Salam Ramadhan..sebenarnya malam ni gua rasa macam letih sangat,
mana taknya, pagi tadi dalam jam 10 bini gua bising cakap rumput belakang rumah
dah boleh tuai dah, dah cukup matang katanya..hhmm..pinjam la kejap mesin jiran
sebelah memotong dalam sejam macam tu. Cuaca memang boleh tahan panas, tapi
saja gua nak cabar diri untuk menempuh saat-saat extreme macam tu di bulan
puasa ni kan. Perghhh..boleh tahan la..baru ada cabaran dan dugaan sikit puasa.
Dah habis tu lagi mencabar, anak-anak pulak buat perang psikologi., minum
sirap ais depan gua..Pergghhh
Dah malam ni balik tarawih, anak-anak dah tido, bini gua apa lagi
terbongkang sekali. Tiada teman bicara, nak tido macam panas pulak, bagun buat
milo ais datang idea pulak nak update blog. Maklum la baru ada blong ciwi
lagi.. CIWI tu apa bro??? hang ni sibuk la..asal aku nak buat entri ja ada saja
soalan hang..nanti-nanti la aku cerita pasai CIWI tu.
Malam ni rasa nak cerita tentang “ Macam mana cara nak menambah hutang”
ataupun “Bagaimana Trade In Kereta Yang Masih Belum Habis Bayar “. So malam ni
gua rajinkan diri untuk menjelaskan cara-cara jual beli tersebut.
Ini adalah berdasarkan pengalaman member-member gua yang ada
dikalangan mereka memang berkali-kali menjalankan
aktiviti menambah hutang ni. ( Gua ni jenis lelaki yang setia,jarang tukar
keta, masa couple dulu pun jarang tukar awek..kih2 )
Dalam kes ini, kereta yang gua nak jadikan sebagai contoh ialah
sebuah Perodua Myvi 1.3 manual buatan tahun 2005. (Ini sebagai contoh ajer...kalau
korang nak buat keta Ferrari pun boleh )
Ini detailnya :-
Jenis Kereta : Myvi 1.3 (M) 2005
Beli : (Baru) November 2005 (start bayar Disember 2005)
Harga Atas Jalan(Termasuk Insuran Road Tax): RM47,000
Deposit : RM5,000
Loan : RM42,000
Jangkamasa Hutang: 9 Tahun (108 Bulan)
Interest: 3.5% = RM13,230 (9 tahun)
Jumlah kena bayar: RM42,000 + RM13,230 = RM55,230
Ansuran bulanan: RM512 (Sepatutnya RM511.39.. jadi bulan terakhir bayar kuranglah)

Info kat atas tu boleh cari kat aggreement yang bank bagi masa kita beli kereta dulu.
Sebelum terjah ke kedai kereta, lebih baiklah buat anggaran kira-kira terlebih dahulu.
1. Jumlah Hutang Yang
Tinggal (Settlement)
Mula-mula kita kena tengok dulu berapa hutang yang tinggal.
Takut-takut, harga market kereta tak boleh cover hutang kita tu pulak... macam
mana nak beli kereta lain kalau macam tu..! Biasanya kalau loan kereta 9 tahun
kenalah pakai lebih kurang 5 tahun baru ada balance untuk dijadikan muka kereta
baru. Kalau loan 7 tahun, rasanya bayar kat bank 3 tahun dah ok kot. Kena kira
lah dulu.
Bila kita trade in kereta, sebenarnya kita akan dikira bayar lump sum kat bank hutang kereta kita tu. Kita bayar habis (kononnya), jadi bank akan suka hati (kononnya) so dia bagi kita rebet pasal habiskan bayar hutang lebih awal dari jadual. Setelah ditolak rebet, hutang kita pada bank akan jadi kurang. (Jumlah hutang yang tinggal ni dipanggil 'settlement')
Berdasarkan info kat atas tu:
Kononnya gua nak jual kereta tu pada bulan (Mei 2012 ).
Dah bayar selama 78 bulan iaitu RM39,936.
Ikut jadual hutang ialah RM55,230 - RM 39,936 = RM15,294 (Tinggal 2 tahun setengah jer)
RM15, 294 adalah hutang sebenar. Tapi pasal kita akan clearkan hutang 2 tahun setengah lebih awal. Maka bank akan bagi rebet. Jadi berapa hutang gua?
Pergi kat link sini Autoworld Car Loan Settlement Calculator dan isi maklumat

Setelah dikira, jumlah yang
gua kena bayar kat bank ialah RM14,316.00. Rebet yang gua dapat ialah RM977.75.
Sikit jer, pasal tinggal 2 tahun setengah jer.
Ini anggaran jer tau. Kalau nak tahu jumlah yang tepat kena telefon bank. Bank akan tanya tarikh sebenar nak jual kereta tu, dan kira berdasarkan tarikh tersebut.

2. Nilai Harga Pasaran
Kereta Lama
Sekarang dah tahu hutang bank gua. Langkah seterusnya ialah
survey harga pasaran untuk kereta tu. Kena cek sendirilah samada cara
online atau cek kat kedai kereta terpakai di kawasan kita.
Sebagai contoh: myvi 2005 mudah
Website lain untuk survey harga kereta:motortraderAutoworld
Katakan setelah disurvey harga kereta lebih kurang RM25,000.
Itu harga market. Bukan harga tokey kedai 2nd nak beli dari kita. Biasanya tokey kedai 2nd ni memanglah cekik darah tahap gila cadbury punya. Paling tinggi pun mungkin dia nak ambik Myvi gua tu ialah RM20,000.
(Sebenarnya kalau kita nak trade-in kereta tu, dan beli kereta lain di kedai yang sama (kereta 2nd juga), biasanya salesman akan ambik kereta kita dengan lebih tinggi. Tapi kalau beli kereta baru, biasanya diorang akan ambik kereta kita pada harga serendah yang mungkin, sampai kita rasa nak tumbuk jer muka salesman tu...Kah3.)

3. Downpayment Kereta
Baru
Bila dah tahu settlement yang kena bayar dan anggaran harga
pasaran semasa kereta kita, barulah kita boleh kira berapa downpayment yang
kita dapat letak untuk kereta baru kita tu. Dalam hal ni, kereta baru yang gua
maksudkan ialah kereta yang kita nak beli selepas ini, (tak semestinya kereta
BARU).
Harga pasaran kereta lama: RM20,000
Settlement bank: RM14,316
Baki yang tinggal: RM5,684
Settlement bank: RM14,316
Baki yang tinggal: RM5,684
(macam mana?? bayar kereta 7 tahun lebih tapi cuma 5 ribu lebih
jer yang tinggal..)
Biasanya, bank akan bagi loan sebanyak 90% sahaja dari harga kereta. Dari baki sebanyak itu gua cuma boleh beli kereta yang berharga lebih kurang RM56,000 sahaja. Tapi contoh la kan, gua nak beli keta Proton Preve.. Harga dia yang spec paling tinggi ialah lebih kurang RM72,990 (Harga atas jalan termasuk insuran dan road tax).

10% dari RM72,990 diperlukan sebagai downpayment iaitu RM7,299.
Perlukan lagi RM1,615. ( Mana nak cekau ni!!!..kih2 )
Nanti dulu! Ini selalu orang lupa.
NCD (No claim discount) gua ada 55%. (NCD ni cuma bagi mereka yg dah ada insuran kereta lama lepas tu nak trade in. Kalau tak pernah beli kereta tak ada NCD) Harga Preve tu adalah harga atas jalan iaitu termasuk insuran dan road tax. Setelah dikira dari sini (Car Insurans Calculator), insuran Preve ialah lebih kurang RM2,100. NCD 55% dari RM2,100 ialah RM1,155. Oleh itu harga Proton Preve setelah ditolak NCD ialah 71,835. Bermakna perlukan RM7,184 sebagai downpayment.
Setelah ditolak balance kereta Myvi tu gua perlukan RM1500 sahaja. Kalaulah Proton ada bagi diskaun RM1000-1500 tak payahlah gua nak tambah duit poket. (biasanya kereta yang baru dilancarkan memang tak ada diskaun). Kalau nak tunggu diskaun, belilah kereta time musim perayaan, Raya Puasa ke, Gong Xi Fat Chai ke, ataupun jualan akhir tahun. Tapi kadang-kadang ada juga diskaun dari salesman sendiri... kena tanyalah kat salesman.
Dalam kes ini gua kenalah keluar duit poket sebanyak RM1500 untuk genapkan downpayment kepada RM7184. (Tapi biasanya diorang genapkan jadi RM7,200 lah untuk senang kira nak buat loan.)
Berapa sebulan gua kena
bayar?
Harga kereta: RM71,835
Downpaymanet: RM7,184
Interest: 2.8% (ini kena tanya bank atau salesman)
Jangkamasa bayaran: 108 bulan (9 tahun)
loan = harga kereta - downpayment
= 64,651
interest = loan x 2.8/100 x 9
= 16,292
ansuran bulanan = (interest + loan) / 10 = 749.47
Nak senang kira pergi sini Car Loan Payment Calculator

4. Pergi ke kedai Kereta
Bila dah buat kira-kira dan anggaran, barulah ke kedai kereta.
Carilah salesman yang muka agak baik dan cakaplah nak beli kereta. (Walaupun muka baik, janganlah percaya sangat salesman kereta ni
woi..) Lepas tu bagitau dia sekali ada kereta lama nak trade-in.
Bandingkan dengan anggaran yang dah dibuat dengan kira-kira yang di buat oleh
salesman agar tidak dicekik banyak sangat.
Macam kes gua nak beli Proton Preve ni (kononnya), maka gua akan ke kedai Proton yang gua rasa best untuk tanya-tanya pasal pembelian kereta baru ni(bukan yang paling hampir ye...).
Biasanya bila dibagi tahu kita ada kereta lama nak trade-in, salesman ni akan contact dealer kereta secondhand (dari luar), untuk tanya harga kereta kita tu untuk ditolak. Lepas tu tanya kita setuju tak dengan harga tu. Bandingkanlah dengan anggaran yang kita dah buat kat rumah. Kalau lari jauh sangat, cakaplah tak setuju. Suruh salesman tu cari dealer lain, ataupun kita cari salesman lain atau cari branch lain.
Bila dah dapat harga yang kita suka, salesman akan buat kira-kira. Berapa kemampuan kita dari gaji, berapa downpayment, berapa bayaran ansuran, berapa diskaun, apa dokumen yang diperlukan dan lain-lain. Jika dah suka, jangan setuju dulu. Ambil kertas kira-kira tu dan bawak balik. Pertimbangkanlah dulu sampai betul-betul puas hati. Kalau yang Islam tu, buatlah solat istikharah, mintak petunjuk dari Allah. Mudah-mudahan kita buat keputusan yang betul.

5. Pergi ke Kedai Kereta
Lagi
Bila dah setuju, sediakanlah dokumen-dokumen yang patut.
Kebiasaanya dokumen yang diperlukan ialah:
Makan gaji:
1. Slip gaji 3 bulan
2. Borang EA/ slip income tax
3. Mykad dan lesen
4. Kalau ada lain-lain pendapatan sertakan bukti (slip gaji, buku bank atau apa-apa yang patut)

Kerja sendiri
1. Bank statement 6 bulan
2. Pendaftaran perniagaan (ROB), (termasuk slip butir2 pemilik).
3. Penyata Income Tax
4. Mykad dan lesen
5. Kalau dalam bank/ASB ada banyak duit.. bawak buku akaun.
Pastikan slip gaji atau bank statement adalah bersesuaian dengan harga kereta yang kita nak beli! Kalau tak nanti sesia jer kena reject mentah-mentah.

Jumpa dengan salesman yang kita jumpa hari tu, dan cakaplah kita
dah bersetuju untuk membeli kereta. Bagi semua dokumen yang dia mintak dan
bayar duit booking. Duit booking mungkin dalam RM100-200, bergantung. Jangan
bayar downpayment dulu. Setiap bayaran yang dibuat mesti mintak resit rasmi.
Duit booking ni nanti akan ditolak daripada duit downpayment.

6. Tunggu Bank Telefon.
Sekarang ni nak buat loan kereta dah agak susah, pasal Bank Negara dah
ketatkan lagi syarat-syarat nak bagi loan. Kalau dulu senang jer. Nak beli
kereta yang ansuran bulanan RM500, ko kena ada gaji kasar 3 kali ganda iaitu
sebanyak RM1500. Sekarang ni, dah tak boleh gaji kasar. Kena kira gaji bersih.
Maknanya kira epf, hutang rumah, hutang kad kredit, status perkahwinan, berapa
anak, sejarah bayar hutang dan macam-macam lagi. Senang cakap, kalau nak beli
kereta bayar ansuran RM500, kena gaji lebih kurang RM2,500 baru senang nak
lulus loan... hahaha..
Kalau ada blacklist CTOC atau CCRIS, lagilah susah. Macam tak boleh lulus jer. Jangan berharap sangatlah kalau nama blacklist (kecuali kalau pakai orang dalamlah kot). Tapi semuanya bergantung pada bank juga. Ada juga yang nama blacklist, tapi bank luluskan loan dia, mungkin pasal orang tu sangat loaded ataupun mempunyai sejarah yang sangat baik dalam aktiviti membayar hutang agaknya.
Satu dua hari lepas kita submit dokumen, bank akan telefon untuk interview mengenai loan yang kita nak buat dan untuk pengesahan kerja dan pendapatan dan lain-lain. Pastikan handphone sentiasa disisi. Kat office pulak, bagi tau dan pakatlah dengan sesiapa yang berkenaan.
Biasanya kalau bank telefon sebelah pagi, sebelah petang dah boleh tahu lulus atau tak loan kita tu. Kalau tak sabar boleh telefon salesman kereta tu cepat-cepat... kah2
Sambil tu, kalau nak beli no plat yang kita suka, cepat-cepat bagi tahu salesman. Salesman akan mintak bayaran yang sepatutnya untuk tender nombor tu. Taklah mahal sangat, kalau nombor-nombor biasa dalam RM250-RM350 jer. Yang popular sekarang ni, suka nombor plat 3 digit,... bagitahulah kat salesman tu, nak nombor 3 digit.. tak kisahlah apa-apa pun. Kalau nak nombor 2 digit.. mahal tuu..

7. Sign Aggreement.
Bila dah lulus, dalam satu dua hari salesman akan telefon suruh
datang. Tapi sebelum datang tu, kasi clear dulu barang-barang dalam kereta
lama. Sebab lepas ni nak serah kereta lama tu. Nak peluk ker nak cium ker, nak
nangis air mata perpisahan ke..nak basuh kali terakhir ker.. buatlah kat rumah.
Bila dah settle datanglah seperti waktu yang dijanjikan untuk sign aggreement bank, termasuklah sign surat serah kereta lama, insuran dan lain-lain (banyak tu). Lepas sign, barulah bayar duit downpayment dan jangan lupa mintak resitnya.
Masa ni kena serahlah kunci kereta lama. Pandai-pandailah nak balik macam mana. Tapi kalau salesman tu baik hati dan pandai ambik hati, dia akan bagi pinjam kereta lain buat sementara waktu.
Kalau beli kereta second hand, lepas sign aggreement dah boleh terus bawak balik kereta barulah.
Hutang kereta kita yang tinggal kat bank akan dibayar oleh dealer kereta secondhand. Diorang takkan tukar nama selagi kereta lama kita tu tak dibeli oleh orang lain. Kadang-kadang (selalu juga), diorang tak bayar sampai dua tiga bulan, dan bank akan tak habis-habis call kita.
Benda ni gua rasa memang satu kelemahan dalam sistem jual beli kereta dalam negara kita yang menjadikan pengguna sebagai mangsa. Tak ada perlindungan bagi pengguna. Kalau apa-apa berlaku kepada kereta lama kita tu, (yang belum disettlekan bayaran), bank tetap akan cari kita, dan nama kita juga yang akan black list. Memang banyaklah perkara-perkara ngeri yang belaku disebabkan oleh benda-benda macam ni. Nak cerita pun, kena buat tajuk lain...
Apa yang kita boleh buat cuma call salesman atau dealer kereta tu sajer, suruh diorang bayar cepat.
Tapi ada cara yang lebih selamat iaitu, kita cari buyer kereta lama tu sendiri. Letaklah iklan kat surat khabar ke, kat majalah motortrader, kat internet, tanya kawan-kawan, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.
Bila dah jumpa pembeli, pembeli tu kena buat loan baru dari bank untuk beli kereta lama kita. Jangan main sambung bayar jer. Cara jual beli kereta main sambung bayar ni memang macam nak gantung diri jer. Bahaya! Walaupun adik beradik atau kawan baik. Tak pasal-pasal boleh putus kawan atau perang saudara nanti.
Lepas loan lulus nanti kena gi JPJ submit dokumen pindah milik dan lain-lain lagilah. Tapi memang lecehlah kalau proses sendiri. Yang mudah, suruh salesman kereta buatkan jer... tapi kena cekik sikitlah.

8. Ambil Kereta Baru.
Biasanya salesman akan janjilah berapa hari kereta kita boleh keluar.
Mungkin dalam dua tiga harilah macam tu. Masa serahan tu ceklah betul-betul
keadaan kereta tu. Kalau boleh bawaklah orang yang berpengalaman. Kalau ada
cacat cela, terus jer komplen kat salesman.
Bila dah settle. Jangan lupa mintak free gift. Kalau salesman tu pandai, dia akan bagi juga apa-apalah sebagai free gift. Dapat setereng lock atau minyak wangi pun dah okay. Bukan apa, untuk buat customer dia rasa seronok dapat hadiah... walaupun tak seberapa.
Bila dah bawak balik, buatlah apa-apa yang patut... nak buat doa selamat ke, nak mandikan ker..
Masa yang diambil dari mula-mula submit dokumen kat salesman sampailah dapat kereta ambil masa dalam 5 hari bekerja... itu paling cepatlah. Kalau paling lambat pun dua minggu. Itu kalau ada stok. Kalau tak ada stok.. kena tunggu stok dululah.
Ni ja kot yang gua nak share. Bukannya semua mesti berlaku seperti apa yang gua cerita, tapi cukup sebagai panduan dan idea bagi sesiapa yang sedang berangan nak beli kereta baru tapi tak ada clue langsung macam mana nak mula.

yang ni terbaik.. (y) Detail baq ang! :P
ReplyDeleteKhamsi Abdullah
hang dok komen kt sni lg terbaik baq ang KA ooi..haha
DeleteGood articles, Have you heard of LFDS (Le_Meridian Funding Service, Email: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Contact:+1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) is as USA/UK funding service they grant me loan of $95,000.00 to launch my business and I have been paying them annually for two years now and I still have 2 years left although I enjoy working with them because they are genuine Loan lender who can give you any kind of loan.
ReplyDelete