah musim yang sangat ditakuti oleh nelayan Pantai Timur ( Apa kaitan Tengkujuh dengan Tujuh bro????...tu ada juh-juh kat belakang tu..kira lebih kurang la..kih2 )

Apa ni??? Tujuh,tujuh,tujuh...ada apa dengan tujuh??? Kena tanya orang Brazil ni..ada apa dengan TUJUH.. KAH3

* Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini, tekadkan semangat, usaha tanpa mengenal putus asa, berdoa dan bertawakal, insyaAllah..dipermudahkanNya..

Tuesday, July 8, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80




Salam Ramadhan semua, ari ni nak try join give away ni, tengok ada rakan blog masuk rasa nak join la jgk. Hadiahnye merupakan duit raya. Seperti yang diwar-warkan tuan empunya yang buat giveaway ni, ni la give away yang pertama dianjurkan, so mari la kita bersama-sama memeriahkan giveaway beliau yang pertama ni. Dan kalau korang ingin menyertainya boleh la klik Banner diatas.