Nuffnang Ads

Wednesday, June 11, 2014

Hooreeyy!! Aku Kaya..

Semalam balik kerja dalam lebih kurang jam 5 lebih macam tu, bini gua sound " Babah, susu anak dah habis, leh tolong gi beli tak", gua cakap ok.., tanpa berlengah dengan bantuan Wiraku yang berkapasiti 1.5cc pun meluncur laju ke Aneka Jitra Mall.

On the way ke Jitra Mall tu terdapat bermacam halangan jugak la gua tempuhi antaranya adalah Roadblock JPJ.Ada jugak sedikit kesesakan yang menyebabkan pergerakkan kurang lancar. Sampai time gua jalan,gua memang dah pastikan semuanya lengkap dan yang semestinya pemakaiaan tali pinggang di "click" sempurna sambil gua lirikkan mata yang bundar dan sedekahkan seyuman manis kat bro dan ada sorang awek JPJ tu, mungkin terpukau dan terpesona dengan senyuman gua, kedua bro dan awek JPJ tu umpama tergamam dan terpaku dek tindakan gua tanpa berbuat apa-apa melepaskan gua berlalu begitu saja sedangkan besusun kereta kat sebelah gua kena tahan. Mungkin itu lah kelebihan yang dikurniakanNya kepada gua..Alhamdulillah..hehehe.


Amacam tergamam ka?? hahaha


Sesampai gua ke destinasi baru teringat wallet gua nak shopping tidak berada di lokasi sepatutnya iaitu di pocket kiri seluar .. Aduh.., memang berpotensi cerah untuk mengeringkan tangki kereta yang sentiasa dahagakan bahan bakar. Nak kena pusing balik rumah pulak. Tetiba ternampak pulak ATM card Maybank gua dalam armrest keta terlupa nak masukan dalam wallet masa keluarkan duit semalam. Alhamdulillah,..Kadang kala sikap pelupa ni boleh bagi kebaikkan kat kita, kalau lah gua tak terlupa masukan ATM card tu dalam wallet, sia-sia kena pusing balik. Tapi kalau la gua ditahan awek JPJ tadi, confirm habis duit BRIM gua kena bagi balik kat kerajaan.IC, lesen semua dalam wallet, silap-silap dicop PATI warga Vietnam ( Tak mungkin Bangla kot gua Putih Cerah)..hehe. Itu lah " Lupa" ada pro dan kontranya.



Suasana hening JitraMall yang menjadi saksi kejadian di petang itu

Tanpa berlengah gua bergegas ke bahagian susu dan tidak semena-mena tergantung tulisan " Promotion With Aneka Card" di bahagian Dutch Lady Harga biasa RM24.50 Harga promosi RM18.90..Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah, begitu luas limpahan rezekiMu pada hamba-hambaMu yang kerdil ini,gua terasa umpama  sakit perut yang memulas disediakan tandas. Sembilan bungkus gua borong, time nak bayar aduh teringat pulak tak cucuk duit tadi, " tak pa kot, pakai card ATM buat debit ja",fikir gua sambil menolak troli ke kuanter bayaran. Boleh tahan jugak Qnya petang tu.


Macam ni pun boleh kira offer ka??

Trreeett..treeetttt..treeettt...kedengaran bunyi resit keluar dari mesin cashier RM170.10..mahal pulak susu ni kalau amik banyak erk..Beras bersih cap Rambutan 10kg baru RM25...ni susu baru 9kg Apa boleh buat, tanggungjawab bapak untuk sediakan makan minum yang secukupnya kepada pewaris warisannya. Teringat time arwah ayah gua dulu membanting tulang, buat bendang ( Sawah kata orang Sweden ), amik upah tanggung padi semata-mata nak tanggung gua. Macam tu la agaknya keluhan rasa penat jerih bertungkus lumus cari rezeki, terima kasih ayah, damailah kau di sana, segala jasamu akan ku kenang sampai bila-bila,biarlah jasamu menjadi kenangan sepanjang zaman..Al-fatihah...

Time nak gerak ke parking  tu macam-macam kedai la gua susuri dan tetiba rasa tertarik pulak dengan bau-bauan wafer, singgah beli dulu, memang meleleh tengok anak makcik tu makan, rasa macam nak mintak sikit. . Time nak bayar tu la baru teringat gua mana ada duit cash, tak kan wafer RM2.50 nak swap buat debit gak. Awek jual wafer tu dah senyum, dia ingat gua berlakon x dak duit nak makan wafer free kot.. " Dik tunggu sat no, sat g abang mai balik na"  gua inform kat awek tu dan bergegas ke ATM yang berdekatan.



Ni la Awek yang juai wafer tu..3,4 kali pandang macam nelofa ja..

Tersentak kalbu gua tengok baki akaun..RM32.88..mak aai..rasa macam dua hari lepas gaji masuk, ari ni dah settle. Dalam benak fikiran gua terbayangkan apa la nasib gua nak meniti hari-hari mendatang dengan jumlah dana yang sebegitu, dengan keadaan hidup di zaman penuh pancaroba yang memang menguji tahap kecerdikan manusia dalam merancang kewangan harian. Dan saat getir tu gua berharap sangat mesin ATM tu boleh mengeluarkan note RM10, kalau x melepas la gua x leh makan wafer...tapi gua x kisah sangat pun klu x makan.. apa yang penting maruah gua x kan tercalar depan awek jual wafer tu..x leh bayar wafer yang beharga rm2.50...treet..treeertt..treet.. Yess!!..berjaya..gua berjaya keluarkan RM30 dan baki akaun menjadi RM1.88 telah ditolak RM1 cos upah MEPS..Dunia..semua perkara berkonsepkan perniagaan. Nasib la card Maybank guna ATM Ambank.. Dan segalanya bermula ketika gua mengatur langkah nak amik wafer yang di pesan tadi, gua dia sapa oleh 2 orang yang tak gua kenali berpakaian kemas berkot lagi berkaca mata hitam.


Dua orang yang x dikenali tu....buat serius

Masing-masing memperkenalkan diri dan menyatakan yang mereka adalah Ejen Gores Dan Menang. Gua terpilih secara rawak sebagai orang yang bertuah menggores kad yang mereka bawa dengan percuma untuk promosi perniagaan syarikat mereka. Gua pikir apa salahnya mencuba..gua x rugi apa-apa pun..tanpa berfikir panjang yang mungkin gua berisiko menjadi mangsa penipuan kad gores, selamber ja amik kad dan terus menggores.

 " Congratulation you win RM2,993,906.20"...hahaha..gua gelak tengok apa yang tertera kat kad tu. Bukan kerana suka menang duit, tapi lawak jugak bila pikir kenapa la jumlah yang menang tu macam tak munasabah..siap ada sen-sen pulak kan..Agak-agak la nak menipu pun, gua dah boleh baca dah skrip lepas ni..mintak nombor akaun bank gua coz nak masukan duit tu. 

Dan ramalanku benar belaka, dua malaun ni mintak akaun bank utama gua coz nak masuk wang ringgit yang dimenangi secepat yang mungkin, hari tu jugak company diorang nak masukan duit tu.Heh..gua tersengih sambil terpikir, orait jugak kalu gua bagi akaun bank yang tak utama pun.. bukan diorang nak tau pun kan (Typical Malaysian) dah tau nak kena sembelih pun berani tanggung derita disembelih." Ahh..persetankan semua tu..untung sabut timbul, untung batu tengelam, kalau betui dapat duit tu gua gak yang kaya, lagipun gua x dak kaitan langsung dengan sabut yang timbul ngan batu yang tenggelam tu kan", pikir gua sendirian.

Tiba-tiba gua terpikir gua tak ingat nombor akaun yang lain melainkan nombor akaun bank utama ja, selalu urusan ngan akaun utama ja, " Bole la bagi ja tak kan dua ekoq ni nak "Hack" akaun aku kot, nampak macam buta IT ja, tak kan heckers kot dua ekoq ni",.." Ok mai pen nak tulis nombor akaun, jangan lupa akaun Maybank ni..dah masuk nanti u  inform ok", Rilek ja gua bagi kertas yang tertulis nombor akaun bank tu.

Belum sempat gua nak beredar dalam 5 kali aturan langkah terus salah sorang daripada mereka berdua bersuara " Duit u dah masuk..cer check cer check ",...Uih cepatnya..haha..gua cakap " orait jap lagi gua check", dengan tidak menaruh sebarang hadapan pun..gila pa boleh dapat 2 juta dalam masa x sampai 15minit. Alang-alang dah dekat ATM ni " cer try check cer try check", pikir gua.. dan...Jeng..Jeng..Jeng...

Bagaikan halilintar yang menyambar tubuh, lutut jadi lembik, rasa nak rebah, kebas kepala, jiwa meronta-ronta, nak terkucil pun ada tapi ku tahan...terkesima gua lihat apa yang tertera di skrin ATM..


Alhamdulillah... HOOREEYY!!! Aku Kaya....















No comments:

Post a Comment