Nuffnang Ads

Tuesday, July 15, 2014

Baju Raya Dan Tips Jimat Raya

Assalamualaikum, semalam lepas berbuka sambil gua rileks amik angin bagi nasi turun perut ( lepas makan jangan terus mandi, nanti perut boroi ) tak percaya?? percayalah coz gua dah amalkan benda ni sejak form 3 dan hasilnya..Alhamdulillah berjaya maintain dan mengekalkan bentuk perut gua yang berketak-ketak ni..kih2..Ammar anak sulung gua memulakan perbualan " Babah pasai pa kita tak raya lagi??", gua cakap la pasai kita puasa tak cukup 30 hari lagi mana bole raya.." Tapi kawan abang kat sekolah kata dia dah beli baju raya, tapi awat kita tak raya lagi"..aah pening dah.. anak gua ingat bila dah beli baju raya dah boleh terus raya kot..ish-ish..ni la dikatakan pengaruh rakan sebaya...semenjak dah mula sekolah ni dah macam-macam soalan pelik yang gua nak kena jawab...tapi tak pa la bagus untuk perkembangan minda dia.

" Babah jom la kita p beli baju raya, kawan abang dah beli dah"..tetiba kedengaran suara si adik pulak bersuara " yeay!! adik nak baju raya dudak( jugak )"..bila dah riuh macam tu gua pikir malam ni macam free ja tak buat apa-apa, ada lebih baik buat persediaan awal dari bersesak-sesak saat akhir ye tak. So keluar la gua bersama family ke bazar Aidilfitri berdekatan. Ronda punya ronda..Alhamdulillah jumpa jugak yang sedondon abang ngan adik. Baju melayu yang dah siap ni memang agak sukar sikit kalau nak cari yang sedondon, kadang-kadang dah jumpa yang abang, yang adik pulak tak muat, adik dh ok abang pulak tak ok. Lain la kalau tempah, tapi time ni mesti kena maki dengan tukang jahit la kalau nak buat baju, lagi dia bengang kalau kita dok sound dia suruh buat cepat, dah la hantaq waktu puncak, nak amik cepat pulak tu..mesti hangin punya lah...haha



Best saja dah dapat baju




Terbaik



Dah on the way balik adik pulak sound " Babah jom kita p ICHITI " alamak!! ICT nun kat Shah Alam sana dik ooi bukan dia dekat, kita ni kat Jitra ni..haha..tapi Alhamdulillah, bagus jugak pihak majlis perbandaran ni, ada jugak buat ICT tiruan kat sini.





Nah ICT.. janji ada pokok ada lampu..kih2

Menjelang musim perayaan ni memang kita semua sibuk buat persiapan ye tak?? tapi biarlah berpada-pada.Kepada yang kurang berada, jangan dok pakai moto " Biar Papa Asal Bergaya ", kelak binasa porak poranda, pening kepala nak bayar hutang lepas raya...Ok ni ada 25 Tips Jimat Menjelang Hari Raya... 

  1. Anggap Raya Macam Hari Biasa
  2. Buat Senarai Barangan
  3. Tetapkan Bajet untuk Setiap Ahli Keluarga
  4. Elak Beli Secara Spontan
  5. Jangan Bersaing
  6. Elak Bawak Anak2 Selalu Beli Belah
  7. Jangan Terpengaruh Dengan Iklan
  8. Bawa Rakan
  9. Ganti Perhiasan Yang Perlu Sahaja
  10. Pilih Barang Kualiti Tetapi Murah
  11. Penyediaan Juadah Yang Berpatutan
  12. Beli Belah Saat Akhir
  13. Satu Kad Kredit Sahaja!
  14. Sedekah Berpada2
  15. Utamakan Yang WAJIB
  16. Tawar Menawar
  17. Tetapkan Matlamat
  18. Main “Kutu”
  19. Elak Berseorangan
  20. Rekodkan Perbelanjaan
  21. Jangan Boros
  22. Teknik 1/3 Gaji
  23. Mula Menyimpan
  24. Cari Duit Sampingan
  25. Rancang Lebih Awal


* Kualiti gambar kurang memuaskan, maklumlah pengunaan kamera dari gedjet tercanggih Nokia C1..Kih2


8 comments:

  1. hahaha best best !!
    menabung sini =D

    ReplyDelete
  2. persiapan satu hapa pun tak beli baru.. tunggu pakai y lama la kot. Jarang pakai lagipon... tapi nk kena prepare untuk barang adik2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk anak2 la nk prepare pn..budak2 la yg syiok skali raya2 ni kan..mcm zaman kita budak2 dlu la mcm mna mood raya..hang ni baguih KA..pemuda mcm ni yg kita mau untuk memperkukuhkan kekuatan ummah..tanggjwb pada keluarga,agama bangsa dan negara..hihi

      Delete
    2. haha..anak sulung bang. Mesti kne contribute lebih..

      Delete
    3. zaman sekrng ni ada jugak anak sulung yg x contribute pa-pa langsung..siap pau mak pak lg..

      Delete
  3. Banyak jugak tips nye. tapi betul jugk. dekat-dekat raya ni mesti banyak keluar duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kena bijak berbelanja FR no..bnyak keluar duit tp bnyak pulak duit yg masuk..lain citer la..

      Delete