Leman Ketom ( Gelaran bukan kerana ketagihan ketom, tetapi berdasarkan banyak Ketom tumbuh secara meliar di belakang rumah beliau..harap maklum ) merupakan seorang buruh kasar yang begitu komited dengan setiap tugasan yang diamanahkan . Dengan daya Ke'komited'an yang sering ditunjuk beliau tidak hairan lah segala tugas-tugas mencabar kredibiliti seorang buruh kasar dapat diselesaikan dengan sempoi sekali.
Memandangkan Leman masih single dan tak punya awek, maka hari-hari beliau diselebungi kesunyian. Kesunyian seorang arjuna yang masih tercari-cari cinta sejati. Biarpun sudah didaki gunung tertinggi, setiap isi bumi telah dijelajahi , laut samudera jua telah diharungi untuk mencari tempat berlabuh sebuah cinta sejati, namun hanya buntu menanti di hujung pencarian. Sehingga Leman dah mula bosan dan berputus asa dengan beranggapan mungkin cinta sejati memang tak akan ada dalam cerita kehidupan beliau. Beliau pasrah, itulah penyebab Leman akan sentiasa memenuhi jadual OT tapak pembinaan setiap hujung minggu.
Hujung minggu seperti biasa, Leman masih menyibukkan diri beliau dengan kerja-kerja keras di tapak pembinaan. Dengan penuh semangat Leman membancuh simen. Tiba-tiba beliau terlihat syiling 20 sen ntah dari mana datangnya. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, beliau mengutip syiling tersebut. Sedang beliau leka dengan tugasan yang masih belum selesai, terlihat pulak beliau dengan syiling lagi, tetapi kali ini lebih besar nilainya iaitu 5 kupang kata orang Utara, Samah kata orang Kelate bersamaan 50 sen kata orang Kayyy EEll. Apa lagi, bagai sang helang yang meyambar mangsanya dari udara, Leman menyambar lagi syiling itu dengan rakusnya, sambil berbisik sendiri...." Uish..cantik jugak la kalau ada banyak lagi syiling-syiling ni.. boleh jugak nak tampung belanja beli barang yang ber GST nnti, dah ada 70 sen ni cover 6% dah untuk topup rm10 tepon aku nanti ni",
Ternyata telahan Leman benar belaka, dalam selang beberapa minit beliau telah mengutip hampir 3 ringgit jumlah syiling yang ditemui sekitar kawasan yang berhampiran syiling pertama tadi. Leman tersenyum puas.....
Pada masa yang sama, nun di atas tingkat 8 sebuah banggunan yang masih dalam proses pembinaan, kedengaran sayup-sayup makian dan cercaan dari seseorang kepada seseorang..... " Lahabau kau Leman, habis syiling aku ko kerjakan, tak pandang atas langsung!!!", Rupa-rupanya syiling yang dikutip Leman tadi sengaja dijatuhkan oleh Awang Bilis ( Kecik je orangnya, sebab tu orang panggil Awang Bilis). Awang Bilis merupakan penyelia tapak pembinaan tempat Leman Ketom bekerja. Syiling yang sengaja dijatuhkan itu adalah bertujuan menarik perhatian Leman untuk mendongak ke atas setelah Awang gagal memanggil Leman dari tingkat atas untuk menyatakan satu pesanan. Awang terlupa membawa walkie talkie yang sering digendongnya kerana tertinggal di jamban masa buat pelaburan sebelum naik ke tingkat atas tadi. Bunyi-bunyi bising juga menjadi pemankin kepada kegagalan suara beliau memanggil Leman di bawah.
Awang mencari idea bagaimana lagi cara nak tarik perhatian si Leman yang leka kat bawah tu. Akhirnya beliau menemui jalan, satu batu kecil diambil dan dijatuh terus kebawah. Secara kebetulan ketika batu itu dijatuhkan, Leman Ketom membuka topi keselamatannya untuk menggaru kepala kerana gatal. " Keettuupp!!"...Alamak..betul-betul kena kepala si Leman daaa.
Dengan jatuhan batu dari tempat tinggi tanpa rintangan lain dan ditarik daya graviti bumi yang agak laju, berbenjol jugak la kepala Leman. Dan ketika menahan kesakitan itulah, Leman mendongak keatas untuk melihat dari mana datangnya batu itu....
Kesimpulan dari Cerekarama ini mudah. Kita berbalik kepada realiti kehidupan yang sering berlaku. Adakalanya kita didatangkan dengan nikmat yang melimpah ruah, kita umpama taksub dan leka dengan nikmat sehingga terlupa untuk memandang ke atas melontarkan kesyukuran dengan nikmat yang diberi, sedangkan sekiranya ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak disukai, sesuatu yang menyakitkan, baru lah kita mula mencari punca ,insaf dan kembali mengingati Pencipta yang Maha Esa. Ala ayat mudah senang nak faham " Time senang lupa diri, susah baru nak sedaq diri,".. Sekian Wallahhuaqlam...
Eh-eh..nanti-nanti...Bro macam mana dengan ending cerita tadi ??...." Cerita tu bergantung kat situ ja kot pasai malaih nak sambung taip dah panjang-panjang...ntah ada orang baca ka dak pun tak tau....satg nak p Bazar Ramadhan pulak ni cari juadah berbuka...jom-jom satg lauk habih...kah3",
No comments:
Post a Comment