Nuffnang Ads

Sunday, January 19, 2020

PASANG MYTV DENGAN ANTENA LUARAN UHF TD-14E


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan penamatan sistem pemancaran siaran television analog pada penghujung September 2019 yang lalu, secara rasminya television yang masih mengekalkan sistem penerimaan analog tidak dapat lagi digunakan . Namun begitu dengan menjalankan sedikit modifikasi pada sistem penerimaan dengan menaiktaraf beberapa peralatan, television yang dulunya hanya boleh menerima siaran analog turut dapat memproses siaran digital.




Pada kiriman kami yang lalu iaitu CARA PEMASANGAN DTTV ada digambarkan bagaimana hasrat untuk menikmati penerimaan sistem digital ini direalisasikan berserta peralatan yang diperlukan. Antara peralatan yang terpenting ialah Set Top Box ataupun Dekoder yang mana berfungsi untuk memproses maklumat digital yang diterima antena untuk ditukarkan ke isyarat yang membolehkan televesion memaparkan visual. Alat ini penting sekiranya television yang digunakan adalah television generasi terdahulu yang tiada sistem pemprosesan data digital.

Namun begitu, kebanyakkan television generasi kini telah disediakan secara binaan dalaman sistem ini yang lebih dikenali sebagai DTTV. Dalam keadaan ini, dekoder tidak diperlukan lagi. Peralatan seterusnya yang akan melengkapi sistem untuk menerima isyarat digital selain dekoder ialah Antena.

Antena penting dalam proses penerimaan isyarat. Dan yang pastinya ada banyak jenis dan pilihan antena diluar sana serta spesifikasi yang berbeza-beza mengikut keperluan pengguna. Pemilihan antena yang sesuai juga antara aspek terpenting dalam memastikan isyarat digital diterima tanpa gangguan. Andaikan kedudukan lokasi kediaman anda terletak 100KM dari stesyen pemancar yang terdekat, tetapi menggunakan antena yang hanya boleh menerima isyarat sehingga 50KM sahaja. Sudah pastinya television anda tidak dapat menerima siaran tersebut dan tidak dapat memaparkan visual.

Secara kesimpulannya, untuk menerima isyarat digital ini, kita bukan hanya sekadar memerlukan decoder untuk memproses maklumat, bahkan antena yang dipilih juga harus sesuai dengan kedudukan kediaman. Sebelum memulakan proses pemasangan apa yang perlu anda pastikan ialah :

1) Jenis television yang digunakan ( Sekiranya television Built in DTTV tidak perlukan Decoder )

2) Kedudukan kediaman dengan Stesyen Pemancar ( Untuk tentukan jenis antena )

3) Keperluan kabel dari antena ke telivision ( Untuk penjimatan kos pemasangan )



Dalam kiriman kali ini, kami menyediakan sebuah video review beserta  DIY Pemasangan Sistem MYTV menggunakan salah satu antena luaran UHF model TD-14E.Antena buatan Thailand ini sesuai untuk menerima isyarat pada kedudukan kediaman yang jauh dengan stesyen pemancar. Bagi yang masih belum memasang ataupun yang masih tertanya bagaimana sekiranya untuk melakukan pemasangan MYTV ini, semoga video ini dapat memberi penjelasan terhadap persoalan yang bermain di fikiran anda.. Selamat menonton...


No comments:

Post a Comment