Nuffnang Ads

Thursday, November 20, 2014

TIPS BERHENTI MEROKOK

Semalam sebelum mandi..rasa kebas satu badan macam nak pitam, pi klinik...BP 110/160.. alamak..pagi ni terus buat pemeriksaan susulan kat hospital. Kena lepak kat ER pulak..alahai...dok tunggu result nampak pulak poster ni...snap share kat blog ok gak ni...Sharing is caring...nah nak  baq ang.. terutamanya pengemar rokok sejati...mungkin dapat diamal dan berjaya berhenti... InsyaAllah...


* Jangan lepas baca tips ni tak berhenti merokok pun, tapi berhenti membaca ja...memang haghu..haha

Wednesday, November 19, 2014

WW # 5 SUSAH-SUSAH DAHULU SENANG-SENANG KEMUDIAN


*Tapi mesti lagi best kalau Senang-senang dahulu, senang-senang kemudian, susah tak mau...hahaha

Monday, November 17, 2014

MALAS



Agak- agak dalam dunia ada tak orang yang paling MALAS ??? mesti ada la kan, yang menjadi persoalan ialah siapakah manusia yang paling MALAS di dunia?? Ikuti perbualan manusia yang nak pegang rekod Manusia Paling MALAS Di Dunia ini..

A : Aku paling malas di dunia, aku bangun pagi MALAS nak gosok gigi.

B : Biasa la tu, ko bangun pagi ja MALAS gosok gigi ,aku ni bagun pagi jangankan gosok gigi, mandi pun aku MALAS time pagi, aku la yang paling malas di dunia.

C : Alah biasa la tu, ko pagi ja yang MALAS gosok gigi ngan mandi, aku ni setiap masa dan ketika MALAS nak mandi sejak lahir, amacam?? aku yang berjaya menduduki rangking pertama Manusia Paling MALAS di Dunia..hahaha

D : Patut la aku bau semacam ja kat korang, hai memang pengotor la..nak jadi manusia paling MALAS di dunia punya pasal sanggup tak mandi...tapi yang sebenarnya akulah yang paling MALAS di dunia dari korang semua tau....hahahahaha


A,B dan C : Apa!!!..benda MALAS apa yang ko dah buat???

-


-


-

-


-



-



-


-


-




-



D : MALAS nak cakap.........KAH3...KAH3..KAH3




*MALAS nak taip apa dah......

Sunday, November 9, 2014

ASAL USUL NAMA GUNUNG KINABALU..


Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tak perlu diperkenalkan lagi, kursusnya dikalangan rakyat Malaysia. Ada ka rakyat Malaysia yang tak tau lagi bahawa gunung Kinabalu ni ada kat Malaysia?? kalau ada..tolong la..plezz la..buat permohonan tukar kewarganegaraan Malaysia untuk jadi warga negara Zimbabwe mahupun Azerbaijan. Nampak sangat tak nak amik port langsung tentang Malaysia, negara tercinta yang mana baru saja mengalami kenaikkan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ni..( Tak dak apa yang turun kat Malaysia ni selain hujan ja yang turun )...apa ni..apa kaitan kenaikkan minyak dengan Gunung Kinabalu bah..??? 

Sebenarnya walaupun kita sering bercerita tentang mercu tanda Negeri Di Bawah Bayu ni, pernahkah terfikir bagaimana datangnya nama Kinabalu ni?? kenapa Kinabalu?? kenapa nama dia bukan Balukina?? macam mana boleh namakan gunung ni Kinabalu??..nak tau??..Nin dia..mai nak baq ang....

Menurut sumber sejarah, nama Gunung Kinabalu ni telah diasaskan oleh dua sahabat baik yang berhijrah dari negara China untuk ke Tanah Melayu. Ini bermakna Orang China la yang memberikan nama Kinabalu pada gunung yang pada ketika itu masih tidak mempunyai nama. Dan menurut sumber, proses penamaan gunung Kinabalu ni pun dilakukan dengan tak disengajakan oleh dua sahabat baik ni. Tak sengaja??macam mana tu??..haaa..macam ni cerita dia nak baq ang ...

Dalam On the way dua sahabat baik ni nak ke Tanah Melayu, mereka begitu terpegun dengan keindahan Gunung yang ada kat kepulauan Borneo tu. Dan ketika dalam perjalanan menaiki kapal juga, dua sahabat ni dah stanby dah belajar bahasa Melayu, ya la kan sebagai persediaan untuk memudahkan mereka berkomunikasi bila dah tiba ke Tanah Melayu nanti. Kerana terpukau dengan keindahan gunung tadi, dua sahabat baik ni pun singgah sebentar untuk lepak-lepak dan menikmati keindahan flora dan fauna di Gunung tersebut. Dalam dok lepak-lepak tu salah sorang bagi cadangan bahawa mulai hari tu mereka perlu berbual dan menulis hanya dalam bahasa Melayu demi mengukuhkan penguasaan bahasa memandangkan mereka berdua akan bermastautin terus di semenanjung Tanah Melayu nanti. So dari saat tu segala perbualan dan penulisan mereka berdua hanya dalam bahasa melayu.

Orang China baru belajar bahasa Melayu tak kan tak tau macam mana slang dia kan. Yang dah lama dok kat Malaysia pun slang dia lain, ni kan yang baru belajaq macam dua sahabat baik ni. Nak dijadikan cerita semasa mereka masih di puncak gunung, salah sorang dari mereka nak bergurau sesama mereka, lalu di ambik batu kecil dan baling ke arah member yang sorang lagi dok asyik tengok permandangan dari puncak gunung tu. Balingan tepat ke arah dahi member dia dan benjol la sikit, member yang dok rilek-rilek tadi hangin la, nak bergurau pun berpada-pada la, kena batu sampai benjol dahi, gurauan apakah ini?? nanti sampai Tanah Melayu dah tak hensem payah la nak ayat awek-awek Melayu kan...




Lakaran Dua Sahabat Baik tu..

Lalu dengan perasaan yang sedikit hangin, member yang benjol ni amik batu jugak dan baling balik, malangnya, setiap balingan tersasar dan tidak mengena langsung sambil ditertawa membernya sambil menyebut dalam bahasa Melayu Slang cina " Ta rak kini ma, tarak kina ma," ( Translate BM " Tak Kena la, Tak kena la," ) Namun sehingga tiga hari tiga malam objektif untuk membaling kearah rakannya masih juga tidak mengena.Demi memuaskan hati tak dapat balas dendam, dia terus mencuba, cuba dan cuba dan akhirnya pada hari keempat, membernya tak dapat mengelak dan balingan batu betul-betul tepat ke arah dahi.

Bila dah kena dia sangat berpuas hati, tapi membernya sekali lagi dengan sengaja mempermainkan dengan mengejek " Balu ki, balu kina...haha balu kina" ( Translate BM " Baru Kena, baru kena..haha baru kena ", )
Bukan setakat mengata dengan ejekan, ayat " Balu kina, balu kina, balu kina" ditulis di setiap batu dengan tulisan huruf besar di setiap permukaan batu di puncak gunung tersebut macam ni " BALU KINA, BALU KINA, BALU KINA, BALU KINA BALU KINA" dan setelah selesai bergurau senda..mereka berdua terus belayar ke Semenanjung Tanah Melayu dan meninggalkan tulisan-tulisan tadi di permukaan batu di puncak gunung tu.

Dan setelah berkurun lamanya, tiba pula sepasukan penyelidik tentang Gunung ganang di puncak gunung tersebut. Dan untuk memudahkan kajian mereka, mereka perlu menamakan gunung tersebut dan secara tak sengaja menjumpai cebisan tulisan yang telah ditulis oleh pengembara dari cina tadi. Namun begitu, tak semua tulisan yang masih jelas kelihatan. Yang nyata tinggalah tulisan " KINABALU". Ya dari BALU KINA, BALU KINA.. yang masih jelas dan kabur sedikit ialah perkataan " KINABALU" .

Dan dari saat itu lah Gunung yang gah di kepulauan Borneo itu dikenali sebagai GUNUNG KINABALU sehingga kini...hahaha..Percaya atau tidak??? Sekian ,terima kasih...

* Hanya sekadar coretan santai..plezzz..jangan amik serius ok..haha

DEXAMATHESONE



Sah positif...dengan rasminya keputusan Sample B tidak memihak kepada ikon Negara, Datuk Lee Chong Wei. Ujian yang dijalankan di Oslo, Norway itu membuktikan bahawa bahan terlarang Dexamathesone ada pada Datuk Lee Chong Wei.

Apa benda Dexamathesone ni haa?? dah la nak eja dia bukan main susah.. Ya la seumur hidup gua sebagai rakyat marhain yang kerja jual apom balik kat pasar malam ni, tak penah terfikir pulak ada benda alah yang diberi nama susah nak eja macam ni..lain la budak-budak medic ka, doktor atau ahli Farmasi ka..mesti depa tau..Bila timbul kontroversi Lee Chong Wei ni baru gua tau yang kat dunia ni wujud benda yang digelar Dexamathesone.

Apa benda Dexamathesone ni?? mai sini nak baq ang... Menurut sumber, bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet. Kajian menunjukkan Dexamethasone bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet. Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tidak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik. Lee Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan, bukan untuk meningkatkan prestasi.

Dan bila gua tengok temubual Chong Wei kat tv tadi, dia sendiri yang kata dah berkali-kali dia buat ujian doping sebelum ni, tak pernah memberi keputusan yang positif melainkan yang negetif belaka, dan dia sendiri runsing bagaimana ujian kali ini memberi keputusan yang sebaliknya. Ada logiknya kat situ, kalau betui la dia guna bahan terlarang untuk meningkatkan pretasi, mesti ujian yang dulu-dulu pun dah kantoi kan.

So kita ni yang tak tahu apa-apa tok sah la dok buat spekulasi membuta tuli tentang isu ni. Harap bersabar untuk perkembangan selanjutnya. Harap maklum, terima kasih.


* Teringat masa Form 3 dulu badan gua menggigil kesejukan sebab demam panas dalam kelas, ada pulak Cikgu mai check kot ada kesan suntikan pada kedua-dua belah tangan sambil bertanya " Awak ada ambik dadah ka??" (Memang serius tahap spekulasi negetif Cikgu tu..)






Wednesday, November 5, 2014

HUMBOLDT REDWOODS

Petang Sabtu minggu lepas anak2 gua dah memberontak di rumah. Macam-macam aktiviti yang pelik timbul dari idea kanak-kanak yang sedang menjalani proses perhubungan sel2 otak untuk berkembang. Gua tengah dok lepak2 pun terbantut dek terganggu dengan aktiviti yang bagi kita orang dewasa ni macam tak masuk akal,tapi bagi kanak-kanak yang masih tak cukup akal macam hero-hero kebanggaan gua ni, semuanya kelihatan menyeronokkan dan masuk akal....

Sembunyikan diri dalam mesin basuh, sejukkan badan dalam peti ais,panjat sofa n terjun dan kemuncaknya memutihkan badan dengan bermandikan bedak botol besar yang baru dibeli. Tak boleh jadi ni...lalu gua bersuara " Sapa nak mandi kolam??"..suasana kembali tenang dan arahan gua semua dituruti...sebab??.. sebab takut kena tinggal..nanti tak boleh ke kolam...haha

So bawak la depa p kolam yang tak jauh dari rumah.On the way singgah beli majalah kegemaran sat untuk edisi November. Sambil dok tengok budak-budak dok berendam, sambil dok selak isi kandungan majalah dan dalam satu segmen "Disepanjang Jalan"..terbaca petikan " kita dapat menikmati jalanan yang dipayungi pokok-pokok besar di Taman Negeri Humboldt Redwoods"

Humboldt Redwoods??..tempat apa tu??..dengan belas ehsan "Sahabat" yang sponsor tiket flight.. Maka berlepas la gua ke Humboldt Redwoods ni... So gua nak belanja la pengunjung yang sudi ke blog ni sepanjang gua di Humboldt Redwoods...



Dah sampai...jom kita lihat apa yang ada.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Harap maklum yang besar sebelah kanan tu pokok ya..bukan batu..



Permai sungguh permandangan ini..



Nyamannya suasana...



Tenang..



Misteri..ketika picture pokok besaq tu diambil..tiada kelibat awek tu pun...hairan...

Ni lagi satu..macam mana entiti yang tak dikenal pasti wujud dalam picture ni...hairan..



Kalau ada awek cun tahan nak tumpang gua kat jalan sunyi ni..jangan harap gua nak berhenti...sorry naik lorry ..bukan sebab takut..cuma berhati-hati..



Kalau la ni tanah gua..dah lama gua jadi Tauke Balak...



Jalanan yang dipayungi pokok-pokok besar..



So kepada sapa-sapa yang nak menikmati keunikan Humboldt Redwoods ni...boleh la ke California, Amarika Syarikat. Hutan ni kira macam hutan simpan la...memang sesuai sangat hujung tahun kan dah nak cuti sekolah..bawak famili n kawan-kawan. Kalau yang couple-couple tak kawin lagi tu tak digalakkan ke sini coz takut terlanjur...sini memang " line clear"...haha....Astagfirullahalazim...


* Terima kasih kepada "Sahabat" baik..Mr. Google Search yang taja penerbangan dan penginapan gua sepanjang berada di negara Uncle Sam tu....kah3






Sunday, November 2, 2014

USAH DIKENANG PERKARA YANG LALU,KELAK BINASA MERANA JIWA


Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa...biar ditangasi dengan air mata darah sekalipun kegagalan itu tak mungkin dapat dielak kerana itulah ketentuanNya. Sabarlah wahai Diehard Fan JDT...terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka biar hakikatnya pahit untuk ditelan..tapi sebenarnya kalian perlu menelannya juga kerana pahit akan manis jua akhirnya..ya akan manis jua sekiranya lepas game, on the way balik dari Bukit Jalil kalian sepakat menikmati gula-gula lilipop yang pelbagai perisa..perisa apa yang dimahukan???suka hati korang la wahai Fan JDT. Cuma apa yang penting..jangan terlampau mengikut rasa hati yang lara..Jangan marahkan tak gol, Mat Yo dilelong..eh..eh pepatah baru ka tu???..kah3

Memang merana jiwa sanggup letakan harga Mat yo RM2??


Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa..biar sebesar mana kejayaan yang dikecapi kini..percayalah..mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mengejar kejayaan..walaupun kejayaan musim lalu berjaya diulangi dengan jayanya..perlu diingat wahai Diehard Fan Pahang..sekali diatas, tak selamanya diatas..pelbagai cara akan digunakan musuh-musuhmu untuk memastikan kejayaan yang ditakluki hanya tinggal sejarah di musim mendatang. Tak perlulah terlalu mendabik telingamu yang lebar kerana gadingmu sangat berharga..suatu hari nanti, pasti...ya pasti gading-gadingmu akan menjadi perhiasan mewah musuhmu..waspadalah wahai tok gajah kerana dalam tak sedar kejayaan mu bakal menyeksakan seorang pak cik tua yang bakal berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia gara-gara bernazar..nasib la pak cik..tak dak orang suruh pun..atas kerelaan hati kan..Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nazar jalan kaki keliling Malaysia padahnya..kah3

Memang merana jiwa jalan kaki Shah Alam-Kuantan..inikan pula pusing Malaysia..

Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa..walaupun pahit, hidup perlu diteruskan, walaupun manis..ya hidup tetap perlu diteruskan..cuma jangan terlalu dikenang kegagalan lalu,nanti merana jiwa sengsara..dan jangan terlalu dikenang kejayaan lalu, nanti merana diri terleka......

*Mungkin ada yang berharap JDT menang ketika siaran ulangan??....ish3 memang merana jiwa kalau tahap macam tu....haha