Nuffnang Ads

Friday, August 22, 2014

" DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??"



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni 22 Ogos 2014 adalah hari yang memberi kesan emosi yang menyedihkan kepada kita seluruh rakyat Malaysia. 20 jenazah mangsa Tragedi MH17 akan tiba ke tanah air dan pastinya kita diselubungi suasana pilu sepanjang hari ini. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat mangsa. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan sabar dengan segala ketentuanNya , berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Al- Fatihah..

Namun begitu, biar apa pun yang berlaku, yang pergi tetap pergi, yang masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini perlu meneruskan kehidupan. Terus menyelesaikan tugasan sebagai khalifah yang masih belum selesai seperti yang diamanahkan olehNya. Selesaikanlah sehabis daya sebelum waktu terhenti.Ok stop. Masuk ke point yang gua nak sampaikan ni. Korang dah berjaya dalam kehidupan?? maksud berjaya tu gua fokuskan kepada apa jua bidang yang sedang dan telah korang semua ceburi la.

Ok sebagai contoh, kalau korang jadi salesman or salesgirl, tak kisah la jual apa pun, jangan jual maruah, jual body sudah..kah3..dah pernah ka buat sales meletop kaw-kaw?? kalau tak pernah ok. Tapi yang peliknya kenapa member-member sales yang jual produk yang sama kita jual, tapi dia punya jualan...mak aaaiii..memang TIPTOP!! Dan bila dah jadi macam tu, rasa hairan tak?? " DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??"  " eleh..mamat tu pakai ilmu pelaris apa tah sampai laku macam tu sekali.." ( ayat dengki bangsa kita yang tak boleh belah )..kurafat betoi!!!

Bila sebut tentang kisah orang berjaya ni, gua sendiri pernah alami 6 tahun yang dulu. Ya 6 tahun dulu dimana gua telah didatangi oleh seorang mamat yang kurus kering, naik moto kriss kristar 110 ja masa tu. Bila dah lama tak jumpa ni macam-macam la sembang kan. Mamat ni menceritakan bagaimana dia meneruskan kehidupan di Pulau Pinang dengan gaji yang terhad, kos sara hidup tinggi dan yang paling ekstream, dia dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekitar 2007. Mamat ni kerja kilang time tu.Kilang ni biasa la, time production laju, OT pun banyak. Time tak dak job, apa lagi, cut cost..kurangkan Manpower!!! Tapi time tu, dia kira boleh dikatakan bernasib baik kerana masih belum memulakan alam rumah tangga, so ekonomi rumah tanggga tu tak yah la dia nak fikir sangat kan, fikir ekonomi perut sendiri ja..kah3

6 tahun berlalu, tahun 2014. Kat mana member gua sekarang?? Menakjubkan.. Dulu kurus sekarang dah gemuk!!..Dia dah ada company sendiri, dah ada pekerja-pekerja sendiri yang sanggup korban apa saja untuk bosnya. ( Nyawa tak sanggup kot depa nak korban ) hihi..Apa lagi dia ada?? Rumah besaq..gua dah p...memang besaq baq ang!! kereta mewah..memang mewah baq ang!!! dan bila dah berjaya macam tu, semua didatangkan sekali sebagai pakej termasuk dapat bini dan anak-anak..kah3

" DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??" Nak berjaya??  mesti kita kena tau resepi untuk berjaya . Macam masak la, nak masak sambal petai, jangan dok masuk mayonis pulak dalam petai....Wuuuueekk!!!! memang tak sesuai!!...kah3. So apa resipi kalu nak berjaya??? Nin dia nak baq ang!!! :






JANGAN TAKUT GAGAL
Jangan takut gagal. Bila gagal baru kita akan belajar cara nak elak dari kegagalan agar tak berulang. Lama-lama berjaya.InsyaAllah. Yang penting cuba dulu. Dah la dengan Hantu pun takut, dengan gagal pun nak takut ka???





JANGAN PENDAMKAN IMPIAN
Impian ni tonic kejayaan sebenarnya. Kalau kita pendamkan impian tu, umpama Popeye lemah tak makan Spinach la. Lembik.. makan ja Spinach..kuat gila si Popeye ni.. Contohnya kita nak kawin dengan Nora Danish. Jangan pendam impian tu. Keluar la pi mengayat si Nora tu.. kah3 ..impian akan jadi nyata..InsyaAllah.



SERAP TENAGA POSITIF DI SEKELILING
Tenaga positif penyelamat kepada semangat dan motivasi diri. Apa tenaga positif di sekeliling kita?? orang yang sentiasa berfikiran positif dan berjaya yang dekat dengan kita. Macam gua ni tenaga positif tu kat member gua yang berjaya tu la.Kalau tulis blog tenaga positif tu ialah rakan blogger kita yang berjaya . Tapi kalau habis tak jumpa jugak tenaga positif yang nak diserap, hang p la duduk berdekatan terminal positif bateri kereta tu, positif jugak kan...Kah3


BANYAK BERSABAR
Sabar separuh dari Iman. Sesuatu yang kita cuba tapi tak berjaya adalah cabaran dan dugaan. Banyakan sabar menempuhi segalanya.Ada hikmahnya..pasti!! Untuk mengecap kejayaan pasti memakan masa.







SENTIASA OPTIMIS
Jika sentiasa optimis ( tiada kaitan dengan optimus prime, ok ), maka impian dan kejayaan boleh dicapai dengan mudah. Serapkan segala tenaga positif di sekeliling dan hindarkan pemikiran negetif.


JANGAN MUDAH PUTUS ASA
Jangan cepat mengalah dan berputus asa. Hanya mereka tahu erti sabar berjaya sampai ke kemuncak kejayaan. Saat untuk menikmati kemanisan itu akan tiba jua hanya berpaksikan kesabaran yang tinggi.



SO, " DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??" BERTINDAK SEKARANG!!!



THE PURSUIT OF HAPPYNESS MOVIE YANG BOLEH BAGI KITA MOTIVASI.. CER TRY TENGOK, CER TRY TENGOK..HEHE


6 comments:

  1. Replies
    1. ya lah krungkrung..insyaAllah..selamat segalanya:-)

      Delete
  2. Setuju dengan apa yang member Ein tu cakap.. Dare to fail macam buku Billi Lim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Nurul Hidayah..tp kebnyakkan kita ni fail to do..:-)

      Delete
  3. aSSALam.. Entry yang membina.. thx for da sharing... skarang memang tgh tkt utk berjaya pon.. hopely boleh bina caj2 positif.. negative go away...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..semoga zafairMas_shakleeSITE sukses sentiasa..anyway thanks coz singgah n lontarkan comment kt blog ni..tq banyak2 :)

      Delete