PILU SEORANG PIATU



Supian, seorang kanak-kanak yatim piatu yang kehilangan ibubapa ketika berusia 5 bulan. Supian dihantar oleh ibu saudaranya ke stesen bas seksyen 13 Shah Alam , untuk kembali kepada neneknya yang tinggal di Perlis, setelah seminggu menghabiskan cuti sekolah di Shah Alam.

Setelah bas bergerak tidak jauh dari stesen bas, Supian yang duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas. ''Abang, nanti kalau sampai Gurun, habaq kat saya na'',
''ya'' jawab pemandu bas.
Tidak berapa lama, Supian menghampiri pemandu bas lagi dan berkata
'' abg, dah sampai Gurun ka?'',
''Dak lagi dik, tak pa duduk dulu, nanti abang habaq''.
Tidak lama selepas itu, Supian menghampiri lagi pemandu bas tadi,
''abang, dah sampai ka?'',
''dak lagi dik''.


Semua penumpang berasa tidak senang dengan Supian kerana sikapnya itu.
Kemudian Supian datang lagi dan bertanya ''dah sampai ka bang?'',
''dak lagi dik, jauh lagi!'' jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.
Kemudian Supian datang lagi dan bertanya
'' sampai ka dak lagi bang?'',
''Aku kata dak lagi! dak lagi la!!! Hang pi duduk ja, nanti sampai aku habaq la!''.


Supian pun kembali semula ke kerusinya.
Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Supian diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.


Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Gurun.
Ketika hendak memasuki Kangar, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Supian. Supian masih tidak sedar dari tidurnya.


Semua orang merasa kasihan dengan Supian. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Gurun atau terus ke Kangar.
Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Gurun kerana kasihankan Supian.


Setelah sampai di Gurun, pemandu bas terus mendekati Supian dengan perasaan simpati,
'' dik, dah sampai dah Gurun'',
''oh, ya ka? Terima kasih bang''
kemudian Supian segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.
Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,
''adik tak mau turun ka ?'',
''tak mau lah, rumah saya kat Kangar. Cuma Mak cik ada pesan tadi, kalau sampai Gurun nanti, makan nasi yang Mak cik bagi ni, takut nanti sakit perut pulak''.
Sekian..



* Sadis, pilu...tak tau nak marah ka nak sedih..ka nak gelak...kih3.. Moral of the story..jangan pandai-pandai buat andaian..tanya dulu.

Popular Posts