Nuffnang Ads

Saturday, January 24, 2015

RUGI DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu, pagi hari minggu. Semalam anak-anak gua tido agak lewat, maklumlah hari minggu la katakan, pagi ni dua-dua masih terbongkang. Gua dah line clear ni tak tau nak buat apa buka la dashboard update apa yang patut. Sat lagi depa mangkit, PC ni dah memang depa pajak sampai la tido balik malam ni..hehe.

Gua bukan apa pagi ni just nak kongsi satu perkara berkaitan dengan kanak-kanak yang dalam proses perkembangan fizikal dan mental. Betapa mereka-mereka ini cepat terpengaruh dengan keadaan dan cepat belajar.

Ceritanya macam ni, semalam masa gua tengah belek-belek majalah tentang motosikal, datang la si kecik anak gua dan sound " Babah ni asyik baca buku moto tapi al-quran tak dibaca....Ruuuggii.!!"..Alamak, tergamam gua. Bini gua terdengar pun gelak. Fuh!!..memang pedih bagai disusuk sembilu. Ini la yang dikatakan " Lidah Lebih Tajam Dari Pedang". Macam mana ayat tu boleh terpacul dari seorang kanak-kanak berusia 3 tahun  3 bulan. Selidik punya selidik, rupanya dia ada tertengok satu video ceramah yang dah dimuat turun bini gua dari group Wasaap office dia. Jom tengok video yang bagi kesan kat anak gua tu untuk pedoman bersama :




Video-video memang mudah bagi kesan kepada kanak-kanak



* Melentur buloh biarlah dari rebung, kalau rebung dah jadi buloh, memang dah payah nak lentur, tebang buat tabung buloh or lemang je la...