Tuesday, August 19, 2014
BLOGGER SEJATI... 200%
Salam Syawal, salam lebaran.Biarpun kemeriahan Syawal semakin meluntur,tapi sifat saling bermaafan tu jangan lah pudar dan turut meluntur.Biarpun undangan Open House pun dah makin berkurang,selalu ada ja undangan, tapi gua bersyukur ada hikmahnya kalau dah kurang jemputan,dapat jugak kurangkan jumlah kolestrol yang makin menebal saban hari bermula sejak Syawal menjelma..Hari ni 23 Syawal maka genap la 22 hari gua tak update blog. Last pagi raya gua update masa nak pi sembahyang raya. Rupa-rupanya bukan mudah no bila kita nak cuba jadi BLOGGER SEJATI ni. Dulu masa mula berkecimpung dalam dunia blogger ni, memang gua dah bertekad akan melakukan yang terbaik dan memastikan sentiasa post 18 entri sehari..tapi kecundang jua akhirnya dalam pelayaran bahtera di samudera blogger ni.
Mana tak kecundangnya, bermacam halangan dan dugaan dalam usaha bergelar BLOGGER SEJATI ni. Bila ada idea menjelma, keadaan tak mengizinkan pulak,delay dulu simpan idea. Bila dah ready masa yang sesuai, idea yang berkoyan-koyan mencurah masa delay dulu bagaikan menyembunyikan diri tanpa mahu muncul biarpun dipanggil berkali-kali.Kemungkinan gua ni dah kena banyakan makan kismis rasanya, tak pun kena minum Enfagrow A+..baru sel-sel otak berhubung gamaknya..ye tak..kah3
Halangan paling utama bagi gua bergelar BLOGGER SEJATI ialah gua sering lupa password blog.Memang itu masalahnya, bila dah lama tak update, beku otak sampai lupa pasword. Masa mula buat pasword ingat la tiap-tiap hari masuk. Nak tulis pasword kat mana-mana rasa macam tak genius pulak, tu yang gua tak tulis ingat ja dalam kepala. Kata orang nak seribu daya,tak nak sejuta dalih ( aik awat dalih banyak dari daya???) Kalau betul-betul bersungguh biar apa pun halangan, semua tak jadi hal.
Untuk atasi masalah tu lepas dah 2, 3 kali reset password, terpaksa gua korbankan keegoan dari menjadi seorang genius iaitu tulis password baru kat kertas. Tapi setelah menjalankan ujikaji, ternyata ada kelemahannya. Bagaimana jika kertas yang tertulis password tu hilang??? Senang ja..ambil kertas tu dan seterusnya ambil gambar kertas tertulis password tu guna smart phone or camera dan yang terakhir sekali jadikan gambar tersebut sebagai wallpaper untuk desktop PC, Laptop or Smart Phone.Done..Amacam?? bijak??Akhirnya terbukti juga gua seorang yang genius lagi kacak...selamat mencuba....kah3..
* Lepas ni tak dak dah kot yang nak merindui entri blog gua 200% coz tiap-tiap hari gua update blog..kah3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment