Nuffnang Ads

Wednesday, March 20, 2019

GELOMBANG HABA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang terpapar di atas, peta menunjukkan kawasan-kawasan yang mengalami keadaan suhu mengikut klasifikasi tahap yang berbeza. Kawasan yang berwarna biru menunjukkan keadaan suhu normal dan selamat iaitu tidak melebihi 35 Darjah Celcius.

Kawasan kuning yang merupakan Gelombang Haba Tahap 1( Keadaan berjaga-jaga ) pula kelihatan begitu meluas di sesetengah kawasan namun tidak melibatkan bahagian selatan semenanjung dan sepanjang persisiran pantai timur.

Setakat 4.45 petang semalam, kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan telah ada tahap Gelombang Haba yang bersuhu 37 Darjah Celcius sehingga 40 Darjah Celcius di kawasan-kawasan yang telah dilebalkan dengan warna Jingga. Biarpun Tahap 3 ( Keadaan Kecemasan ) iaitu suhu yang melebihi 40 Darjah Celcius masih belum wujud, kita perlu waspada dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana keadaan Gelombang Haba yang tidak menentu akan berterusan berlaku selama beberapa hari malahan boleh berlarutan sehingga seminggu.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan membataskan aktiviti luar dan minum lebih air pada kadar yang sesuai dengan keadaan cuaca. Di sini kami kongsikan tips-tips untuk menghadapi Gelombang Haba yang sedang melanda ketika ini untuk mengelak dari berlakunya Stroke Haba...







No comments:

Post a Comment