Nuffnang Ads

Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan Tiba, Tarawih Pun Ada



Marhaban Ya Ramadhan, Alhamdulillah syukur kehadratMu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk kita bersama-sama bertemu dan mengambil peluang sebaik-baiknya di dalam bulan yang amat dirindui oleh setiap umat Islam yang dahagakan ganjaran yang berlipat ganda. Dengan menjelmanya bulan yang mulia ini maka, tertanamlah azam bagi setiap mereka yang tidak alpha dan leka dengan godaan duniawi. Keazaman untuk melakukan yang terbaik dalam mengejar nikmat yang terdapat dalam bulan ini. Selain memenuhi tuntutan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa padang siangnya, umum mengetahui bahawa Ramadhan telah dipekejkan khas dengan Solat Sunat yang tidak terdapat dalam bulan-bulan selain Ramadhan Al-Mubarak iaitu Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih merupakan satu nikmat dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT tidak terhingga kepada umatNya yang sentiasa ingin mengambil peluang dalam mencari keredhaanNya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
Kepada yang tak pernah nak cuba-cuba solat sunat Tarawih ni ( Ada ka yang tak pernah Solat Tarawih??..Mesti Ada lah..yang tak pernah puasa pun ada..inikan pula solat sunat... ), ni lah masa yang sesuai belajar-belajar dan luangkan masa untuk menunaikan Solat Sunat ni. Bukan apa jangan sampai Matahari Dah Terbit Dari Barat baru nak terhegeh-hegeh berlumba-lumba nak beribadat. Ada yang cakap " Alah sunat ja pon..apsal nak kecoh-kecoh bro"...ko sini jap..sini,sini dekat la sikit....Paaaaangggg!!! nah amik.. sedap ka penampaq aku??...ko tu dah la yang wajib pun kurang, buat eksyen tak nak layan benda-benda sunat..ko ingat setakat orang ramai nak sembahyang jenazah ko  yang x der sujud tu boleh tampung ke amalan ko yang kurang tu??Dah mai sini nak cita sikit tentang Solat Sunat Tarawih ni..

Solat Tarawih ini dilakukan sesudah Solat Isyak hingga waktu fajar.Bilangan rakaatnya yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah 8 rakaat. Umar Bin Khattab mengerjakannya sampai 20 rakaat. Amalan Umar Bin Khattab ini disepakati oleh Ijmak.
CARA MENGERJAKANNYA :
-Tiap-tiap 2 rakaat diakhiri dengan salam.
-Selesai solat Tarawih hendaklah diteruskan dengan Solat Witir, sekurangnya 1 rakaat. Tetapi umumnya dikerjakan 3 rakaat dengan 2 salam dan boleh pula dikerjakan 3 rakaat satu salam.
-Surah yang dibaca sesudah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat boleh mana saja yang kita kehendaki
-Lafaz niatnya :

dan untuk maklumat seterusnya boleh la ke sini ( memang lengkap dan terperinci )


* Teringat pendapat seorang rakan " Aku rasa kita tak patut dok berlumba-lumba cari ganjaran berlipat kali ganda, kalau nak solat tu tak payah nak kejar yang 27 kali ganda pahala berjemaah di masjid, sembahyang sendiri ja walaupun 1 pahala lebih low profile dan tak riak, nak kejar yang banyak dah macam orang tamak, kan tamak tu amalan syaitan"...jenis ni punya spesis pun ada ka??? dunai akhir zaman...








3 comments:

  1. * Teringat pendapat seorang rakan " Aku rasa kita tak patut dok berlumba-lumba cari ganjaran berlipat kali ganda, kalau nak solat tu tak payah nak kejar yang 27 kali ganda pahala berjemaah di masjid, sembahyang sendiri ja walaupun 1 pahala lebih low profile dan tak riak, nak kejar yang banyak dah macam orang tamak, kan tamak tu amalan syaitan"...jenis ni punya spesis pun ada ka??? dunai akhir zaman... LOL btw im not a pondan sejati ..im just kidding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Akhirnya..ada jgak hamba allah yg sudi komen..buat pertama kali dlm sejarah ni..kih2..tq bnyak2 ya..rasa mcm dream come true ja bila dh ada komen..don't worry, i know u are not pondan sejati la..melawak saja buat2 tanya..hihi

      Delete
    2. stuju tu... buat amal ibadah biar ikhlas krn allah bukan krn mengejar pahala semata2... selain itu adalah itu lebih baik low profile dan bersederhana dlm apa saja perkara yg kita buat... secara tak langsung dpt mengelakkan riak dn fitnah...

      Delete