Nuffnang Ads

Sunday, August 31, 2014

MERDEKAKAN DIRIMU

Assalamulaikum, Salam Merdeka dan salam berhujung minggu. Hari-hari minggu macam ni tambah time pagi lepas sembahyang subuh kalau dah memang tak tau nak buat apa, aktiviti yang paling gua suka ialah golek-golek atas katil.

Golek punya golek pusing punya pusing, gua terfikir, sampai bila gua harus dibelenggu dengan jajahan golek mengolek ni??sampai bila gua nak biarkan diri ini terus melekat kat tilam yang empuk yang pastinya tak kan memberi makna sedangkan orang lain sibuk dengan sambutan Kemerdekaan yang ke 57 ni.

Kadang-kadang terpikir jugak, negara kita dah merdeka selama 57 tahun kan. Tapi dari sudut individu, kita sendiri, adakah kita MERDEKA ?? Ya MERDEKA?? MERDEKA untuk kita bebas melakukan perkara yang kita nak. Bebas melakukan perkara yang kita suka, tanpa dibelenggu rasa takut. Tapi pastikan bebas melakukan perkara yang dibolehkan je la. Kena paham jugak konsep kita ni muslim. Jangan main "tibai" ja contohnya, " ish aku ni teringin sangat nak minum arak, sempena Merdeka ni aku rasa nak minum arak la..rasa nak memerdekakan diri aku untuk merasai sedap ke tak minum arak ni..mesti best.".... Astagfirullahhalazim.. harap tak dak la golongan kita yang " bengap tahap gaban" sampai macam tu kan. Tapi hakikatnya ada..ya ada. Masih banyak dalam kalangan kita masih tidak MERDEKA dalam melakukan dosa samada sedar, separuh sedar mahupun tak sedar....

Apa yang korang rasa perkara yang korang rasa nak buat tapi masih tak buat dek kerana takut??perkara yang elok-elok, tapi masih tak mampu nak laksanakan. Jika ada, apakata kita Mermedekakan diri sempena Sambutan Merdeka yang ke 57 ni...

Sebenarnya gua dah MEMERDEKAKAN DIRI GUA sejak semalam lagi... Apa yang gua telah merdekakan??? Gua telah berjaya MERDEKA dari takut untuk bermain bola kepada kembali bermain bola setelah dibelenggu kecederaan silam ( terkeluar sendi lutut masa form 4 )...dah lama dah simpan hasrat nak bermain semula,tapi takut kecederaan berulang. Tapi setelah difikirkan baik buruk, tak salah kalau start main balik. Think positif..sampai bila gua nak terus dibelenggu rasa terseksa menyimpan hasrat nak main permainan yang paling gua suka sejak tadika lagi. Kalau tak injured dulu..confirm gua main dengan Man U sekarang...kah3..Tapi kena sentiasa berwaspada la kan..InsyAllah.. Berkat..Selamat....



PERSEDIAAN MERDEKA..BELI BOOTS BARU ADIDAS NITROCHARGE 3.0



DAVID SILVA DAN XABI ALONSO PUN PAKAI KASUT NI OOO

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



PEMINAT LEE CHONG WEI?? JANGAN LEPAS PELUANG NI..


* Pejamkan matamu...Tarik nafas dalam sedalamnya..tenangkan fikiran...fikirkan perkara yang bakal di " MERDEKAKAN" hari ni....positifkan fikiran... buka matamu..... Ayuh!!!!! MERDEKAKAN DIRIMU!!!...MERDEKAKAN DIRIMU..MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!





Thursday, August 28, 2014

MARAH

Marah ke??..marah sangat ke??...ni betul-betul marah ke??





EEhh..ehh..ni betul-betul marah ni....sabaq sat HULK.. cer hang istigfar sikit kalau marah tu...asyik nak memberontak ja keja hang... Cuba hang amalkan DOA MARAH ni time nak marah...




Haa..macam mana?? tenang tak??..simple ja doa time marah, tapi kadang-kadang kita ja yang tak amik tau pasal doa-doa ni. Barangsiapa yang sedang marah-marah tu, cuba try test, you can feel it, just try... it more simple than 123... InsyaAllah.

Siapa nak jam TAG heuer free??



*Marah jangan melampaui batas sesungguhnya orang yang melampaui batas adalah terdiri dari golongan orang munafik..




Wednesday, August 27, 2014

BASAH DALAM KEKERINGAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni hujan lebat membasahi bumi bertuah tanah tumpah darahku ini dari pagi gua keluar sampai sekarang hujan masih belum "Seriat" ( reda la tu bahasa buku ). Tapi tak kisah la dah hujan kan, memang akan basah la kalau kita terdedah tanpa sebarang perlindungan.

Tapi apa yang berlaku malam semalam dalam jam 2pagi  berbeza sekali dengan lumrah alam, gua pun hairan. Macam mana gua boleh basah dalam kekeringan. Maksudnya cuaca yang panas dan kering, tapi gua kebasahan. Keadaan basah tu yang buat gua tersentak dari tidur, terjaga dari dibuai mimpi-mimpi indah.

Seingat gua masa gua masuk tidur dan sebelum terlelap, memang keadaan agak panas dan kekuatan kipas telah dilaraskan pada kekuatan maksima. Cuma sebelum belayar ke alam mimpi anak sulung gua masuk bilik bagitau malam tu dia rasa tak best nak tido sendiri di bilik, nak tido dengan gua. Ok la sekali sekala, fine.

Baru ja gua nak dating dengan Uqasha Senrose ( dalam mimpi la ) tetiba tersentak gua, apa yang panas-panas sejuk ja dekat baju gua ni. Dalam keadaan mata yang masih tertutup, di awang-awangan ( mamai )...mimpi " Basah" kot"..eehh tak kan kot..ish lain macam ni..tak kan bumbung rumah gua bocor air hujan menitis kot, dan last sekali gua menduga, tak kan gua kencing malam... bingkas gua bagun......................

Allahuakbar...memang bertuah!! anak gua kencing rupanya!! gua memang " BASAH DALAM KEKERINGAN!!"..Apa boleh buat, nak membebel marah bukan budak tu sengaja pun kan. Tapi kuatkan semangat la supaya tak marah-marah. Sabar-sabar...jam 3 pagi siap selesai urusan pembersihan Najis Mutawasitah tu. Dah 2 kali anak gua ni asyik kencing malam tapi tak berturut la, malam ni kali ke 3. Malam yang lepas-lepas dia hentam kat tilam dia, malam ni kat tilam gua pulak. Tak boleh jadi ni, tindakan perlu dilakukan. Apa lagi pi google cari la. Ni la maklumat yang gua dapat dan nak kongsikan bersama kat blog ni. Semoga jadi panduan untuk kita bersama....


Kencing malam, atau istilah perubatannya 

“enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Penyebab kencing malam:

Ruang pundi kencing yang kecil.

Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....

Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Kredit to : http://masyaamiraaimie.blogspot.com/



NAK TIKET AIRASIA??



* KECING MALAM, LEBIH BAIK DARI KENCING ORANG...KAH3


Sunday, August 24, 2014

FALLING LOVE.....AGAIN

Kali petama aku menatap mata mu, hati ini berdebar-debar. Jantung berdengup kencang, menggandakan kelajuan nadiku sehingga mengalahkan kelajuan cahaya. Tak dapat aku bayangkan keindahan tubuhmu yang mengiurkan dan menawan perhatian sesiapa saja yang memandangmu. Kulitmu yang licin, berkilat bak mutiara menyerlahkan lagi godaanmu. Tak dapat aku nafikan, kaulah ciptaan yang sempurna bagiku.

Demimu, aku sanggup korbankan apa saja, apa saja...ya apa saja. Asalkan kau menjadi milikku, milikku yang mutlak. Tidak kah kau sedar, kau telah menyeksaku setelah kali pertama kau memperlihatkan dirimu. Sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan bagiku, biarpun bukan untukmu,tapi aku rela,aku rela terseksa keranamu dari tak merasa apa-apa. Suaramu, suaramu yang bakal mengundang perhatian jejaka-jejaka yang sentiasa mengambil peluang untuk bersamamu, selamanya.

Tidakkah kau mengerti keluhan hatiku ini??tidak kah kau fahami perasaanku ini?? Hanya kau saja dambaanku kini. Tiada 2 atau 3,4,5,6 dan seterusnya ( tolong sambung kira sendiri ). Setiap detik setiap waktu aku menghitung hari, saat dan ketika untuk kita bersama. Ya bersama tanpa berpisah untuk selamanya sehingga aku menemui cinta yang lain.

Percayalah, sekali kau milikku, seribu kali dan berkali malahan berjuta kali akan ku belaimu, menatangmu bagai minyak yang penuh, akan ku pastikan tak ada langsung yang tertumpah. Itu janjiku padamu. Setiap detik aku berdoa kepada yang Esa, agar kau membuka pintu hatimu untuk memberi peluang kepadaku buktikan betapa dalamnya cintaku padamu. Aku yakin, biarpun hantaran untuk memilikimu sangat-sangat tinggi, tapi percayalah, suatu masa kau tetap jadi milikku, percayalah kita pasti bersatu, percayalah kita akan bersama-sama menuju ke puncak bahagia yang tertinggi melebihi langit ke- 7.( glluuupp..dasyat!!)

Kini, aku akan terus menghitung hari,sambil ku gandakan kudratku, ku laburkan hartaku, apa saja, demimu..demi memilikimu.Pecayalah..akan tiba saat itu,akan tiba..akan tiba jua....InsyaAllah...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Matamu Menawan Hatiku..hehe




Seksi...




Mana mau cari RM121K Untuk menyuntingmu????Alahaaaiiiiiiii

Who else wants a FREE RM10,000 TAG Heuer watch?



* Moto beratus ribu..berbaloi ka?? Kalau dah duit banyak tak tau nak buat apa..boleh dipertimbangkan kot...huhu















Friday, August 22, 2014

" DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??"



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni 22 Ogos 2014 adalah hari yang memberi kesan emosi yang menyedihkan kepada kita seluruh rakyat Malaysia. 20 jenazah mangsa Tragedi MH17 akan tiba ke tanah air dan pastinya kita diselubungi suasana pilu sepanjang hari ini. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat mangsa. Tabahlah menghadapi dugaan ini dan sabar dengan segala ketentuanNya , berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Al- Fatihah..

Namun begitu, biar apa pun yang berlaku, yang pergi tetap pergi, yang masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini perlu meneruskan kehidupan. Terus menyelesaikan tugasan sebagai khalifah yang masih belum selesai seperti yang diamanahkan olehNya. Selesaikanlah sehabis daya sebelum waktu terhenti.Ok stop. Masuk ke point yang gua nak sampaikan ni. Korang dah berjaya dalam kehidupan?? maksud berjaya tu gua fokuskan kepada apa jua bidang yang sedang dan telah korang semua ceburi la.

Ok sebagai contoh, kalau korang jadi salesman or salesgirl, tak kisah la jual apa pun, jangan jual maruah, jual body sudah..kah3..dah pernah ka buat sales meletop kaw-kaw?? kalau tak pernah ok. Tapi yang peliknya kenapa member-member sales yang jual produk yang sama kita jual, tapi dia punya jualan...mak aaaiii..memang TIPTOP!! Dan bila dah jadi macam tu, rasa hairan tak?? " DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??"  " eleh..mamat tu pakai ilmu pelaris apa tah sampai laku macam tu sekali.." ( ayat dengki bangsa kita yang tak boleh belah )..kurafat betoi!!!

Bila sebut tentang kisah orang berjaya ni, gua sendiri pernah alami 6 tahun yang dulu. Ya 6 tahun dulu dimana gua telah didatangi oleh seorang mamat yang kurus kering, naik moto kriss kristar 110 ja masa tu. Bila dah lama tak jumpa ni macam-macam la sembang kan. Mamat ni menceritakan bagaimana dia meneruskan kehidupan di Pulau Pinang dengan gaji yang terhad, kos sara hidup tinggi dan yang paling ekstream, dia dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekitar 2007. Mamat ni kerja kilang time tu.Kilang ni biasa la, time production laju, OT pun banyak. Time tak dak job, apa lagi, cut cost..kurangkan Manpower!!! Tapi time tu, dia kira boleh dikatakan bernasib baik kerana masih belum memulakan alam rumah tangga, so ekonomi rumah tanggga tu tak yah la dia nak fikir sangat kan, fikir ekonomi perut sendiri ja..kah3

6 tahun berlalu, tahun 2014. Kat mana member gua sekarang?? Menakjubkan.. Dulu kurus sekarang dah gemuk!!..Dia dah ada company sendiri, dah ada pekerja-pekerja sendiri yang sanggup korban apa saja untuk bosnya. ( Nyawa tak sanggup kot depa nak korban ) hihi..Apa lagi dia ada?? Rumah besaq..gua dah p...memang besaq baq ang!! kereta mewah..memang mewah baq ang!!! dan bila dah berjaya macam tu, semua didatangkan sekali sebagai pakej termasuk dapat bini dan anak-anak..kah3

" DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??" Nak berjaya??  mesti kita kena tau resepi untuk berjaya . Macam masak la, nak masak sambal petai, jangan dok masuk mayonis pulak dalam petai....Wuuuueekk!!!! memang tak sesuai!!...kah3. So apa resipi kalu nak berjaya??? Nin dia nak baq ang!!! :






JANGAN TAKUT GAGAL
Jangan takut gagal. Bila gagal baru kita akan belajar cara nak elak dari kegagalan agar tak berulang. Lama-lama berjaya.InsyaAllah. Yang penting cuba dulu. Dah la dengan Hantu pun takut, dengan gagal pun nak takut ka???





JANGAN PENDAMKAN IMPIAN
Impian ni tonic kejayaan sebenarnya. Kalau kita pendamkan impian tu, umpama Popeye lemah tak makan Spinach la. Lembik.. makan ja Spinach..kuat gila si Popeye ni.. Contohnya kita nak kawin dengan Nora Danish. Jangan pendam impian tu. Keluar la pi mengayat si Nora tu.. kah3 ..impian akan jadi nyata..InsyaAllah.



SERAP TENAGA POSITIF DI SEKELILING
Tenaga positif penyelamat kepada semangat dan motivasi diri. Apa tenaga positif di sekeliling kita?? orang yang sentiasa berfikiran positif dan berjaya yang dekat dengan kita. Macam gua ni tenaga positif tu kat member gua yang berjaya tu la.Kalau tulis blog tenaga positif tu ialah rakan blogger kita yang berjaya . Tapi kalau habis tak jumpa jugak tenaga positif yang nak diserap, hang p la duduk berdekatan terminal positif bateri kereta tu, positif jugak kan...Kah3


BANYAK BERSABAR
Sabar separuh dari Iman. Sesuatu yang kita cuba tapi tak berjaya adalah cabaran dan dugaan. Banyakan sabar menempuhi segalanya.Ada hikmahnya..pasti!! Untuk mengecap kejayaan pasti memakan masa.







SENTIASA OPTIMIS
Jika sentiasa optimis ( tiada kaitan dengan optimus prime, ok ), maka impian dan kejayaan boleh dicapai dengan mudah. Serapkan segala tenaga positif di sekeliling dan hindarkan pemikiran negetif.


JANGAN MUDAH PUTUS ASA
Jangan cepat mengalah dan berputus asa. Hanya mereka tahu erti sabar berjaya sampai ke kemuncak kejayaan. Saat untuk menikmati kemanisan itu akan tiba jua hanya berpaksikan kesabaran yang tinggi.



SO, " DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??" BERTINDAK SEKARANG!!!



THE PURSUIT OF HAPPYNESS MOVIE YANG BOLEH BAGI KITA MOTIVASI.. CER TRY TENGOK, CER TRY TENGOK..HEHE


Thursday, August 21, 2014

SOLAT TIANG AGAMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila kita sebut " Solat Tiang Agama " pun kita dah tau dah betapa solat begitu penting dalam kehidupan seorang muslim. Kita nak buat rumah, apa yang perlu ada dulu?? Tangga?? tingkap?? tak pun Albab??...haa!!.apa tu albab??..albab pun hang tak tau ka?? albab tu pintu la dalam bahasa Arab!!.. tu la bengap sangat..dulu gua ajak  pi kelas bahasa Arab tak mau..macam-macam alasan.. ye ke Albab tu pintu?? ye la kot sebab gua tengok cita P. Ramlee yang mengatakan Albab tu pintu..kah3.Lagi apa lagi yang perlu ada sebelum wujudnya sebuah rumah?? Tak kan terus buat bumbung kot nak buat rumah, nak ikat kat mana bagi bumbung tu tergantung?? cuba hang habaq mai kat aku sat lagu mana??( kalau tak paham ayat tu sila google ok)

Tiang lah faktor utama yang asas dalam pembinaan sebuah rumah yang kukuh. Keutuhan dan ketahan struktur rumah adalah bergantung kepada kekuatan tiangnya. Ketahanan sesebuah rumah itu penting untuk kita terus tinggal serta berlindung dari sebarang keadaan cuaca yang tidak menetu, beristirehat dan sebagainya dengan selesa serta selamat.

Begitulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan agama Islam yang mana mengambil tiang sebagai suatu aspek untuk menerangkan kepada penganutnya bahawa pentingnya solat dalam amalan kehidupan harian sebagai muslim. Islam yang kita anuti ini adalah seperti rumah, tempat kita berlindung dari melakukan perkara-perkara maksiat, perkara yang dilarang. Tempat di mana anasir-anasir jahat tidak dapat memusnahkan kita selagi kekuatan tiangnya utuh. Solatlah aspek penting dalam Rumah Islam yang kita diami ini. Solat lah tiang yang memastikan Rumah Islam kita sentiasa kebal. 

Tapi bila kita amati kehidupan masyarakat Islam di akhir zaman ini, memang sedih. Pelbagai aspek menonjolkan betapa lemahnya penghayatan nilai-nilai Islam dikalangan umat. Inilah punca yang memangkin kepada pelbagai masalah yang timbul dari aspek paling asas iaitu peribadi, instituasi keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia. Mengapa ini berlaku?? segalanya bermula daripada penghayatan Solat. Solatkah kita?? Tahukah kita solat?? kalau dah solat, sempurnakah solat kita?? Betulkah bacaan solat kita?? Berapa rukun solat sebenarnya?? Tahukah kita nak berwuduk sebelum solat?? Kalau nak solat kita berhadas, tahukah kita cara mandi wajib?? Bila dah sakit, tahukah cara solat ketika sakit?? nak doa dikabulkan?? tahukah kita nak berdoa selepas solat?? Sekiranya semua persoalan tadi memberikan jawapan yang negetif. Sesuatu perlu anda lakukan...p belajaq. Cari guru, tanya kawan-kawan yang tinggi ilmu agamanya, bergaul dengan orang-orang masjid. Tak pun dah zaman teknologi ni perbanyakkan google perkara yang berkaitan solat ni.

Tapi jika semua option tadi menjadi masalah bagi anda untuk memperoleh maklumat dan ilmu yang dikehendaki berkaitan Solat. Jawapannya ialah.................. Dapatkan DVD ni....





PREVIEW DVD PANDUAN SOLAT LENGKAP 3D



*NAK BERJIHAD?? NI LA SALAH SATU CARA BERJIHAD. BERJIHAD MEMBAIKI DIRI



Wednesday, August 20, 2014

HOW TO HIDE FILE IN ANDROID PHONE

Do you have any important data that high risk if lost or can reached by everyone especially your enemy. For example, your old lover picture that you keep in your phone couple years and you feel so hard to delete it. In this case, the enemy is of course your current lover or your wife,right ?? kah3

So, how to keep that file in your phone as 200% TOP SECRET?? here we go...



First, go for your file manager setting and make sure to tick " Show Hidden File "



Identify the file or folder you want to make hidden for example in the picture above is folder " TOP SECRET 200%"



Touch and hold down the folder for rename it. Just put " dot ( . ) " in front of your folder name



Now your folder look like picture above after rename



Lastly, go to your file manager setting and make sure untick " Show Hidden Files "




Its Work !!! Where is " TOP SECRET 200%" folder?? disappear just like that?? just put the little dot in front of folder name.



* PLEASE USE THIS TIP FOR YOUR OWN GOODNESS, DON'T USE IT FOR YOUR DIRTY WORK LIKE SOMETHING NOT ALLOWED IN SYARAK ( EXAMPLE : KEEP PORNO PHOTO FROM YOUR FAMILY KNOWLEDGE).... ASTAGFIRULLAHALAZIM.. Istigfar banyak la sapa-sapa yang dok buat keja ni....kah3







Tuesday, August 19, 2014

BLOGGER SEJATI... 200%


Salam Syawal, salam lebaran.Biarpun kemeriahan Syawal semakin meluntur,tapi sifat saling bermaafan tu jangan lah pudar dan turut meluntur.Biarpun undangan Open House pun dah makin berkurang,selalu ada ja undangan, tapi gua bersyukur ada hikmahnya kalau dah kurang jemputan,dapat jugak kurangkan jumlah kolestrol yang makin menebal saban hari bermula sejak Syawal menjelma..Hari ni 23 Syawal maka genap la 22 hari gua tak update blog. Last pagi raya gua update masa nak pi sembahyang raya.  Rupa-rupanya bukan mudah no bila kita nak cuba jadi BLOGGER SEJATI ni. Dulu masa mula berkecimpung dalam dunia blogger ni, memang gua dah bertekad akan melakukan yang terbaik dan memastikan sentiasa post 18 entri sehari..tapi kecundang jua akhirnya dalam pelayaran bahtera di samudera blogger ni.

Mana tak kecundangnya, bermacam halangan dan dugaan dalam usaha bergelar BLOGGER SEJATI ni. Bila ada idea menjelma, keadaan tak mengizinkan pulak,delay dulu simpan idea. Bila dah ready masa yang sesuai, idea yang berkoyan-koyan mencurah masa delay dulu bagaikan menyembunyikan diri tanpa mahu muncul biarpun dipanggil berkali-kali.Kemungkinan gua ni dah kena banyakan makan kismis rasanya, tak pun kena minum Enfagrow A+..baru sel-sel otak berhubung gamaknya..ye tak..kah3

Halangan paling utama bagi gua bergelar BLOGGER SEJATI ialah gua sering lupa password blog.Memang itu masalahnya, bila dah lama tak update, beku otak sampai lupa pasword. Masa mula buat pasword ingat la tiap-tiap hari masuk. Nak tulis pasword kat mana-mana rasa macam tak genius pulak, tu yang gua tak tulis ingat ja dalam kepala. Kata orang nak seribu daya,tak nak sejuta dalih ( aik awat dalih banyak dari daya???) Kalau betul-betul bersungguh biar apa pun halangan, semua tak jadi hal.

Untuk atasi masalah tu lepas dah 2, 3 kali reset password, terpaksa gua korbankan keegoan dari menjadi seorang genius iaitu tulis password baru kat kertas. Tapi setelah menjalankan ujikaji, ternyata ada kelemahannya. Bagaimana jika kertas yang tertulis password tu hilang??? Senang ja..ambil kertas tu dan seterusnya ambil gambar kertas tertulis password tu guna smart phone or camera dan yang terakhir sekali jadikan gambar tersebut sebagai wallpaper untuk desktop PC, Laptop or Smart Phone.Done..Amacam?? bijak??Akhirnya terbukti juga gua seorang yang genius lagi kacak...selamat mencuba....kah3..


* Lepas ni tak dak dah kot yang nak merindui entri blog gua 200% coz tiap-tiap hari gua update blog..kah3