Nuffnang Ads

Monday, September 5, 2016

UPSR 2016



Hari ni bermulalah Peperiksaan UPSR 2016 di semua sekolah-sekolah rendah. Penangan peperikasaan ini memberi impak yang positif bagi anak sulung gua yang baru darjah 1..Aik apa kaitan UPSR ni dengan murid darjah satu pulak??..bukan darjah 6 ja ka yang terlibat??..Ya memang darjah 6 ja yang terlibat, tapi masalahnya cikgu-cikgu kat sekolah anak gua tu suruh budak darjah 1 ni cuti untuk menghindarkan kuasa kebisingan yang bakal dijana oleh budak-budak darjah 1 ni menerjah keheningan suasana peperiksaan yang bakal membuatkan calon hilang fokus katanya..Apa lagi memang positif sangat la impaknya, "loncat sakan" la anak gua tu. Dari semalam lagi dah remind , "Esok cuti, keja sekolah tak payah buat la malam ni, nak baca buku ja" ( Baca buku tu dah baguih dah tapi tajuk buku tu ja yang tak berapa nak baguih tajuk dia " LAWAK KAMPUS")...hmmm mudah mudahan bila baca buku komik tu harap dapat la mengecapi kejayaan masuk alam kampus suatu hari nanti ya nak...Amin..

Ok sambung balik pasai UPSR tadi, lebih kurang 450000 calon dari seluruh negara mendudukinya hari ni yang mana peperiksaan ni yang bakal menguji kredibiliti pelajar tu dalam pelajaran sepanjang 6 tahun berada di sekolah rendah. Walaupun ada yang berpendapat peperiksaan ini tak la sepenting SPM, tapi jangan kita lupa yang keputusan peperiksaan di peringkat sekolah rendah ni la yang akan jadi turning point atau penentu hala tuju pelajar untuk ke peringkat menengah. Nak masuk sekolah berasrama penuh ka, sekolah agama ka, sekolah biasa ka dan sekolah-sekolah lain kecuali sekolah memandu.

Teringat time gua dulu masa nak amik UPSR, macam-macam ragam dari calon yang nak amik periksa, ibubapa calon sampai la cikgu-cikgu...huhu.. Apa-apa pun, selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon, semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...Cemerlang dunia akhirat..InsyaAllah.


*Kepada adik-adik darjah 6...Jangan la kutip A banyak sangat, bagi orang lain sama A tu. Jangan langsung tak kutip B pasai B tu Baik, nak jadi budak Baik amik B sama. Jangan disisihkan C, Semua nak A dan B kesian C tak dak orang nak amik please amik C sama. D pun amik la jugak, kesian D takdak D macam mana nak eja Durian...hehe