Nuffnang Ads

Saturday, January 24, 2015

TERBAKAR


Aksi panas ni pasti ' Terbakar ' kalau line clear..

Dua pasangan kekasih yang baru menjalinkan hubungan cinta sedang berjalan berpimpinan tangan di Taman Tasik Shah Alam tanpa ikatan perkahwinan yang sah ( Astagfirullah, jangan tiru aksi ni, berdosa !!) Apa alasan lu bro bagi statment macam tu???... ye la cer lu bayangkan kita pegang babi yang haram tu sekurang-kurangnya boleh samak, lu pegang awek yang bukan mahram yang sesungguhnya haram bagi kamu, agak-agak ko nak samak macam mana..???..kah3

Ok ok sambung balik. Letih berjalan dua pasangan ini duduk dan berbual 

GADIS ( ORANG SELANGOR ) : Papa ( belum apa-apa dah papa, hai rosak!! ) bole mama tanya sikit???

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Ape mama?? untuk mama bukan setakat tanya, kalau mama nak papa renang lautan api pun papa sanggup ( Ceh minum tea o panas pun ko tiup dulu, nak renang  lautan api konon)

GADIS ( ORANG SELANGOR ) : Ye ke..hihihi..tak mama nak tanya..papa orang Kedah, kalau terbakar orang kedah panggil ape??

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Ooo..kalau orang Kedah terbakar kita panggil " Terbakaq", mama orang Selangor kan. Orang Selangor panggil apa kalau terbakar??

GADIS ( ORANG SELANGOR )  : Kita orang panggil Bomba!...kah3..kah3 ( ketawa terbahak )

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Orait... kita putus!!!!!!!




No comments:

Post a Comment