Nuffnang Ads

Monday, April 1, 2019

5 IDEA JANA DUIT RAYA TAHUN INI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mengikut kalender Islam, hari ini merupakan hari yang ke 25 dalam bulan Rejab 1440. Ini bermakna hanya satu  bulan lima hari sahaja lagi seluruh umat islam khususnya bakal menyambut Ramadhan dan seterusnya Syawal.

Saban tahun menjelang hari perayaan terbesar umat islam ini, pastinya ramai usahawan dan peniaga akan mengambil peluang mengatur strategi untuk " Projek Raya " mereka. Pengeluar sampul duit raya mula menjalankan operasi mereka,pengusaha baju  pula telah mula mengambil tempahan baju raya, butik-butik melancarkan katalong baju raya. Peniaga yang mengusaha kuih raya juga dah mula mengeluarkan sample dan merekrut agen-agen pengedar dan semestinya peniaga-peniaga bazar Ramadhan rancak melakukan persiapan dengan menempah tapak-tapak bazar yang menjadi tumpuan ramai.

Bagaimana dengan anda?? Tidakkah anda mahu mengambil peluang ini untuk menceriakan lagi sambutan hari raya  dengan menjana pendapatan sampingan yang lumayan?? Sekiranya jawapan anda ialah " YA!!..Kami nak!!", Di sini kami kongsikan 5 IDEA JANA DUIT RAYA TAHUN INI...

1) BISNES AIR BALANG

Bisnes ini merupakan suatu yang simple tapi siapa yang menyangka bahawa Air Balang ini boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam masa sebulan berniaga di bazar Ramadhan. Dengan keadaan cuaca semasa yang panas, Air Balang bukan hanya mendapat sambutan ketika bulan Ramadhan, bahkan ianya menjadi penarik kepada pembeli yang dahaga pada hari biasa. Apa yang menariknya ada individu hanya menjual 3 Balang/ jenis air sahaja di bulan Ramadhan dan menjana sehingga RM7000. Bagaimanakah beliau melakukannya?? Semuanya diterangkan dalam ebook  Bisnes Air Balang ini..




2) BISNES BURGER

Burger boleh dikatakan makanan segera dan ringkas kegemaran rakyat malaysia. Sekiranya jualan pada hari biasa atau di pasar malam ia mendapat sambutan yang mengalakkan, masakan ketika bulan Ramadhan. Tambahan pula jika ia disediakan dengan cara yang unik dan pada harga yang berpatutan, boleh jadi anda tidak cukup tangan untuk menerima tempahan yang banyak ketika berniaga di Bazar Ramadhan. Bagaimana nak mulakan?? segalanya ada dalam penerangan lengkap Ebook Panduan Lengkap Mula Bisnes Burger ini..




3) BISNES TUDUNG

Permintaan terhadap tudung memang akan meletop menjelang hari perayaan. Tambahan pula bila tiba sahaja bulan Ramadhan secara automatik permintaan akan meningkat berkali-kali ganda dari bulan biasa. Jadi tidak hairan sekiranya ada individu iaitu Pn Madihah boleh mencatat keuntungan sehingga RM15K sebulan dengan hanya jualan online. Ia merupakan perkara yang tidak mustahil sekiranya perancangan mengena dengan keadaan semasa. Nak tahu rahsianya?? Segalanya terungkap dengan Ebook Bagaimana Saya Menjana Untung RM15000 Sebulan Tanpa Premis ini..

 


4) BISNES BAKERI/ KUIH

Dengan tabiat makan rakyat Malaysia yang sentiasa lapar tidak kira masa, bisnes ini memang mempunyai pasaran yang meluas. Bisnes ini unik, permintaan di bulan Ramadhan tinggi, namun selepas Ramadhan juga tetap tinggi berikutan permintaan daripada penganjur open house pada bulan Syawal. Bagaimana nak mulakan?? Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah ini akan menghuraikan persoalan tersebut..



5) BISNES SHOPEE

Online shopping merupakan trend masakini seluruh dunia. Mana tidaknya, hanya hujung jari digunakan untuk pilih, beli dan bayar. Jimat masa, kos dan tenaga. Website atas talian Shopee ini memang lubuk dan syurga rakyat Malaysia membeli belah secara online. Tambahan ketika puasa, ramai yang tiada masa, keletihan dan mungkin tidak mahu berasak-asak untuk membeli belah di supermarket, Shopee menjadi pilihan dengan hanya klik-klik dalam keselesaan rehat di rumah. Dengan inisiatif pihak Shopee mengadakan promosi kaw-kaw punya untuk tarik perhatian pembeli, maka keuntungan untuk perniagaan melalui paltform ini berlipat kali ganda. Panduan Bisnes Shopee ini akan membantu anda untuk berniaga di Shopee..






Itulah 5 cadangan Idea dari kami untuk menceriakan Hari Raya Anda tahun ini, Dah ada Idea?? Sesungguhnya perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.. Jadi apa tunggu lagi...Mulakan langkah anda!!!!!!

No comments:

Post a Comment