PANTUN SENTAP

Pi Pinang Tunggai,
Tengok Dikit Baghat,
Solat Tak Penah Tinggai,
Tapi Tak Tutup Aurat.


Goreng Kopok Lekoq,
Ada Tetamu Mai Ziarah,
Duit Nombot Ekoq,
Buat Belanja Pi Umrah.


Ghamai Orang Dok Tepi Jalan,
Ghamai Orang Mintak Sedekah,
Perut Dah Masuk 8 Bulan,
Baru Kalut Nak Akad Nikah.


Pi Kedai Barang,
Beli Serbuk Kari,
Bos Kat Ofis bukan main garang,
Tapi Kat Umah Takut Bini.


Main Bilang-bilang,
Bilang Bunga seroja,
Dapat Anugerah Cemerlang,
Tapi Haram Tak Buat Keja.


Kutip Buah Delima,
Himpun Dalam Raga,
Sampai Umah Pukui Tiga,
Tapi Punch Card Pukui Lima.


Tengah Malam Gelemat,
Sambil Urut Tangan Berkedut ,
Selesai Doa Selamat,
Pasang Pulak Lagu Dangdut.


Naik Sampan Karam,
Karam Di Tanjung Jaga,
Dah Jelas Hukumnya Haram,
Tapi Ketegaq nak buat juga.


Dok umah Main Yoyo,
Main Yoyo Sampai Demam,
Bini Gheja Jadi GRO,
Tapi Laki Jadi Tok Imam.


Ada Guni Sangat Berat,
Berat Berisi Ubi Keledek,
Bini Baguih Tutup Aurat,
Tapi Laki Berseluaq Pendek.

Popular Posts