Nuffnang Ads

Monday, January 19, 2015

UJIAN LISAN



Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) akan mengadakan Program Ujian Lisan bagi memastikan kelompok yang tidak tahu membaca tetap memperoleh lesen memandu. Ini bertujuan untuk mengelak alasan golongan buta huruf bahawa tidak boleh membaca menyebabkan mereka tidak memiliki lesen memandu.

Pakcik Kordi ( Nama Glamour, bukan nama sebenar) adalah seorang penoreh sepenuh masa di Kodiang ( Tak tau Kodiang tang mana??..sila google, harap maklum). Beliau dengan berbesar hati telah memohon untuk menyertai program ini atas kesedaran sendiri apabila dengan tidak sengaja melanggar seekor katak dan katak tu mati tanpa sebarang pembelaan dari pihak yang berwajib. " Kesian katak ni, muda-muda lagi ( kelebihan pakcik kordi, tahu usia haiwan dengan hanya melihat keadaan fizikal ) dah " Mati Katak ", bisik beliau sendirian mengenangkan nasib katak tu. Beliau pun terfikir, " Macam mana la situasi ni jadi kat aku, " Mati Katak" aku kalau kena langgaq macam ni, dah berpuluh tahun bawak moto lesen tak dak ni".


Kesian katak ni ( sekadar gambar hiasan )


Usia Pakcik Kordi bakal menjenggah 60an hujung tahun ni, tapi selama itu juga lah beliau mengerakkan jisim badan beliau dari titik A ke titik B dengan kapcainya tanpa lesen. Beliau bernasib baik kerana tiada kecelakan menimpa sepanjang menjadi penunggang tanpa lesen selama ni.


Manusia tak ubah macam katak ni kalau tak dak lesen memandu


Suka cita dimaklumkan, permohonan beliau berjaya dan pada hari yang dinanti, beliau dengan konfidennya menghadiri ujian Lisan tersebut. Apabila tiba giliran Pak cik Kordi :

PEGAWAI JPJ  : Ok Pak cik, bole pak cik terangkan makna warna-warna lampu isyarat??

PAK CIK KORDI  : ooo.. Merah berhenti,Hijau jalan, Kuning Bersedia cik..

PEGAWAI JPJ   : " Bole tahan pak cik ni, tahu jugak ingat tak tahu",bisiknya sendiri.. ok pak cik boleh pak cik bagi sebab kenapa kita tidak boleh momotong???

PAK CIK KORDI  : " Eh tahu pulak budak JPJ ni keja aku ", fikir beliau sebelum menjawab.oo kalau selalu tak boleh memotong ni pasai hujan cik..

PEGAWAI JPJ  : " Aaah, betul juga tu pak cik, bila hujan kan licin, kita kena hati-hati kerana penglihatan pun makin kurang jelas", tapi ada lagi jawapan yang tepat lagi, cuba pak cik bagi tau lagi.

PAK CIK KORDI   : Kalau berangin ngan ribut pun tak bole memotong cik 

PEGAWAI JPJ  : Betul jugak pak cik, bila berangin ni bahaya nak memotong,ada angin lintang, ribut lagi la bahaya. Tapi jawapan tu tak tepat pak cik, ada jawapan lain pak cik.

PAK CIK KORDI  : Kalau yang tu pun tak tepat pak cik rasa yang paling tepat tak boleh memotong mesti la pisau memotong patah, dah pisau patah macam mana nak p memotong..tepat tak jawapan tu cik???

PEGAWAI JPJ   : Alamak Pak cik salah faham ni, saya maksudkan masa memandu pak cik, memotong masa memandu, bukan memotong getah yang macam pak cik faham tu

PAK CIK KORDI   : Laaaa.. Awat tak habaq...lain kali tanya bagi terang sikit cik..pak cik dok ingat motong getah baq ang!!!...Kah3...


Ini bukan Pak Cik Kordi ( Sekadar gambar hiasan )


* Moral of the story : Sebarang pertanyaan biar jelas agar tidak mengundang kontroversi..