Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Kehangatan industri permotoran negara semakin memuncak
apabila pemain-pemain utama industri bersilih ganti melancarkan model baharu.
Baru saja Kawasaki memperkenalkan model Ninja 250 2018 di Pameran Art Of Speed 2018, Nun di
utara semenanjung bertempat di Batu Kawan Yamaha pula terus mencetuskan
kehangatan apabila melancarkan model yang dinanti-nantikan oleh peminat
tempatan setelah sekian lama hanya memerhati
model ini meluncur dengan gayanya di negara jiran. Model ini dikenali
sebagai YZF R15.
Yamaha
YZF R15 2018 ini dilancarkan ketika Karnival Yamaha Gen Blu pada harga RM11,988
dan telah diperingkat akhir kelulusan kerajaan. Model ini juga merupakan
pilihan lain selain sport bike segmen 250cc yang mana gaya tunggangan sportbike
pada kapasiti enjin yang lebih rendah iaitu 155cc.
Dikuasakan
oleh enjin 155cc 6 kelajuan, silinder tunggal sejukan cecair dan didatangkan
bersama sistem Variable Valve Actuation ( VVA) 4 injap yang menjana 19Hp( 14.2kW) pada 10,000rpm dan
Tork 14.7Nm pada 8,500rpm.
Enjin
dipadankan dengan casis Deltabox bersama swing arm aliminium untuk pengendalian
yang lebih stabil. Sistem suspensi depan pula digayakan dengan Fork USD ( Up
Side Down/Tebalikan Atas Bawah) membangkitkan aura lebih menyerlah disamping mempertingkatkan
keseimbangan.
Sistem
brek pula diselesaikan dengan cakera brek hadapan berdiameter 282mm hydrolik
tunggal dicengkam oleh 2 piston caliper dan cakera brek berdiameter 220mm
dengan 1 piston caliper pada bahagian belakang.
Cengkaman
jentera ini pada permukaan jalan pula disalur dari tayar yang bersaiz lebar
iaitu 100/80-17” ( Hadapan ) dan 140/70-17” ( Belakang) manakala pengcahayaan
di pancarkan oleh lampu LED terkini pada kedua-dua bahagian hadapan dan
belakang.Indikator meter pada cokpit pula diilhamkan dari inpirasi model R6 dan
R1 dengan LCD digital sepenuhnya.
Dengan
pilihan 3 warna iaitu Biru, Kuning dan hitam, Yamaha YZF R15 didatangkan dengan
warranty 1 tahun atau 10,000km yang mana lebih dahulu. Akan berada di pengedar-pengedar
sah Hong Leong Yamaha seluruh negara pada hujung Ogos 2018.
*Dalam delima...nak jandakan aku punya y15 ka nak madukan ja dengan R15 ni....hahahaha
No comments:
Post a Comment