Haaa tu la lu bro..suruh belajaq tak mau belajaq, tak gheti pandai pulak salahkan takdir. Ni la yang dikatakan oleh paklong-paklong yang dok lepak kedai kopi kat kampung gua " Nothing is impossible". Ya tiada yang mustahil sekiranya kita berbalik kepada hakikat ilmu. Dulu bila ada orang nak cipta kapai terbang, ramai yang " Booo" kononnya kerja gila dan tak masuk akai depa kata. Tapi la ni ramai pulak dok trevel merata dunia naik kapai terbang. Nasib ada jugak manusia yang sanggup nak tanggung derita kena maki dan di "boo" masa tu. Kalau tidak la ni pakat dok melopong nak pi mana pun payah. ( Apa pulak dok melalot kisah kapai terbang pulak ni ).. Bersama kita berdoa untuk kesejahteraan mangsa-mangsa Nahas udara yang melibatkan pesawat Air Asia semalam.
Ok straight to the point la..Ya sebenarnya memang tak mustahil memiliki 6 Buah Rumah setahun coz dah jelas dibuktikan oleh seseorang. Ingat lagi entri gua CARA SELAMATKAN WANG ANDA dulu?? kat situ ada gua share tentang cara-cara nak selamatkan wang kita dari page FB seorang individu . Bro ni la yang membuktikan bahawa membeli rumah begitu mudah sehingga terbeli 6 buah rumah setahun ( Rumah tak dak limit nak berapa biji pun , tapi " Orang Rumah" please take note.. 4 sahaja..hihi..kalau berani ). Macam mana bro ni dengan kacaknya membeli 6 rumah dalam jangka masa setahun?? Macam mana dia buat?? Apa teknik yang dia gunakan?? Bagaimana dia boleh lepas buat Housing Loan banyak-banyak?? 6 buah rumah..dia buat apa dengan rumah banyak-banyak?? tak ke membazir namanya tu.. Kalau semua persoalan ni bermain di benak fikiran, semua jawapan ada dalam buku bro ni yang berjudul " MUDAHNYA BELI RUMAH"
Ni la buku yang menceritakan bagaimana bro ni beli rumah 6 buah setahun
Gua amik masa sejam ja baca buku ni dan pada pandangan gua berdasarkan intipati dan maklumat dalam buku ni, memang betul dan sah perkara ni ada logiknya. Apa tak logik pulak, kalau tak macam mana bro ni boleh buat. Pokok pangkalnya, kena ada ilmu dalam bidang ni la. Namun tak ramai orang-orang awam menyedari hakikat ni. Rata-rata masyarakat kita masih dibelenggu mitos seperti mukadimah buku ni :
- Invest Hartanah ni untuk orang kaya yang banyak duit saja
- Invest hartanah ni untung kalau beli di kawasan Bandar-bandar besar
- Harga Rumah dulu, kini dan selamanya sentiasa mahal
- Beli rumah lelong sangat berisiko tinggi
- Nak untung besar kena main hartanah yang bernilai mahal saja
Antara yang menarik lagi, buku ni ada ceritakan macam mana teknik nak membeli rumah, nak dapat modal awal, cara mudah nak lulus loan, mengubah segala masalah menjadi peluang , pengiraan tentang untung rugi dan banyak lagi lah.
Yang tu je la kot gua cerita sikit-sikit, nanti gua salin satu buku dalam blog ni kacau, sia-sia ja kena saman pasai menciplak hak cipta terpelihara . Tapi bagi kita yang masih kurang jelas dalam pembelian rumah ni, elok rasanya baca buku ini coz dapat ubah perspektif kita bahawa sebenarnya membeli rumah itu mudah. Kalau tak bertindak macam bro ni beli rumah 6 buah setahun pun, sekurang-kurangnya dapat jugak terokai ilmu tentang hartanah. Mesti ada tertanya bro ni duduk kat semua rumah tu ka??.tak semua la dia duduk, kebanyakkan dia sewakan dan memperoleh aliran tunai positif terus ke kantung poket. Meh sini gua kongsi sikit gambar-gambar rumah sewa bro ni, nin dia nak baq ang!!!..memang cun..
Sempoi ka?? nak tengok lagi sila ke http://www.sewaidaman.com/ amacam?? kalau rumah macam ni letak harga sewa macam kat KL,agak-agak ada orang nak sewa tak??, walaupun hartanah tu berada kat Kg Lana Bulu???..hehe
Kalau rasa berminat dan nak tau rahsia bro ni, cuba-cuba risik kat page FB beliau di sini Dr. Azizul Azli Ahmad kot nak beli baca buku ni boleh la PM beliau. Akhir kata dari gua.. DEPA BOLEH, PASAI APA KITA TAK BOLEH??
*Gua dah ada 20 buah rumah dan 8 hotel..tapi masa main game Monopoly ja la..kah3
No comments:
Post a Comment