Nuffnang Ads

Sunday, August 31, 2014

MERDEKAKAN DIRIMU

Assalamulaikum, Salam Merdeka dan salam berhujung minggu. Hari-hari minggu macam ni tambah time pagi lepas sembahyang subuh kalau dah memang tak tau nak buat apa, aktiviti yang paling gua suka ialah golek-golek atas katil.

Golek punya golek pusing punya pusing, gua terfikir, sampai bila gua harus dibelenggu dengan jajahan golek mengolek ni??sampai bila gua nak biarkan diri ini terus melekat kat tilam yang empuk yang pastinya tak kan memberi makna sedangkan orang lain sibuk dengan sambutan Kemerdekaan yang ke 57 ni.

Kadang-kadang terpikir jugak, negara kita dah merdeka selama 57 tahun kan. Tapi dari sudut individu, kita sendiri, adakah kita MERDEKA ?? Ya MERDEKA?? MERDEKA untuk kita bebas melakukan perkara yang kita nak. Bebas melakukan perkara yang kita suka, tanpa dibelenggu rasa takut. Tapi pastikan bebas melakukan perkara yang dibolehkan je la. Kena paham jugak konsep kita ni muslim. Jangan main "tibai" ja contohnya, " ish aku ni teringin sangat nak minum arak, sempena Merdeka ni aku rasa nak minum arak la..rasa nak memerdekakan diri aku untuk merasai sedap ke tak minum arak ni..mesti best.".... Astagfirullahhalazim.. harap tak dak la golongan kita yang " bengap tahap gaban" sampai macam tu kan. Tapi hakikatnya ada..ya ada. Masih banyak dalam kalangan kita masih tidak MERDEKA dalam melakukan dosa samada sedar, separuh sedar mahupun tak sedar....

Apa yang korang rasa perkara yang korang rasa nak buat tapi masih tak buat dek kerana takut??perkara yang elok-elok, tapi masih tak mampu nak laksanakan. Jika ada, apakata kita Mermedekakan diri sempena Sambutan Merdeka yang ke 57 ni...

Sebenarnya gua dah MEMERDEKAKAN DIRI GUA sejak semalam lagi... Apa yang gua telah merdekakan??? Gua telah berjaya MERDEKA dari takut untuk bermain bola kepada kembali bermain bola setelah dibelenggu kecederaan silam ( terkeluar sendi lutut masa form 4 )...dah lama dah simpan hasrat nak bermain semula,tapi takut kecederaan berulang. Tapi setelah difikirkan baik buruk, tak salah kalau start main balik. Think positif..sampai bila gua nak terus dibelenggu rasa terseksa menyimpan hasrat nak main permainan yang paling gua suka sejak tadika lagi. Kalau tak injured dulu..confirm gua main dengan Man U sekarang...kah3..Tapi kena sentiasa berwaspada la kan..InsyAllah.. Berkat..Selamat....



PERSEDIAAN MERDEKA..BELI BOOTS BARU ADIDAS NITROCHARGE 3.0



DAVID SILVA DAN XABI ALONSO PUN PAKAI KASUT NI OOO

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



PEMINAT LEE CHONG WEI?? JANGAN LEPAS PELUANG NI..


* Pejamkan matamu...Tarik nafas dalam sedalamnya..tenangkan fikiran...fikirkan perkara yang bakal di " MERDEKAKAN" hari ni....positifkan fikiran... buka matamu..... Ayuh!!!!! MERDEKAKAN DIRIMU!!!...MERDEKAKAN DIRIMU..MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!





2 comments:

  1. Merdekakah kita?
    Sama-sama kita renungkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. renung jangan tak renung, tapi renung jangan sampai termenung..hehe :-)

      Delete