Lana Bulu tiada kaitan dengan Lana Nordin..harap maklum
Cerita panas Lana Bulu?? Lana Bulu?? apa tu Lana Bulu??eee geli la cerita bulu-bulu ni. Kalau cerita panas Lana Nordin syok la jugak nak tau, ni ntah Lana Bulu..apa tu??..mungkin akan timbul persoalan-persoalan sebegitu jika terbaca tajuk entri gua kali ni. Dan mungkin juga ada persoalan kenapa gua gunakan nama Ein lanabulu kat account google.( eh eh macam gua ni top blogger pulak ada orang amik kisah )..kah3
Sebenarnya Lana Bulu yang gua gunakan sekarang ni berpunca dari satu kejadian sekitar 16 tahun dulu.ya ketika gua mula-mula sekali melangkah ke Jail. Jail??? ya jail..Jail yang gua maksudkan tu Hostel, bukan jail yang betul tu. Ya la mana tak jailnya, dah form 4 baru belajar duduk hostel, sedangkan sebelum ni di tantang bagai minyak yang penuh lagi melimpah ruah kat rumah. Keperluan makan pakai semua x yah nak pikir. Petang-petang keluar meronda usha awek tepi laut sambil-sambil skodeng couple dok buat aksi "Belangkaih" ( Astagfirullahalazim..ni cerita zaman jahiliah dulu ni ). Malam-malam suka hati tengok tv, home work kalau mai hantu rajin siap la..kalau tak rajin, esok pagi la convert home work jadi school work, rujuk buku member, bukan tiru . Rujuk dan tiru dua perkara yang berbeza ok...
Dipendekkan cerita, dah masuk orentasi ada la senior suruh perkenalkan diri..So gua pun dengan pantas bla,bla,bla,bla dan sampai time gua bagitau asal " Saya berasal dari Kg Lana Bulu ". Perkataan Lana Bulu tu umpama ada magis yang menyebabkan senior-senior gua ni tertanya dan ada jugak yang gelak. " Unik jugak nama Kg hang ni, dan mulai ari ni dan saat ini kami semua sepakat akan menggelarkan hang sebagai Lana Bulu". So sehingga kini dah macam sinonim nama tu dikalangan room mate hostel dan merebak ke seluruh sekolah. Dan dari saat itu jugalah bermula hidup gua sebagai jejaka hensem lagi tampan bergelar Ein Lanabulu...Kah3....Tu jala nak baq ang cerita panasnya...panas tak?? nak panas pi dok tengah panas antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang..kalau cuaca tak hujan la...Kah3
Masjid Kg Lana Bulu
Jangan tak tau Lana Bulu wujud kat goole map..
Cer check maksud Lana Bulu kat google translate...pasti mengejutkan..sila click gambar..
SESUATU YANG HEBAT DUNIA DIGITAL MENANTI UNTUK 2015...CLICK GAMBAR DIBAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT..
* Terkenangkan member yang sehingga kini digelar " Kubur" kerana berasal dari Kubur Panjang... ada hikmah jugak gua rasa panggil dia " Kubur "....nama yang sentiasa menginsafkan
Lana Nordin tu retis ke?
ReplyDeleteHehe..tak berapa kenal.
aik doctor bukan fan club lana nordin ka?? masakan x kenal..buat x kenai kot ni doc..hihi..mcm mna vacation..best ka..
Deletenama kg saya kg bukit berangan. Bila org tanya saya kg apa mesti keluar ayat "mesti awak kuat berangan ni", padahal tak pun..hahaha
ReplyDeletehaha..tu la kadang2 nama2 kg ni pelik n unik..bila pelik n unik nama tu bole jd trade mark seseorang..
DeleteOoo ini.cerita dia rupenye asal lana bulu tu, tertanya2 juga tapi segan lak nak tanye, takot kicik ati.. Canne nak besaqkn blk.. Tak ghetii.. Hihii
ReplyDeletezoom in ja klu nk besaqkan balik..jgan zoom out..satg dia kecik lg..tu pun x gheti ka....kah2
Delete