Nuffnang Ads

Wednesday, July 8, 2020

CARA MEMOHON PERTUKARAN PEMILIKAN DAN PENGURUSAN PUSAKA KECIL


Kiriman Hooreey!!! Segala Mak Neka Nak Baq Hang kali ini bakal mengutarakan pengalaman penulis sendiri dalam proses Pengurusan Pusaka Kecil yang melibatkan sejumlah pampasan. Umum mengetahui bahawa sekiranya kes-kes sebegini terjadi, Amanah Raya Berhad adalah badan yang dipertanggungjawab untuk mengurusnya. Wang pampasan yang tidak dapat dikreditkan itu akan disimpan di akaun Amanah Raya sehingga waris mengemukakan tuntutan setelah proses penukaran hak milik dilakukan.

Sebenarnya pihak Amanah Raya juga ada menyediakan perkhidmatan penukaran hak milik. Namun perkhidmatan itu akan dikenakan cas perkhidmatan berkadar beberapa peratus daripada nilai keseluruhan harta. Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan kelapangan untuk menguruskannya sendiri, serahan tugas boleh terus diberikan kepada pihak Amanah Raya. Namun bagaimana jika anda memilih untuk melakukannya sendiri??? Video ini menerangkan langkah-langkah yang perlu untuk proses pengurusan ini....



  

No comments:

Post a Comment