Nuffnang Ads

Sunday, September 4, 2016

RENEW INSURAN ROADTAX KERETA ONLINE

Assalamulaikum... Ni entri lama dah ni..saja ja edit balik pasai nak post.. Harap kisah ni dapat menjadi sumber inpirasi untuk sapa-sapa yang nak cuba nak renew Road tax Insuran secara atas talian. Di zaman segalanya di hujung jari ni, satu ja yang gua tak penah cuba buat secara atas talian..Renew Road Tax Insuran ja...Pasai apa tak penah buat??? pasai dok pikiaq macam payah sangat..tapi bila di Try dan Error... Ghupa-ghupanya..sangat mudah dan senang lagi menyenangkan baq ang!!! jimat pun jimat... jimat masa, tenaga dan kos...macam mana cara dia...nindia nak baq ang!!!!

Tahun lepaih dalam bulan 7 ni ada la bawak keluaq keta baru sebiji biasa la untuk keselesaan ahli keluarga yang tercinta, keta hak luaih sikit pasai sebelum ni keta lama bukan tak boleh naik dah, tapi kalau naik ghamai-ghamai, barang-barang lagi sendat la jugak kan. Kalau dekat-dekat boleh la gagah dok tahan kalau keta ketat, ni mengkalau 12 jam long distance tera nak sampai, bole kematu pungkok bang ang, nak kentut pun x boleh.... Tak pa la...beli la sebiji habuan nak ronda-ronda jauh..

Dok ghalit ciwi keta baghu tak sedaq plak nak cukup setahun dah dok naik pi sana sini, tiba-tiba ada pulak orang hantaq mesej sms,nombot tak penah naik pun..dok seriau jugak kot along dok ligan suruh bayaq hutang,buka la SMS tu nampak dia tulih ni ...


Tudia habaq ang!!!...Insuran roadtax nak mampuih dah...Tu la bahana pakai keta..
bukan kata kena jamu minyak ja kalu nak naik..cukup tahun kena bagi pengeras jugak 
bukan kata 2,3 kupang..makan ghibu pengeras dia baq ang!!....

Dok pusing pikiaq ai awat yang mahai lagu ni..sampai RM1500 ( jangan Usha tang RM4500 tu na..tu nombot plate). Nak p amik buat sendiri bole ka geran dok kat bank lagi.. keta baghu setahun, kalau nak habaq kat depa tak mau buat kat depa, nak buat sendiri ada depa nak bagi geran tu??( Tobat tak bagi punya rasa, nu nak makan percent ) Adoi...

Try dok godek-godek jadi Mcgyver kat google jumpa la website beli insuran  online Mototakaful, saja-saja Try n Error main-main masuk maklumat pasai keta nak tengok NCD ( Non Claim Discount)



tekan-tekan confirm NCD..dia naik yg ni..




Keluaq Quotation Semua maklumat pasai keta tu ada..NCD 25%

Sebenaqnya kalu kita tengok balik jumlah keseluruhan yang perlu kita bayaq untuk melindungi keta kita ni bergantung pada market value semasa keta kita, dalam kes keta ni,jumlah keseluruhan hanya RM1041 ja..tapi depa hantaq SMS mai qoutation sampai RM1500 tu mungkin tambahan kepada option-option lain contohnya premium untuk lindungi cermin ka, bilangan driver yang dok drive keta tu ka.

Tapi tu semua optional, ikut kita la kita mau ka tak mau. Yang penting keta kita ni valid untuk digunakan kat jalan dan kalau berlaku kemalangan ada coverage untuk repair balik keta kita.( Jangan la dok bergantung sangat kat Insuran tu sampai digadai kebergantungan kita pada yang maha Esa ) Rasa tak perlu tak payah lah dok gagah boh premium tambahan lain.So apa lagi, dari RM1500 jadi RM1041...kira on ja la jumlah yang qoutation Mototakaful bagi tu,dengan niat Try n Error lagi...terus isi la. Dalam kes keta ni optional lain rasa macam tak perlu ja, teruih proceed....


Saja try tekan Submit..


Naik plak Conformation...



Dah klik confirm depa suruh agree ka nk edit lagi... Daun Serai Buah Labu, Tak Try Tak Tahu..Apa nak jadi jadilah....I Agree...


Kluaq page suruh buat payment..mula-mula was-was..Gila kot tak kan nak Burn RM1041 macam tu ja kot...tapi tawakal ja..InsyaAllah..( Bila buat payment tu jangan lupa simpan Softcopy dan print hardcopy bukti pembayaran untuk rujukan di masa mendatang kalau ada masalah)

Dah selesai print out resit, syarat dan polisi insuran tu depa emailkan ke email peribadi kita register tadi. Buka email dan print out segala dokumen yang berkaitan dengan Insuran yang depa email tadi. Simpan dalam satu fail in case kalau nak claim nanti boleh rujuk balik.Bila settle payment insuran tadi, Mototakaful tadi bagi pulak Link Myeg untuk Renew roadtax pulak..Apa lagi bermulalah pula episod seterusnya dalam Slot Akasia ni yang bertajuk..." Sayangku Renew Roadtax Kat Myeg" pulak..haha.

Yang ni pun first time buat jugak.( Kesian orang dah berkurun dah buat, kita baru nak belajaq buat). Mula-mula buka akaun baru pasai tak biasa buat lagi. Register dengan masukan maklumat. Dah register dah, login ja la dan masuk bahagian renew roadtax...



Dia naik macam gambaq di atas..Apa lagi tadi dah bayaq insuran memang depa dah link dah maklumat pembayaran tu dengan JPJ, la ni cuma isi maklumat yang depa nak ja dalam page tu..

Antara yang perlu diisi ialah IC owner, Nombot pendaftaran kereta, ketegori owner,telepon owner, berapa lama nak renew dan cara nak collect roadtax tu..nak amik sendiri ka, depa nk mai hantaq ka...ikut hampa la..dalam kes ni pilihan depa hantaq telah dilakukan, tak gaduh nak pi mana dah..tunggu ja. Pas tu masuk keyword yang depa bagi tu last sekali tekan proceed untuk payment..siap payment depa hantaq mai resit lagu ni..

Tengok balik resit tu mesti ada orang complen apa ni mahai bayaq roadtax kat My eg..setahun sampai RM101.40, kalau kat pejabat pos baru RM92

Mahai pun berbaloi la, kita bukan gaduh buat apa, jisim badan kita hanya perlu diletakkan pada alat yang dipanggil kerusi ja. Tak perlu gerakkan badan tu dari titik E ke titik F pun. Segalanya diuruskan oleh mereka. Amboi hai sampai tak mau keluar modai langsung, hargai sama pengorbanan depa tolong setlekan masalah kita. Anggap sedekah senang cerita nak banding kita sendiri start keta, nak hadap jem lagi, nak beratoq lagi nu kt pejabat pos tu....tak ka makan masa dan kos. Ni RM101.40 rilek ja...petang sikit tiba-tiba ja ada orang mai hantaq ni.....



Siap..Setle masalah..Nasib baik nak lekatkan kat cermin keta x dak online, kalau tidak nak online kan sekali...lagi senang..huhu...Alhamdullillah..Mujur ada Myeg.

Begitulah kesudahannya episod kali ni. Dulu tak pernah nak mencuba, tapi rupanya mudah ja. Kesimpulannya kat sini, Try and Error akan best kalau setiap yang kita try tak error, kalau error ja memanjang, fed up jugak la rasa..Kepada yang tak pernah nak cuba dan kebetulan Road Tax Insuran kereta anda dah nak mampuih... Cuba hampa Try,Test..cara-cara dah habaq dah kat sini...Kalau dah baca dah apa lagi....Pecah Kaca Pecah Ruyung, Jangan Kata Kita Tak Payung...Eceh pantun pulak...

* Untuk pengetahuan semua JPJ dah menggantikan penggunaan Geran Kenderaan dengan Sijil Pemilikan Kenderaan VOC.. Untuk makluman lanjut ada kat sini  GerantoVOC



















No comments:

Post a Comment