Nuffnang Ads

Monday, July 23, 2018

MOVIE ANIMATION PARK STUDIO IPOH



Assalamualaikum dan salam sejahtera..Allahuakbar... Alhamdulillah...akhirnya..terbit jugak entry terbaru blog ni setelah sekian lama terdampar nun di dasar samudera maya..Last post 22 April 2017 dan hari ni terciptalah sejarah kemunculan kembali untuk beraksi di pentas penulisan blog ni. Dengan imej theme baru, aku dah tanam satu tekad akan sentiasa konsisten dalam dunia penulisan blog lepas ni dengan menyajikan sesuatu yang bombastik,fantastik dan realistik. Ok kalau setakat muncul kembali cakap banyak tak guna...Jom hari ni aku nak ajak hampa semua pi jalan-jalan usha tempat ala-ala Universal Studio. Tapi bukan kat Singapore, Japan mahupun Hollywood. Ianya hanya di Ipoh.. ya di Ipoh..nama dia.. MOVIE ANIMATION PARK STUDIO



MAPS ni kalau kat Highway PLUS tu memang dah nampak ja dok tepi bila sampai Ipoh

Ok peta animasi kat atas tu menunjukan antara section-section yang ada dalam MAPS ni. Setiap Section ada la karektor animasi yang mewakili setiap section. Antara animasi yang terlibat adalah seperti Boboboi, Smurf, Megamind, Cars dan banyak lagi. Konsep taman tema ni macam konsep kat taman tema yang lain. Bayar harga tiket, main semua permainan atau tengok persembahan di dalam sampai lembik lutut dan yang paling penting " No Outside Food Allowed " memberi maksud..walaupun aku masuk percuma, sediakanlah sejumlah wang yang mencukupi untuk menjamu selera pada kadar yang berganda berbanding harga makanan di luar...hahaha

Ni dia punya Location

Apa yang best kat sini?? jom kita tengok..


Ni dia punya gerbang kaunter tiket



Suasana masih lagi hening...sebab sampai awai..


Jadual aktiviti untuk hari yang aku pi tu

Pada aku yang menarik ialah tayangan 4D Boboboi Advanture la... dua kali aku masuk layan, permainan outdoor yang lain tu ingat nak main petang sikit pasai pagi cuaca panas sikit, pagi ngan tengah hari layan dulu benda-benda indoor. Section boboboi ni best sebab strategi yang MAPS buat ni sempoi. Mula-mula beratur tunggu turn, dah masuk layan 4D advanture gelak-gelak sampai dahaga and lapaq, ada laluan keluaq tiba-tiba ja ada Tok Abah Kokotiam Cafe...haha...Alamak apa lagi, mengelupur hero-hero aku nak minum coklat la, makan donut la, sosej la dan bukan tu saja siap nak beli topi boboboi la,baju la..memang terperangkap tak bole buat apa dah...haha...pandai MAPS. Sebelum tu memang lalu dah depan Tok Abah Kokotiam tu dari luar, depa ajak masuk aku kata kita masuk main dulu, rupa-rupanya laluan keluaq dari Boboboi 4D advanture tu terus ke Tok Abah Kokotiam dari dalam..haha...kalau masuk layan 4D Advanture tu memang tiada jalan pintas lain untuk keluaq, mesti lalu Tok Abah Kokotiam.

Memang banyak jugak la aktiviti kat sini seharian, ada live show kat pentas utama, cafe-cafe yang menyediakan makanan fast food pun banyak. Setiap section ada cafe dia sendiri. Ada jugak dok cari kot-kot ada juai nasik campoq ka, memang tak dak la..haha. Memang MAPS ni nak buat taman tema yang nampak international pasai nampak ada staf-staf mat salleh yang bertugas di sini antaranya yang jadi penyanyi and penari di pentas. Dari mula masuk ada dia punya welcome ceremony sampai la last ada tarian and pertunjukan good bye ceremony. Depa layan kita baik punya. Mana tak baik punya... nu kalau bole nak suruh kita mai lagi berkali-kali. Jom la usha-usha tempat-tempat kat dalam MAPS ni menerusi cerita bergambar di bawah.


Tengah dok tengok peta kot ada cafe yang juai nasi campoq sambai petai



Ronda-ronda kawasan dulu



Cafe aiscream Cremeria...hmmm memang cair la duit aku



makan lagi...lagi tak keluaq dari tempat ni aku pun hairan asyik lapaq ja budak-budak ni



























Dok buang tulang ikan lekat celah krongkong..kesian






Dok layan tengok depa menari, gatai kaki aku nak join sekali nasib tak keluaq aku punya rever









Bersama dengan bekas awek dulu, la dah jadi bini dah..hehe





Ni kat Carol Kingdom






kat Stunt Lagend











Show drift keta kat Stunt Lagend





Bekas hero remaja yang jadi duta Tok Abah Kokotiam..haha







Anak aku kata penyayi tu tak tutup aurat....Astagfirullahhalazim







So kalau nak merasai kemeriahan dan keseronokan tempat ni, jangan malu jangan sengan, kalau malu pi dok bagan...boleh la mai MAPS ni cuba try test lagu mana. Ok cukup dulu la kot no. Assalamualaikum. Ni website dia kot nak tengok2 dulu kan





No comments:

Post a Comment