Nuffnang Ads

Monday, April 1, 2019

5 IDEA JANA DUIT RAYA TAHUN INI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mengikut kalender Islam, hari ini merupakan hari yang ke 25 dalam bulan Rejab 1440. Ini bermakna hanya satu  bulan lima hari sahaja lagi seluruh umat islam khususnya bakal menyambut Ramadhan dan seterusnya Syawal.

Saban tahun menjelang hari perayaan terbesar umat islam ini, pastinya ramai usahawan dan peniaga akan mengambil peluang mengatur strategi untuk " Projek Raya " mereka. Pengeluar sampul duit raya mula menjalankan operasi mereka,pengusaha baju  pula telah mula mengambil tempahan baju raya, butik-butik melancarkan katalong baju raya. Peniaga yang mengusaha kuih raya juga dah mula mengeluarkan sample dan merekrut agen-agen pengedar dan semestinya peniaga-peniaga bazar Ramadhan rancak melakukan persiapan dengan menempah tapak-tapak bazar yang menjadi tumpuan ramai.

Bagaimana dengan anda?? Tidakkah anda mahu mengambil peluang ini untuk menceriakan lagi sambutan hari raya  dengan menjana pendapatan sampingan yang lumayan?? Sekiranya jawapan anda ialah " YA!!..Kami nak!!", Di sini kami kongsikan 5 IDEA JANA DUIT RAYA TAHUN INI...

1) BISNES AIR BALANG

Bisnes ini merupakan suatu yang simple tapi siapa yang menyangka bahawa Air Balang ini boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam masa sebulan berniaga di bazar Ramadhan. Dengan keadaan cuaca semasa yang panas, Air Balang bukan hanya mendapat sambutan ketika bulan Ramadhan, bahkan ianya menjadi penarik kepada pembeli yang dahaga pada hari biasa. Apa yang menariknya ada individu hanya menjual 3 Balang/ jenis air sahaja di bulan Ramadhan dan menjana sehingga RM7000. Bagaimanakah beliau melakukannya?? Semuanya diterangkan dalam ebook  Bisnes Air Balang ini..




2) BISNES BURGER

Burger boleh dikatakan makanan segera dan ringkas kegemaran rakyat malaysia. Sekiranya jualan pada hari biasa atau di pasar malam ia mendapat sambutan yang mengalakkan, masakan ketika bulan Ramadhan. Tambahan pula jika ia disediakan dengan cara yang unik dan pada harga yang berpatutan, boleh jadi anda tidak cukup tangan untuk menerima tempahan yang banyak ketika berniaga di Bazar Ramadhan. Bagaimana nak mulakan?? segalanya ada dalam penerangan lengkap Ebook Panduan Lengkap Mula Bisnes Burger ini..




3) BISNES TUDUNG

Permintaan terhadap tudung memang akan meletop menjelang hari perayaan. Tambahan pula bila tiba sahaja bulan Ramadhan secara automatik permintaan akan meningkat berkali-kali ganda dari bulan biasa. Jadi tidak hairan sekiranya ada individu iaitu Pn Madihah boleh mencatat keuntungan sehingga RM15K sebulan dengan hanya jualan online. Ia merupakan perkara yang tidak mustahil sekiranya perancangan mengena dengan keadaan semasa. Nak tahu rahsianya?? Segalanya terungkap dengan Ebook Bagaimana Saya Menjana Untung RM15000 Sebulan Tanpa Premis ini..

 


4) BISNES BAKERI/ KUIH

Dengan tabiat makan rakyat Malaysia yang sentiasa lapar tidak kira masa, bisnes ini memang mempunyai pasaran yang meluas. Bisnes ini unik, permintaan di bulan Ramadhan tinggi, namun selepas Ramadhan juga tetap tinggi berikutan permintaan daripada penganjur open house pada bulan Syawal. Bagaimana nak mulakan?? Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah ini akan menghuraikan persoalan tersebut..



5) BISNES SHOPEE

Online shopping merupakan trend masakini seluruh dunia. Mana tidaknya, hanya hujung jari digunakan untuk pilih, beli dan bayar. Jimat masa, kos dan tenaga. Website atas talian Shopee ini memang lubuk dan syurga rakyat Malaysia membeli belah secara online. Tambahan ketika puasa, ramai yang tiada masa, keletihan dan mungkin tidak mahu berasak-asak untuk membeli belah di supermarket, Shopee menjadi pilihan dengan hanya klik-klik dalam keselesaan rehat di rumah. Dengan inisiatif pihak Shopee mengadakan promosi kaw-kaw punya untuk tarik perhatian pembeli, maka keuntungan untuk perniagaan melalui paltform ini berlipat kali ganda. Panduan Bisnes Shopee ini akan membantu anda untuk berniaga di Shopee..






Itulah 5 cadangan Idea dari kami untuk menceriakan Hari Raya Anda tahun ini, Dah ada Idea?? Sesungguhnya perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.. Jadi apa tunggu lagi...Mulakan langkah anda!!!!!!

Wednesday, March 20, 2019

GELOMBANG HABA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang terpapar di atas, peta menunjukkan kawasan-kawasan yang mengalami keadaan suhu mengikut klasifikasi tahap yang berbeza. Kawasan yang berwarna biru menunjukkan keadaan suhu normal dan selamat iaitu tidak melebihi 35 Darjah Celcius.

Kawasan kuning yang merupakan Gelombang Haba Tahap 1( Keadaan berjaga-jaga ) pula kelihatan begitu meluas di sesetengah kawasan namun tidak melibatkan bahagian selatan semenanjung dan sepanjang persisiran pantai timur.

Setakat 4.45 petang semalam, kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan telah ada tahap Gelombang Haba yang bersuhu 37 Darjah Celcius sehingga 40 Darjah Celcius di kawasan-kawasan yang telah dilebalkan dengan warna Jingga. Biarpun Tahap 3 ( Keadaan Kecemasan ) iaitu suhu yang melebihi 40 Darjah Celcius masih belum wujud, kita perlu waspada dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana keadaan Gelombang Haba yang tidak menentu akan berterusan berlaku selama beberapa hari malahan boleh berlarutan sehingga seminggu.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan membataskan aktiviti luar dan minum lebih air pada kadar yang sesuai dengan keadaan cuaca. Di sini kami kongsikan tips-tips untuk menghadapi Gelombang Haba yang sedang melanda ketika ini untuk mengelak dari berlakunya Stroke Haba...







BIAR TAK BERGAYA ASAL TAK PAPA


*Kredit : Dr Azizul Azli Ahmad

HAKIKAT HUTANG


*kredit : @persatuan.study.last.minit

Tuesday, March 19, 2019

KHEMAH AJAIB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam ruangan review kali ini, kami ingin berkongsi 2 produk  untuk aktiviti riadah bersama rakan kenalan mahupun seisi keluarga iaitu berkhemah . Produk yang pertama ialah khemah yang boleh dibuka pasang dengan mudah dan pantas. Ia mempunyai kapasiti pilihan sama ada untuk berdua mahupun melebihi dua pengguna.

Dengan menggunakan meterial fabric polyester  khemah ini kalis air disamping dilengkapi jaring penghindar nyamuk. Apa yang menariknya khemah ini mempunyai aspek mobiliti yang pantas dan mudah kerana boleh dibuka pasang pada kadar masa yang singkat.

Produk kedua pula merupakan perlatan 2 dalam 1 yang akan menerangi khemah selain menghasilkan aliran udara dalam satu masa. Produk ini ialah Lampu dan kipas siling khemah. Yang menariknya, kedua-dua kelengkapan perkhemahan ini boleh didapati pada harga yang berpatutan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini, jom saksikan video di bawah. Berkhemah kini lebih mudah di mana saja...Berkhemah di mana?? anda yang tentukan...




Tuesday, March 12, 2019

MISTERI GUA KELAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi yang mempersonakan. Tidak hairan saban tahun kedatangan pelancong asing semakin meningkat dan industri pelancongan tempatan sentiasa berkembang.

Kiriman kali ini akan membawa anda ke sebuah negeri di hujung utara semenanjung iaitu Perlis. Selain menjadi sempadan dan pintu utama ke Thailand, Perlis juga tidak kalah dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjugi. Salah satunya ialah Gua Kelam.

Berjarak 26 KM dengan masa perjalanan selama 30minit dari bandar Kangar, Gua Kelam terletak berdekatan Pekan Kaki Bukit. Apa yang menarik tentang destinasi ini ialah selain menerokai suasana semulajadi dalam gua, pegunjung juga dapat mandi dan menyejukan badan dalam aliran sungai jernih sepanjang pintu masuk gua sehingga bahagian hujung pintu keluar gua. Namun sama sekali tidak dibenarkan mandi di bahagian dalam gua kerana keadaan yang gelap.

Perasaan tertanya-tanya tentang apa yang ada di dalam gua dan seterusnya apa yang ada di hujung pintu gua membangkitkan keadaan yang penuh misteri. Jom bersama kita selami apakah rahsia yang berada di dalam Gua Kelam . Video di bawah bakal merungkai.... MISTERI GUA KELAM!!!





Sunday, January 27, 2019

JERSI RASMI PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hanya berbaki enam hari lagi Liga Bola Sepak berprestij negara bakal membuka lembaran musim 2019, semestinya persediaan 12 pasukan bertanding makin memuncak menjelang perlawanan sulung masing-masing. Keterujaan, kehangatan dan debaran kian terasa bagi penyokong setiap pasukan. Untuk minggu terakhir persiapan kebanyakan pasukan mula memperkenalkan jersi untuk mengharungi musim 2019 . Sehingga petang ini, 9 pasukan telah melancarkan kit terbaru musim 2019 dengan hanya 3 pasukan iaitu KL ,PKNP dan Felda United yang masih membiarkan penyokong ternanti-nanti bagaimana rekaan jersi untuk pasukan kesayangan mereka.

Melalui kiriman kali ini, kami bawakan koleksi kit  9 pasukan yang telah melancarkan kit terbaru untuk cabaran Liga Super Malaysia 2019. Manakah yang paling cantik,menarik dan tertarik??? Anda semua tentukan.....


JDT







KEDAH








SELANGOR








PKNS





PERAK






PAHANG






MELAKA UNITED







PETALING JAYA CITY/ PJ CITY ( MIFA )





TERENGGANU FC












Wednesday, January 23, 2019

KALENDER PERLUMBAAN MOTOGP 2019



Assalamulaikum dan salam sejahtera. Bagi peminat perlumbaan MotoGP seantero dunia dan peminat tempatan pastinya ternanti-nanti bagaimana pula drama yang bakal terhidang untuk musim 2019 ini. Dengan rasminya jadual perlumbaan telah diumumkan. 

Dengan penyertaan dua pasukan negara yang akan memulakan perlumbaan  pada tahun ini, musim 2019 pastinya menyajikan sesuatu yang menarik khususnya untuk peminat-peminat tempatan.

Pasukan yang akan membawa cabaran negara untuk julung kalinya pada musim ini ialah Pasukan Petronas Yamaha Sepang yang akan beraksi dalam ketegori MotoGP manakala Pasukan Petronas Sprinta Racing dalam ketegori Moto2 dan Moto3.

Penglibatan perlumba-perlumba negara juga pastinya mencuri tumpuan dimana pelumba MotoGP pertama Malaysia dan Asia Tenggara Hafizh Syahrin bakal mewakili KTM Tech 3 disamping Khairul Idham Pawi yang beraksi untuk pasukan negara iaitu Petronas Sprinta Racing bagi ketegori moto2. 


KALENDER PERLUMBAAN MOTOGP 2019


Tuesday, August 7, 2018

CARA PEMASANGAN DTTV ( DIGITAL TERRESTRIAL TELIVISION ) DIY



Assalamulaikum dan salam sejahtera. Apa yang anda tahu mengenai DTTV (Digital Terrestrial Television)?? Rata-rata masyarakat umum dari semua lapisan memang menggemari television. Boleh dikatakan television adalah medium hiburan dan informasi terawal yang wujud sehingga kini. Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi, sistem penyiaran berasaskan television mengalami evolusi ke arah yang lebih baik. Diantaranya ialah sistem DTTV ini. Apakah kelebihan sistem ini berbanding sistem konvesional analong?? Untuk merungkai segala persoalan tentang penyediaan serta cara konfigerasi Sistem DTTV ini, di sini kami berkongsi satu artikel lengkap dari Saudara Mohd. Hafiz Sakrani Facebook  seorang pengemar teknologi serta pelabur hartanah yang sering berkongsi perkara bermanfaat di laman sosial facebooknya. Artikel ini juga merupakan pengalaman beliau sendiri ketika menjalankan proses pemasangan sistem DDTV di kediamannya.







DTTV – digital terrestrial television


Awas! Panjang dan penuh info teknikal
Intronya TV CRT zaman tok kaduk kat rumah dah rosak. 17 inci jenama Panasonic, entah bape puluh tahun dah. Rosak sebab warna dia berkecamuk kena kilat kuat. Jadi nya aku pikir2 nak beli TV lain dan pasang kan DTTV.
DTTV – sistem TV yang bolehkan TV terima isyarat digital. Maka gambar lagi cantik. TV3 and TV1 aku tengok guna HD. Nampak la kemulusan pelakon. Haha


Bahan2 untuk DTTV –

1. TV – di sebabkan TV CRT aku dah rosak, maka aku kena cari TV lain. Tengok kat online yang harga 32 inci, lebih kurang rm500 ke atas, maka aku cari yang built in DTTV. Dapat lah jenama Skyworth. LED tv . beli kat shopee ini link dia .Klik gambar :

2. Antenna – DTTV guna antenna jenis digital. Ada beberapa jenis, bergantung pada jarak rumah dengan pemancar DTTV terdekat. 5e – 80km , 14e – 100km, 27e- 150km. aku beli yang jenis 14e walaupon jarak rumah dengan pemancar terdekat kurang 30km. beli kat sini . combo sekali dengan cable rj6 20 meter dan 2 biji connector. Klik gambar :



3. DBY 20dB Digital Amplifier / Booster for mytv T2 signal – ini adalah booster untuk kuatkan signal. Pasang antara TV DTTV dengan antenna, lagi cantik pasang dekat dengan TV. Awas, ada jenis2 dia, beli yang guna frekuensi 470 – 860 Mhz. sebab freq ni adalah untuk DTTV. Cuba2 lah cari kat lazada dengan shopee. Sebab masa aku check waktu ni, alat ni dah sold out.



4. L-Shape TV Antenna Wall Mount – ini juga kena beli, nak bagi senang pasang kat dinding rumah. L shape ni agak susah gak nak cari kat kedai2 biasa, so aku beli kat sini. Klik gambar :


5. DVB-T2 SET Top Box – jika guna TV yang tak da fungsi DTTV, boleh beli set top box ni. Sekarang banyak jual kat online dan harganya memang munasabah.

Ok cukup dah bahan2 equipment untuk setup digital TV. Sekarang perlukan ilmu sikit untuk cari signal digital dari pencawang yang terdekat. Ada 2 cara –

1. Google maps – lebih mudah guna PC kalu nak guna pin point kedudukan rumah dengan pemancar digital. Cara ini kena tahu kat mana pencawang terdekat. Aku study kat blog ni http://mytvdvb-t2.blogspot.com/…/cara-cara-untuk-cari-dan-s…

2. Smartphone – ini cara kedua. Cara ini agak pening sikit, tapi lebih berguna kalau nak buat kat rumah di kampung atau rumah orang lain. Sebab tak guna PC. Jadi agak mobility juga. Study blog ini http://mytvantennapointer.blogspot.com/…/cara-cara-mencari-…

Maka dah siap bahan dan study arah pemancar, boleh mulakan pemasangan. Jangan drill dulu L-shape kat dinding. Pasang semua dulu dah pegang antenna tu, sambil cari signal kat TV. Bila dah dapat siaran, kat situlah boleh install/drill L-shape . lihat gambar antenna tu, walaupon ia hadap dinding rumah orang, tapi signal masih dapat.

Boleh la tengok 12 channel TV dan dengar beberapa stesen radio. Sekurang kurangnya tiada dah komitmen untuk bayar monthly stesen TV berbayar. Save duit sikit. Yang pasti gambar cantik, takda dah bintik2 kat TV.
Tq dan selamat mencuba.

Monday, August 6, 2018

CARA SERVIS PENYAMAN UDARA ASAS YANG MUDAH PADA KOS YANG MURAH




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebelakangan ni keadaan cuaca boleh dikatakan agak panas. Tapi kepanasan dapat dihindar dengan menggunakan penyaman udara. Yang merungsingkan ialah apabila penyaman udara dihidupkan, kesejukan yang dihasilkan tiba-tiba berkurang dari keadaan biasa walaupun suhu pada remote diturunkan pada aras yang minimun. Ini menunjukan kecekapan penghawa dingin anda mengalami penurunan prestasi kerana beberapa faktor antaranya mungkin perlu diservis. Perkongsian kali ini adalah berkaitan bagaimana cara mudah untuk DIY dengan menggunakan kos dan peralatan yang minimun serta mudah. Jom tengok peralalatan dan langkah-langahnya..


WD 40 3 IN 1 Airconditioner Cleaner


Boleh dapatkan di sini :



Tangga


Selesai penyediaan perlatan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu untuk proses mudah servis asas penyaman udara ini..


Pasang tangga pada lokasi yang berdekatan Indoor Unit


Buka penutup indoor unit dan keluarkan penapis debu yang melindungi Coil Penyejuk





Cuci penapis debu tadi dengan sabun pencuci dan keringkan




Lakukan semburan pada Coil Penyejuk dengan Air Conditioner Cleaner dan biarkan kekotoran melarut selama 15 minit.



Pasang kembali Penapis Debu pada Coil penyejuk dan tutup kembali penutup indoor unit 


Siap dan pastikan Penyaman Udara dibiarkan beroperasi untuk beberapa ketika. Selamat mencuba!!


Dapatkan Air Conditioner Cleaner di sini :