Nuffnang Ads

Tuesday, June 30, 2015

BONUS SATU SAAT



KUALA LUMPUR - Esok, waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari esok akan menjadi 24 jam satu saat.
Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan.
Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata, dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.
"Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Mohd. Zamri berkata, bonus satu saat itu akan diperolehi di penghujung hari esok. - Bernama


Sumber : Kosmo Online



* Kepada yang masih tak cukup-cukup waktu sehari.. esok bertambah satu saat..yang selalu lewat satu saat masuk ofis esok..selamat la korang dah tak lewat dah..huhu