Siapa menyangka juara bertahan... team sepupu gua..Torres..tewas mengejut..kalau tewas mengejut tu bagi gua tak la hairan sangat..tapi jumlah gol tu yang menghairankan, bintang-bintang yang membarisi team Spain tu pun bukan main cun dengan gaya mainan Tiki Taka ( Dan ketika post ni ditulis depa dah 'gulung Tika'..Kah3) . Apa lagi bila dah kalah, yang menerima implikasi bukan sekadar pemain dan team, bahkan fan fanatik pun memang jadi bahan la..Sepanyol jadi Sepahnyok la, Espana tinggal Spana la dan bermacam lagi kutukan yang menjadi halwa telinga fan-fan fanatik Spain. ( Gua pun dah rasa masa team favorite gua merangkap team abang sepupu sebelah adik tiri tok wan gua, Robin Van Persie tak perform masa Euro 2012)
Bakal Champion Tahun ni???
Tahukan anda jaringan penyamaan yang dijaringkan RVP ketika bertemu Sepanyol adalah skill Superman yang sering digunakan masa dia merempit dengan RXZ masa study kat UITM Shah Alam dulu. Sebelum tu memang dia tak tahu apa-apa tentang skill ni. Nasib baik dia study kat Malaysia dulu.
Penganggur ada kelas, main cun tapi tak terikat dengan mana-mana kelab atau team. Memang pelik tapi Guillermo Ochoa membuktikan walaupun dia tak laku sekarang, lepas ni confirm dia bakal jadi macam ' Goreng Pisang Chese' gara-gara kecemerlangan beliau menepis pelbagai percubaan sekaligus menafikan hak tuan rumah Brazil menang dua perlawanan berturut. Dan disebalik ketangkasan menepis peluang pasti gol Brazil, umum belum mengetahui yang skill tepis menepis tu diperoleh dari skill tepuk amai-amai yang dipelajarinya ketika membesar di sebuah nusery di Presint 16,Putrajaya. Memang skill yang dia praktikkan tu dari Malaysia. Nasib baik Ochoa ni tak tersedak susu masa kat nusery tu dulu kan, kalau tak Brazil dah berpesta gol hari tu..kah3
Yang ni pun boleh dikatakan Skill jugak la, Skill meraikan gol. Miroslav Klose memang trade mark dia masa score mesti buat aksi ni. Jaringan yang diraikan baru-baru ni pun tak terlepas untuk dia melakukan aksi ni. Tapi alangkah terperanjat pengamal media yang menemuramah beliau selepas perlawanan ketika mengemukakan soalan kenapa beliau sering melakukan sebegitu selepas menjaringkan gol dan Klose menjelaskan aksi begitu amat memberi ' Nilai Sentimental ' padanya kerana setiap kali melakukan aksi tersebut beliau sentiasa mengingati rakan-rakan yang sering mandi parit bersamanya ketika menyertai program ' Pertukaran Pelajar' jadi anak angkat masa dia sekolah rendah di Parit Mentara, Bagan Serai, Perak. Dia sendiri mengakui yang skill yang diguna pakai diajar sendiri oleh anak tempatan dari Perak.
Dan yang last sekali skills yang dikesan ada unsur ' Malaysia' ialah skills yang digunakan Tim Cahill semasa beliau menjaringkan gol penyamaan ketika Australia tewas kepada Belanda 2-3. Tidak dinafikan gol tersebut menjadi gol tercantik yang pernah terhasil dalam sejarah World Cup, namun yang lebih hebatnya skill tendangan tersebut sebenarnya diinpirasikan dari sebuah video youtube yang telah diupload oleh Student dari Malaysia iaitu video sekumpulan pelajar sebuah Sekolah Menengah sedang membuli dan membelasah seorang mangsa. Menurut jurulatih Australia ketika di temuramah, malam sebelum perlawanan dia ada ternampak Tim Cahill sedang asyik melayan Youtube dan secara tidak sengaja tertarik dengan video tersebut, semenjak itu Tim bertekad untuk mempraktikkan skill sepakan yang dipelajarinya itu dalam perlawanan esok. Akhirnya Tim berjaya juga menghasilkan jaringan yang cantik dengan melakukan skill tendangan pembuli dalam video tersebut. Dan yang pastinya inspirasi gol tersebut berpunca dari video student dari Malaysia..Kah3
*Spain masih layak ke peringkat 16 pasukan sekiranya Belanda dan Chile menarik diri dari Kejohanan kali ni...kah3
No comments:
Post a Comment