Nuffnang Ads

Tuesday, August 7, 2018

CARA PEMASANGAN DTTV ( DIGITAL TERRESTRIAL TELIVISION ) DIY



Assalamulaikum dan salam sejahtera. Apa yang anda tahu mengenai DTTV (Digital Terrestrial Television)?? Rata-rata masyarakat umum dari semua lapisan memang menggemari television. Boleh dikatakan television adalah medium hiburan dan informasi terawal yang wujud sehingga kini. Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi, sistem penyiaran berasaskan television mengalami evolusi ke arah yang lebih baik. Diantaranya ialah sistem DTTV ini. Apakah kelebihan sistem ini berbanding sistem konvesional analong?? Untuk merungkai segala persoalan tentang penyediaan serta cara konfigerasi Sistem DTTV ini, di sini kami berkongsi satu artikel lengkap dari Saudara Mohd. Hafiz Sakrani Facebook  seorang pengemar teknologi serta pelabur hartanah yang sering berkongsi perkara bermanfaat di laman sosial facebooknya. Artikel ini juga merupakan pengalaman beliau sendiri ketika menjalankan proses pemasangan sistem DDTV di kediamannya.







DTTV – digital terrestrial television


Awas! Panjang dan penuh info teknikal
Intronya TV CRT zaman tok kaduk kat rumah dah rosak. 17 inci jenama Panasonic, entah bape puluh tahun dah. Rosak sebab warna dia berkecamuk kena kilat kuat. Jadi nya aku pikir2 nak beli TV lain dan pasang kan DTTV.
DTTV – sistem TV yang bolehkan TV terima isyarat digital. Maka gambar lagi cantik. TV3 and TV1 aku tengok guna HD. Nampak la kemulusan pelakon. Haha


Bahan2 untuk DTTV –

1. TV – di sebabkan TV CRT aku dah rosak, maka aku kena cari TV lain. Tengok kat online yang harga 32 inci, lebih kurang rm500 ke atas, maka aku cari yang built in DTTV. Dapat lah jenama Skyworth. LED tv . beli kat shopee ini link dia .Klik gambar :

2. Antenna – DTTV guna antenna jenis digital. Ada beberapa jenis, bergantung pada jarak rumah dengan pemancar DTTV terdekat. 5e – 80km , 14e – 100km, 27e- 150km. aku beli yang jenis 14e walaupon jarak rumah dengan pemancar terdekat kurang 30km. beli kat sini . combo sekali dengan cable rj6 20 meter dan 2 biji connector. Klik gambar :



3. DBY 20dB Digital Amplifier / Booster for mytv T2 signal – ini adalah booster untuk kuatkan signal. Pasang antara TV DTTV dengan antenna, lagi cantik pasang dekat dengan TV. Awas, ada jenis2 dia, beli yang guna frekuensi 470 – 860 Mhz. sebab freq ni adalah untuk DTTV. Cuba2 lah cari kat lazada dengan shopee. Sebab masa aku check waktu ni, alat ni dah sold out.



4. L-Shape TV Antenna Wall Mount – ini juga kena beli, nak bagi senang pasang kat dinding rumah. L shape ni agak susah gak nak cari kat kedai2 biasa, so aku beli kat sini. Klik gambar :


5. DVB-T2 SET Top Box – jika guna TV yang tak da fungsi DTTV, boleh beli set top box ni. Sekarang banyak jual kat online dan harganya memang munasabah.

Ok cukup dah bahan2 equipment untuk setup digital TV. Sekarang perlukan ilmu sikit untuk cari signal digital dari pencawang yang terdekat. Ada 2 cara –

1. Google maps – lebih mudah guna PC kalu nak guna pin point kedudukan rumah dengan pemancar digital. Cara ini kena tahu kat mana pencawang terdekat. Aku study kat blog ni http://mytvdvb-t2.blogspot.com/…/cara-cara-untuk-cari-dan-s…

2. Smartphone – ini cara kedua. Cara ini agak pening sikit, tapi lebih berguna kalau nak buat kat rumah di kampung atau rumah orang lain. Sebab tak guna PC. Jadi agak mobility juga. Study blog ini http://mytvantennapointer.blogspot.com/…/cara-cara-mencari-…

Maka dah siap bahan dan study arah pemancar, boleh mulakan pemasangan. Jangan drill dulu L-shape kat dinding. Pasang semua dulu dah pegang antenna tu, sambil cari signal kat TV. Bila dah dapat siaran, kat situlah boleh install/drill L-shape . lihat gambar antenna tu, walaupon ia hadap dinding rumah orang, tapi signal masih dapat.

Boleh la tengok 12 channel TV dan dengar beberapa stesen radio. Sekurang kurangnya tiada dah komitmen untuk bayar monthly stesen TV berbayar. Save duit sikit. Yang pasti gambar cantik, takda dah bintik2 kat TV.
Tq dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment