Nuffnang Ads

Sunday, July 29, 2018

KAWASAKI NINJA 250 2018 DILANCARKAN PADA HARGA RM23,000



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawasaki sekali lagi melakukan pembaharuan terhadap Segmen 250cc yang begitu popular di tanah air dengan melancarkan versi terbaru Kawasaki Ninja 250 di Art Speed 2018 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Apakah pembaharuan yang bakal dihidangkan untuk selera peminat-peminat permotoran khususnya peminat segmen 250 Kawasaki?? Antaranya..

Horse Power dipertingkatkan kepada 39hp pada 12,500rpm dan 23.5Nm tork pada 10,000 rpm berbanding keluaran terdahulu iaitu 32hp pada 11,000rpm dan 21Nm tork pada 10,000rpm.



Enjin DOCH 8 injap EFI 32mm diameter throttle body kembar, sekali lagi berlaku perubahan iaitu pertambahan dari 28mm pada keluaran terdahulu.

Kuasa disalurkan ke permukaan jalan dengan kekuatan kotak enjin 6 kelajuan dimana saiz spocket juga telah dilakukan perubahan dari 14/46 ke 14/40.



Cakera break hadapan juga turut dipertingkatkan saiz iaitu berdiameter 310mm berbanding 290mm untuk Ninja terdahulu manakala tiada perubahan berlaku pada saiz cakera break belakang dan tiada sistem ABS untuk model terbaru ini ketika dilancarkan.

Sistem suspensi depan pula dilengkapi 41mm fork teleskopic kekal bersama rim hadapan 17" 5 spoke. Suspensi belakang pula jenis monoshock bole laras yang menahan beban belakang dengan ketinggian kerusi belakang ditetapkan pada 785mm dan kusyen 30mm menjadi pilihan.





Walaubagaimanapun, kapasiti tangki minyak Ninja 250 2018 ini telah dikurangkan dari 17liter kepada 14liter. Berat jentera ini turut mengalami pengurangan dimana 172kg dari model terdahulu dikurangkan kepada 167kg untuk keluaran 2018 ini.




Ninja 250 2018 juga didatangkan dengan sistem pencahayaan lampu hadapan utama LED untuk beam tinggi dan rendah.Ruang cockpit model ini juga kemas dengan kombinasi meter digital dan analog sebagai paparan indikator kepada penunggang.



Hanya didapati dengan dua warna utama untuk pengenalan model baru ini iaitu Passion Red/Metallic Flat Spark Black dan Pearl Solar Yellow/Pearl Storm grey/ebony. Kemunculan Ninja 250 2018 ini akan berada di semua pengedar rasmi Kawasaki Motor Malaysia seluruh negara pertengahan Ogos 2018 pada harga RM23,000(Tiada kepastian  samada harga Asas atau OTR)


* Elok baq ang..meghechiiikk!!! bole buat kira-kira nk upgrade dah kot no.. Ka sambaq sebiji lagi habuan geli-geli...hahaha...

No comments:

Post a Comment