Nuffnang Ads

Monday, December 1, 2014

MANIS BAGIMU, PAHIT BUATKU



Pagi tadi awal dah kena keluar, rushing la jugak sikit-sikit sehingga terhakis jugak 42.86% peratusan KeCoolan diri ini. Tapi tak mengapa, demi memulakan hari yang pertama dalam bulan Disember ni, gua perlu jelas dengan matlamat yang hendak dicapai untuk hari ni. Rilek... apa orang kampung gua cakap " Chill Out "..huhu. Misi pertama pagi tadi, keluar cari breakfast, pas tu bawak anak-anak p umah Tok depa sebelum masuk ofis.

Dalam perjalanan ada pulak suara sumbang dari belakang " Ari ni Birthday Abang la Babah, tak dak pa-pa hadiah ka?? Abang nak Transformers Bumblebee",..Alamak, ingat pulak dia..ni gara-gara mama dia la ni yang cakap ari ni birthday dia masa dok mandi tadi... Alhamdulillah..syukur kehadratMu ya Allah..dengan limpah kurniaMu menganugerahkan amanah yang tak ternilai.. Ammar Raziin Bin Shazrin....Ari ni 1 Disember 2014..genap 5 tahun dah anak bujang sulung gua..cepat masa berlalu..rasa macam baru semalam ja kawin....rupanya dah 6 tahun dah gua kawin..ni yang rasa macam nak kawin lagi ni..Kah3


Birthday boy dan adiknya..


Gua bukan apa saja buat-buat tak tahu birthday dia...nak wujudkan elemen-elemen kejutan. Gua bagitau kedai tak buka lagi la pagi-pagi ni, Bumblebee pun dok lena sedap dalam selimut lagi.Behenti sekejap isi minyak kat Shell, ada pulak tuntutan Khas dari Birthday boy.. " Babah lolipop Oren 2!!",

APA!!! Lolipop!!! sebenaqnya lolipop merupakan salah satu benda yang paling gua tak suka. Kenapa tak suka?? kerana lolipop mewujudkan saat-saat paling sukar dalam hidup...biarpun ia  merupakan kegemaran kanak-kanak seluruh dunia amnya termasuk anak gua khususnya... Tetapi hakikat sebenar, walaupun ia MANIS BAGIMU, PAHIT BUATKU...Mengapa?? Kenapa?? Bagaimana?? Macam mana Benda yang manis, boleh buat gua pahit?? Penah tak rasa dan perasan yang Lolipop ni memang susah gila *#@%* nak buka?? Tambah-tambah original Chupa Chups yang di jual kat stesen minyak..Fuhh naik fedup gua!!..mula-mula sambil drive nak membukanya. Dah rasa susah sangat stop dulu drive, focus untuk buka. Bermacam taktik dan teknik gua cuba termasuklah gigit..Cukup payah ya Allah..hampir 5 minit jugak amik masa nak buka dua lolipop untuk anak2 gua......alahaaaii...

Dari dulu lagi gua dok rasa benda ni memang susah nak buka. Bukan setakat peristiwa pagi tadi ja. Dah sampai ofis tadi, free-free gua pun google..hahaha..google cara-cara untuk mudah membuka bungkusan Lolipop ni especially Chupa Chups punya lolipop....ada jugak hasil ( Memang jelas nyata benda alah ni susah nak buka )...nak tau??.. Nin dia nak baq ang video cara buka lolipop dengan mudah..kah3



Amacam..mudah????

Kalau korang ada teknik dan tektik lain yang berkesan untuk buka lolipop ni.. cer share, cer share..Kah3


* Don't drink and drive or Don't open up Lolipop and drive..hehe
  


4 comments:

  1. Yesss..chill.
    Our Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday & Friday kat klinik ni memang sama je.
    Everyday patient ramai.
    Kadang2 tak sakit mana pun.
    Sanggup tunggu lelama semata-mata nak ubat selsema je pun.
    Kalau tengok, takdelah nampak macam x mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...x pa doc..chill ja..layan..orng zaman skrang mampu tak mampu blakang citer yg penting kt klinik kerajaan ubat pa pun semua rm1 ja kan..huhu..jimat tu walaupun kna tunggu lama2

      Delete
  2. assalamualaikum...mmg susah kalau nak buka kertas loliipop ni...tu sbb jarang mkn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..tu la..jarang jgk n tak galakkn mkn..tp kadang2 rintihan anak2 ni...aduh terpaksa jgk belikan:-)..tq kak Mas Zul lontarkan sekomen dua kata.. :-)

      Delete