Nuffnang Ads

Tuesday, March 12, 2019

MISTERI GUA KELAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi yang mempersonakan. Tidak hairan saban tahun kedatangan pelancong asing semakin meningkat dan industri pelancongan tempatan sentiasa berkembang.

Kiriman kali ini akan membawa anda ke sebuah negeri di hujung utara semenanjung iaitu Perlis. Selain menjadi sempadan dan pintu utama ke Thailand, Perlis juga tidak kalah dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjugi. Salah satunya ialah Gua Kelam.

Berjarak 26 KM dengan masa perjalanan selama 30minit dari bandar Kangar, Gua Kelam terletak berdekatan Pekan Kaki Bukit. Apa yang menarik tentang destinasi ini ialah selain menerokai suasana semulajadi dalam gua, pegunjung juga dapat mandi dan menyejukan badan dalam aliran sungai jernih sepanjang pintu masuk gua sehingga bahagian hujung pintu keluar gua. Namun sama sekali tidak dibenarkan mandi di bahagian dalam gua kerana keadaan yang gelap.

Perasaan tertanya-tanya tentang apa yang ada di dalam gua dan seterusnya apa yang ada di hujung pintu gua membangkitkan keadaan yang penuh misteri. Jom bersama kita selami apakah rahsia yang berada di dalam Gua Kelam . Video di bawah bakal merungkai.... MISTERI GUA KELAM!!!





No comments:

Post a Comment