Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tak perlu diperkenalkan lagi, kursusnya dikalangan rakyat Malaysia. Ada ka rakyat Malaysia yang tak tau lagi bahawa gunung Kinabalu ni ada kat Malaysia?? kalau ada..tolong la..plezz la..buat permohonan tukar kewarganegaraan Malaysia untuk jadi warga negara Zimbabwe mahupun Azerbaijan. Nampak sangat tak nak amik port langsung tentang Malaysia, negara tercinta yang mana baru saja mengalami kenaikkan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ni..
Sebenarnya walaupun kita sering bercerita tentang mercu tanda Negeri Di Bawah Bayu ni, pernahkah terfikir bagaimana datangnya nama Kinabalu ni?? kenapa Kinabalu?? kenapa nama dia bukan Balukina?? macam mana boleh namakan gunung ni Kinabalu??..nak tau??..Nin dia..mai nak baq ang....
Menurut sumber sejarah, nama Gunung Kinabalu ni telah diasaskan oleh dua sahabat baik yang berhijrah dari negara China untuk ke Tanah Melayu. Ini bermakna Orang China la yang memberikan nama Kinabalu pada gunung yang pada ketika itu masih tidak mempunyai nama. Dan menurut sumber, proses penamaan gunung Kinabalu ni pun dilakukan dengan tak disengajakan oleh dua sahabat baik ni. Tak sengaja??macam mana tu??..haaa..macam ni cerita dia nak baq ang ...
Dalam On the way dua sahabat baik ni nak ke Tanah Melayu, mereka begitu terpegun dengan keindahan Gunung yang ada kat kepulauan Borneo tu. Dan ketika dalam perjalanan menaiki kapal juga, dua sahabat ni dah stanby dah belajar bahasa Melayu, ya la kan sebagai persediaan untuk memudahkan mereka berkomunikasi bila dah tiba ke Tanah Melayu nanti. Kerana terpukau dengan keindahan gunung tadi, dua sahabat baik ni pun singgah sebentar untuk lepak-lepak dan menikmati keindahan flora dan fauna di Gunung tersebut. Dalam dok lepak-lepak tu salah sorang bagi cadangan bahawa mulai hari tu mereka perlu berbual dan menulis hanya dalam bahasa Melayu demi mengukuhkan penguasaan bahasa memandangkan mereka berdua akan bermastautin terus di semenanjung Tanah Melayu nanti. So dari saat tu segala perbualan dan penulisan mereka berdua hanya dalam bahasa melayu.
Orang China baru belajar bahasa Melayu tak kan tak tau macam mana slang dia kan. Yang dah lama dok kat Malaysia pun slang dia lain, ni kan yang baru belajaq macam dua sahabat baik ni. Nak dijadikan cerita semasa mereka masih di puncak gunung, salah sorang dari mereka nak bergurau sesama mereka, lalu di ambik batu kecil dan baling ke arah member yang sorang lagi dok asyik tengok permandangan dari puncak gunung tu. Balingan tepat ke arah dahi member dia dan benjol la sikit, member yang dok rilek-rilek tadi hangin la, nak bergurau pun berpada-pada la, kena batu sampai benjol dahi, gurauan apakah ini?? nanti sampai Tanah Melayu dah tak hensem payah la nak ayat awek-awek Melayu kan...
Lakaran Dua Sahabat Baik tu..
Lalu dengan perasaan yang sedikit hangin, member yang benjol ni amik batu jugak dan baling balik, malangnya, setiap balingan tersasar dan tidak mengena langsung sambil ditertawa membernya sambil menyebut dalam bahasa Melayu Slang cina " Ta rak kini ma, tarak kina ma," ( Translate BM " Tak Kena la, Tak kena la," ) Namun sehingga tiga hari tiga malam objektif untuk membaling kearah rakannya masih juga tidak mengena.Demi memuaskan hati tak dapat balas dendam, dia terus mencuba, cuba dan cuba dan akhirnya pada hari keempat, membernya tak dapat mengelak dan balingan batu betul-betul tepat ke arah dahi.
Bila dah kena dia sangat berpuas hati, tapi membernya sekali lagi dengan sengaja mempermainkan dengan mengejek " Balu ki, balu kina...haha balu kina" ( Translate BM " Baru Kena, baru kena..haha baru kena ", )
Bukan setakat mengata dengan ejekan, ayat " Balu kina, balu kina, balu kina" ditulis di setiap batu dengan tulisan huruf besar di setiap permukaan batu di puncak gunung tersebut macam ni " BALU KINA, BALU KINA, BALU KINA, BALU KINA BALU KINA" dan setelah selesai bergurau senda..mereka berdua terus belayar ke Semenanjung Tanah Melayu dan meninggalkan tulisan-tulisan tadi di permukaan batu di puncak gunung tu.
Dan setelah berkurun lamanya, tiba pula sepasukan penyelidik tentang Gunung ganang di puncak gunung tersebut. Dan untuk memudahkan kajian mereka, mereka perlu menamakan gunung tersebut dan secara tak sengaja menjumpai cebisan tulisan yang telah ditulis oleh pengembara dari cina tadi. Namun begitu, tak semua tulisan yang masih jelas kelihatan. Yang nyata tinggalah tulisan " KINABALU". Ya dari BALU KINA, BALU KINA.. yang masih jelas dan kabur sedikit ialah perkataan " KINABALU" .
Dan dari saat itu lah Gunung yang gah di kepulauan Borneo itu dikenali sebagai GUNUNG KINABALU sehingga kini...hahaha..Percaya atau tidak??? Sekian ,terima kasih...
* Hanya sekadar coretan santai..plezzz..jangan amik serius ok..haha
Takmo.. Takmo...dibuang negeri.
ReplyDeleteHaha..
Amboiiii melampau sungguh sapa yang taktau ada Gunung Kinabalu kat Malaysia.
Ni 3 hari 3 malam kalau nak habis baca asal-usul G.Kinabalu ni.
ReplyDeleteHehe...terlelap tadi.
haha..tudia aih sampai terlelap doc..tq doc diatas kegigihan menelaah dan mengomen blog picisan ni..tq banyak2
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat petang,
ReplyDeleteKami ingin menggunakan gambar Gunung Kinabalu dari blog kamu untuk Buku Teks Fizik Tingkatan 4. Adakah gambar ini milik cik? Jika ye, tolong tekan link ini ( http://bit.ly/2J9OvTp )untuk mendapatkan copyright letter dari kami dan attachment di mana gambar ini akan digunakan.
Sekian, terima kasih.
Editor Buku Teks Fizik Tingkatan 4
Orang yang bodoh sahaja percaya cerita bodoh nie.
ReplyDelete