Nuffnang Ads

Sunday, November 9, 2014

DEXAMATHESONE



Sah positif...dengan rasminya keputusan Sample B tidak memihak kepada ikon Negara, Datuk Lee Chong Wei. Ujian yang dijalankan di Oslo, Norway itu membuktikan bahawa bahan terlarang Dexamathesone ada pada Datuk Lee Chong Wei.

Apa benda Dexamathesone ni haa?? dah la nak eja dia bukan main susah.. Ya la seumur hidup gua sebagai rakyat marhain yang kerja jual apom balik kat pasar malam ni, tak penah terfikir pulak ada benda alah yang diberi nama susah nak eja macam ni..lain la budak-budak medic ka, doktor atau ahli Farmasi ka..mesti depa tau..Bila timbul kontroversi Lee Chong Wei ni baru gua tau yang kat dunia ni wujud benda yang digelar Dexamathesone.

Apa benda Dexamathesone ni?? mai sini nak baq ang... Menurut sumber, bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet. Kajian menunjukkan Dexamethasone bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet. Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tidak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik. Lee Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan, bukan untuk meningkatkan prestasi.

Dan bila gua tengok temubual Chong Wei kat tv tadi, dia sendiri yang kata dah berkali-kali dia buat ujian doping sebelum ni, tak pernah memberi keputusan yang positif melainkan yang negetif belaka, dan dia sendiri runsing bagaimana ujian kali ini memberi keputusan yang sebaliknya. Ada logiknya kat situ, kalau betui la dia guna bahan terlarang untuk meningkatkan pretasi, mesti ujian yang dulu-dulu pun dah kantoi kan.

So kita ni yang tak tahu apa-apa tok sah la dok buat spekulasi membuta tuli tentang isu ni. Harap bersabar untuk perkembangan selanjutnya. Harap maklum, terima kasih.


* Teringat masa Form 3 dulu badan gua menggigil kesejukan sebab demam panas dalam kelas, ada pulak Cikgu mai check kot ada kesan suntikan pada kedua-dua belah tangan sambil bertanya " Awak ada ambik dadah ka??" (Memang serius tahap spekulasi negetif Cikgu tu..)






5 comments:

  1. Yang last tu seyes paling kelakar.
    Saya pun x pernah terfikir macam tu.
    Seyes cikgu tu pandai juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la doc, nasib baik dia tak jadi doctor, kalu tak semua orang demam dia kata amik dadah..kah2

      Delete
  2. Dexamethasone tu kitorang slalu panggil Dexa je. Memanglah steroid..tapi, bukan untuk tingkatkan prestasi.
    Alaaahhhh...yang patient slalu mintak ubat biji putih setiap kali datang tu pun steroid - doktor kata tak perlu tapi depa naaaaakkk jugak.

    ReplyDelete