VIDEO KLIP YANG AGAK COOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera di mana jua anda berada. Alhamdulillah, dua tiga hari kebelakangan ni rasa macam beban-beban tanggungjawab dah kurang sikit, jadi ada la masa-masa sengkang yang lapang untuk godek-godek internet. Paling tak tau nak buat apa gua ni suka la jugak dok usha-usha video klip kat youtube. Video-video apa yang gua suka tengok???..ha yang tu ikut dan ja. Gua rasa nak klick yang ni gua klik, kalau rasa nak clik yang tu gua klik yang tu.

Klik punya klik tertklik la satu video ni. Haram tak kenai sapa pun penyanyi lagu tu. Tapi ada la dia tulis nama ngan tajuk lagu. Lagu mat salleh la.Selalu dok tengok video mat saleh ni depa macam-macam idea, yang senonoh ada, kurang senonoh ada, yang tak berapa nak senonoh pun ada, yang tak senonoh teruih pun ada.

Tapi hak ni lain, lain tang mana tu?? haa nak tau lain tak lain hampa kena usha sendiri no..nin dia nak baq ang...layan...




Ed Sheeran - Photograph 




Cool la jugak kan, dia punya penyanyi pi selongkanq balik video yang mak pak dia rakam dari dia kecik , edit sana sini gabung satu video, boh lagu yang dia nyanyi,sempoi baq ang, tak makan modai banyak pun, tak yah dok upah pelakon-pelakon dok peluk-peluk gomoi buat maksiat pun. Mesej sampai jugak kan. Tersentuh jugak teringat zaman gua kecik-kecik dulu. Ingat nk buat video jugak dari zaman baby tapi apakan daya, hanya kenangan yang tersimpan rapi di memori ini pasai mak gua tak rakam pun video-video, yang ada pun gambaq ja pasai dulu x mampu nak beli view cam, camera ja tu pun pakai kodak...huhuhu


Popular Posts