Nuffnang Ads

Wednesday, July 8, 2015

8 PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERKUNJUNG KE RUMAH SANAK SAUDARA DAN RAKAN DI HARI RAYA




Hari Raya ni biasa la kan, kunjung mengunjung yang menjadi amalan turun temurun akan kita lakukan. Pelbagai peringkat umur akan lakukan aktiviti ni bila tiba time raya. Budak-budak cara budak, Objektif utama depa berkunjung ke mana-mana destinasi hanya satu, nak kutip sebanyak mungkin duit raya. Siap plan nak serang rumah yang bagi nilai duit raya tertinggi dulu. Kadang-kadang bila kita  baru nak jemput masuk makan-makan dulu ka, dah habaq siap dah.." Kami tak mau masuk dah, nak beraya ja",..Nu dok kalut nak capai target nu..

Nak kata mata duitan pun tak kena jugak, budak-budak baru dalam proses nak mengenal erti kehidupan. Tapi tu budak-budak. Yang dewasa matang ni pun kadang-kadang ada perangai tak elok jugak bila time berkunjung di hari raya ni. Tolong la ..please la..tolong control perangai dan atitiud masing-masing dari buat 8 perkara ni :


JANGAN memangku balang kerepek atau biskut tuan rumah, pasai orang lain pun nak makan jugak cek ooii, bukan untuk hang sorang ja!!

JANGAN main hanphone ja, kemon la...raya setahun sekali ja kot, hang nak mai beraya ka nak mai main handphone???

JANGAN sembang lama sangat..pasai apa?? pasai tuan rumah pun nak kluaq pi berjalan raya sama. Banyak cantik, hang ja mai umah aku, habih tu aku nak p mana pun tak bole!!( kata tuan rumah dalam hati)..aik macam slot " Bila Hati Telah Hitam" ja ni..hehe

JANGAN sibuk tanya biskut atau kek ni buat sendiri ka beli..makan ja..pasai kat umah hang pun semua biskut beli ..

JANGAN la kuat sangat suara time bersembang tu sampai kacau orang lain nak tengok tv.

JANGAN buat perangai macam rumah sendiri pasai time tu kat umah orang, dah balik nanti lantak la nak berkemban pun.

JANGAN habiskan semua makanan kat rumah orang tu, nanti orang lain mai nak makan apa??ooo ketupat kat umah sendiri simpan, kat umah orang pelahap nak habiskan!!!

JANGAN la sembang sampai tak sedaq diri anak bagi tumpah ayaq atas karpet mahai kawan tu .. memang la tuan rumah cakap " Tak pa..budak2..biasa la",..nu dalam hati tengah geram sapa tau?? mungkin kawan2 media sosial dia tau kot bila dia post kat instagram ka FB ka..haha

Apa-apa pun, sebagai manusia kita tak dapat lari dari salah dan silap. Sentiasa bermaaf-maafanlah sesama kita tak payah tunggu raya aih,bila2 masa pun kita harus sentiasa bermaaf-maafan kan.. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA...KOSONG-KOSONG 




No comments:

Post a Comment