Nuffnang Ads

Wednesday, January 8, 2020

ELAK ANAK JADI HAMBA GADJET DENGAN DRONE



Assalamulaikum dan salam sejahtera. Dengan perkembangan teknologi terkini yang semakin canggih, adakalanya kita terdedah dengan pelbagai cabaran baru biarpun teknologi sebenarnya memberi impak yang sangat mengujakan dalam arus permodenan. Antara cabaran terkini yang harus ditempuh kursusnya golongan ibubapa alaf ini adalah ketagihan atau ketaksuban anak-anak terhadap gadjet smart phone umpamanya.

Keadaan ini semakin meruncing dengan saban hari ada saja berita yang menjadi tular sering memenuhi ruang perbualan Wassap mahupun News feed laman media sosial tentang natijah yang terjadi angkara penggunaan gadjet yang tidak terkawal. Masalah fizikal pada bahagian penglihatan kerana terlalu lama mata terdedah dengan cahaya, masalah mental seperti sering memberontak jika dihalang untuk menggunakan gadjet dan banyak lagi yang sering kita dengar. Dan ada yang lebih dasyat sanggup mati demi gadjet!!!!! 

Sebelum semua perkara yang menjadi igauan ngeri ini berlaku, masih belum terlewat untuk ibubapa mengambil inisiatif  berbeza selain bergantung harap pada gadjet untuk menarik perhatian anak-anak.
Antara yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah penggunaan drone. Objek terbang kawalan jauh ini merupakan salah satu peralatan yang mengujakan selain gadjet. Dengan persaingan pengeluar drone permainan untuk meningkatkan penjualan, jangan terkejut sekiranya permainan kawalan jauh ini boleh didapati dengan harga yang tidak masuk akal namun pada kualiti yang meyakinkan. Percayakah anda di bawah RM40 anda sudah boleh memiliki drone permainan yang mempunyai pelbagai fungsi basic yang ada pada drone premium.

Drone pemulaan ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Pendedahan awal terhadap panel kawalan boleh memberi perkembangan positif kepada pergerakan moto jari jemari kanak-kanak disamping meningkatkan keupayan visual apabila mereka fokus mengawal kedudukan drone di udara. Sisipan kali ini kami lampirkan sebuah video review salah satu permainan drone permulaan di pasaran yang boleh didapati secara atas talian. Bagaimana nak elak anak jadi hamba gadjet???? Saksikan video ni......






No comments:

Post a Comment