Nuffnang Ads

Wednesday, November 5, 2014

HUMBOLDT REDWOODS

Petang Sabtu minggu lepas anak2 gua dah memberontak di rumah. Macam-macam aktiviti yang pelik timbul dari idea kanak-kanak yang sedang menjalani proses perhubungan sel2 otak untuk berkembang. Gua tengah dok lepak2 pun terbantut dek terganggu dengan aktiviti yang bagi kita orang dewasa ni macam tak masuk akal,tapi bagi kanak-kanak yang masih tak cukup akal macam hero-hero kebanggaan gua ni, semuanya kelihatan menyeronokkan dan masuk akal....

Sembunyikan diri dalam mesin basuh, sejukkan badan dalam peti ais,panjat sofa n terjun dan kemuncaknya memutihkan badan dengan bermandikan bedak botol besar yang baru dibeli. Tak boleh jadi ni...lalu gua bersuara " Sapa nak mandi kolam??"..suasana kembali tenang dan arahan gua semua dituruti...sebab??.. sebab takut kena tinggal..nanti tak boleh ke kolam...haha

So bawak la depa p kolam yang tak jauh dari rumah.On the way singgah beli majalah kegemaran sat untuk edisi November. Sambil dok tengok budak-budak dok berendam, sambil dok selak isi kandungan majalah dan dalam satu segmen "Disepanjang Jalan"..terbaca petikan " kita dapat menikmati jalanan yang dipayungi pokok-pokok besar di Taman Negeri Humboldt Redwoods"

Humboldt Redwoods??..tempat apa tu??..dengan belas ehsan "Sahabat" yang sponsor tiket flight.. Maka berlepas la gua ke Humboldt Redwoods ni... So gua nak belanja la pengunjung yang sudi ke blog ni sepanjang gua di Humboldt Redwoods...



Dah sampai...jom kita lihat apa yang ada.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Harap maklum yang besar sebelah kanan tu pokok ya..bukan batu..



Permai sungguh permandangan ini..



Nyamannya suasana...



Tenang..



Misteri..ketika picture pokok besaq tu diambil..tiada kelibat awek tu pun...hairan...

Ni lagi satu..macam mana entiti yang tak dikenal pasti wujud dalam picture ni...hairan..



Kalau ada awek cun tahan nak tumpang gua kat jalan sunyi ni..jangan harap gua nak berhenti...sorry naik lorry ..bukan sebab takut..cuma berhati-hati..



Kalau la ni tanah gua..dah lama gua jadi Tauke Balak...



Jalanan yang dipayungi pokok-pokok besar..



So kepada sapa-sapa yang nak menikmati keunikan Humboldt Redwoods ni...boleh la ke California, Amarika Syarikat. Hutan ni kira macam hutan simpan la...memang sesuai sangat hujung tahun kan dah nak cuti sekolah..bawak famili n kawan-kawan. Kalau yang couple-couple tak kawin lagi tu tak digalakkan ke sini coz takut terlanjur...sini memang " line clear"...haha....Astagfirullahalazim...


* Terima kasih kepada "Sahabat" baik..Mr. Google Search yang taja penerbangan dan penginapan gua sepanjang berada di negara Uncle Sam tu....kah3






8 comments:

  1. Replies
    1. tq bro singgah sini...lain kali jgn malu jgn segan..mai la selalu:-) kunjungan balas pun gua dh buat..harap maklum..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha..dunia tanpa sempadan...nk p mana??..klik2 ja..:-)

      Delete
  3. Tipu...tipu...dah agak dah.
    Tapi, gambar manusia tu mmg wujudlah maksudnya, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saja ja gurau2 nk buat misteri...mmg ada pun:-)

      Delete
  4. Lasak betullll...
    Macam anak-anak saya sebab semua boys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..klu ari cuti seharian kt umh..mcm2 aktvti la depa..:-)

      Delete