Nuffnang Ads

Thursday, May 19, 2016

F PUTRAJAYA, V KUALA LUMPUR UNTUK PLAT BARU

Putrajaya akan menerima aksara baru kenderaan baru yang didaftarkan bermula 1 Jun ini, iaitu F. Bidaan untuk nombor emas akan bermula akhir bulan ini (Mei 2016). Pastinya anda telah terfikir beberapa nombor emas seperti F 1F 150F 430 atau F 124 (FIZA). Plat F 1 di UK telah dibida oleh seorang usahawan dari Yorkshire dengan harga 6 juta pound sterling (34.7 juta MYR) untuk dipasang pada Bugatti Veyron yang harganya 440,000 pound sterling (2.5 juta MYR). Harga nombor plat lebih mahal dari harga kereta ooo… 

Kuala Lumpur pula akan menerima aksara V menggantikan plat sekarang iaitu W [nombor] [abjad]. Ini sangat memudahkan dari segi kaedah untuk menampal nombor plat terutamanya pada motosikal. Saya sendiri mengalami masalah untuk menyusun nombor plat belakang motosikal saya dengan cantik dan pada masa yang sama tidak melanggar apa-apa peraturan. Beberapa nombor emas yang boleh difikirkan adalah V 1 atau V 4 (konfigurasi enjin V4).
Plat V akan diperkenalkan selepas Hari Raya nanti iaitu pertengahan Julai.

Laporan asal oleh Careta.my

No comments:

Post a Comment