Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila kita sebut " Solat Tiang Agama " pun kita dah tau dah betapa solat begitu penting dalam kehidupan seorang muslim. Kita nak buat rumah, apa yang perlu ada dulu?? Tangga?? tingkap?? tak pun Albab??...haa!!.apa tu albab??..albab pun hang tak tau ka?? albab tu pintu la dalam bahasa Arab!!.. tu la bengap sangat..dulu gua ajak pi kelas bahasa Arab tak mau..macam-macam alasan.. ye ke Albab tu pintu?? ye la kot sebab gua tengok cita P. Ramlee yang mengatakan Albab tu pintu..kah3.Lagi apa lagi yang perlu ada sebelum wujudnya sebuah rumah?? Tak kan terus buat bumbung kot nak buat rumah, nak ikat kat mana bagi bumbung tu tergantung?? cuba hang habaq mai kat aku sat lagu mana??( kalau tak paham ayat tu sila google ok)
Tiang lah faktor utama yang asas dalam pembinaan sebuah rumah yang kukuh. Keutuhan dan ketahan struktur rumah adalah bergantung kepada kekuatan tiangnya. Ketahanan sesebuah rumah itu penting untuk kita terus tinggal serta berlindung dari sebarang keadaan cuaca yang tidak menetu, beristirehat dan sebagainya dengan selesa serta selamat.
Begitulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan agama Islam yang mana mengambil tiang sebagai suatu aspek untuk menerangkan kepada penganutnya bahawa pentingnya solat dalam amalan kehidupan harian sebagai muslim. Islam yang kita anuti ini adalah seperti rumah, tempat kita berlindung dari melakukan perkara-perkara maksiat, perkara yang dilarang. Tempat di mana anasir-anasir jahat tidak dapat memusnahkan kita selagi kekuatan tiangnya utuh. Solatlah aspek penting dalam Rumah Islam yang kita diami ini. Solat lah tiang yang memastikan Rumah Islam kita sentiasa kebal.
Tapi bila kita amati kehidupan masyarakat Islam di akhir zaman ini, memang sedih. Pelbagai aspek menonjolkan betapa lemahnya penghayatan nilai-nilai Islam dikalangan umat. Inilah punca yang memangkin kepada pelbagai masalah yang timbul dari aspek paling asas iaitu peribadi, instituasi keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia. Mengapa ini berlaku?? segalanya bermula daripada penghayatan Solat. Solatkah kita?? Tahukah kita solat?? kalau dah solat, sempurnakah solat kita?? Betulkah bacaan solat kita?? Berapa rukun solat sebenarnya?? Tahukah kita nak berwuduk sebelum solat?? Kalau nak solat kita berhadas, tahukah kita cara mandi wajib?? Bila dah sakit, tahukah cara solat ketika sakit?? nak doa dikabulkan?? tahukah kita nak berdoa selepas solat?? Sekiranya semua persoalan tadi memberikan jawapan yang negetif. Sesuatu perlu anda lakukan...p belajaq. Cari guru, tanya kawan-kawan yang tinggi ilmu agamanya, bergaul dengan orang-orang masjid. Tak pun dah zaman teknologi ni perbanyakkan google perkara yang berkaitan solat ni.
Tapi jika semua option tadi menjadi masalah bagi anda untuk memperoleh maklumat dan ilmu yang dikehendaki berkaitan Solat. Jawapannya ialah.................. Dapatkan DVD ni....
PREVIEW DVD PANDUAN SOLAT LENGKAP 3D
*NAK BERJIHAD?? NI LA SALAH SATU CARA BERJIHAD. BERJIHAD MEMBAIKI DIRI
No comments:
Post a Comment