( Gambar hiasan )
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu dunia. Mesti ada yang cakap apasal ni kecoh-kecoh kucing atas pokok pun nak cerita ka, tak mencabar langsung. Mencabar ka x mencabar ka kalau situasi tu berlaku depan mata, rasanya sebagai mahkluk yang dicipta oleh Pencipta yang sama, sanggup tak tengok penderitaan mahkluk lain biarpun hanya seekor kucing???
Kes ni jadi malam semalam, time gua sampai rumah dok angkut barang masuk, anak gua yang kecik cakap ada kucing atas pokok tu, kita kena selamatkan, kesian dia lapaq katanya. Gua jengok dari jauh tak perasan pun. Anak gua ni nak mainkan gua ni rasa, tak dak pun. Masuk dalam rumah bini pulak confirmkan apa yang disampaikan anak gua tadi. Dia cakap dari pagi tadi dia nampak kucing tu kat atas pokok. Tapi gua tak nampak and assume kucing tu dah lompat turun sendiri la tu.
Lepas Magrib, selesai makan keluar rumah kejap nak buang sampah, dah buang pusing nak masuk rumah terdengar la rintihan kucing tadi. Laaa..dok atas pokok lagi rupanya. Masuk amik touchlight suluh, ya la jelas nyata kucing tu kat atas tak dak idea nak turun.Ok berikut adalah kronologi kejadian tu :
- Gua cuba amik kayu panjang, arahkan pada kucing tu supaya dia turun ikut kayu tu.Jalan buntu.Dia tak faham
-Nak panjat pokok agak tinggi, tiada tangga di rumah, lagipun pokok tu ada dahan berduri dan jenis kayu yang rapuh ( Pokok Payung Indonesia )
-Masuk rumah semula cari idea, bini gua cadangkan telefon bomba.
- Gua ketawakan bini gua pasai bagi idea lawak..Kah3
-Bini gua bengang terus call adiknya yang bertugas sebagai Pegawai Bomba di Perlis untuk confirmkan bole ke tak buat aduan pada pihak bomba selamatkan kucing atas pokok.
- Adik ipar gua bagi jawapan positif.. Bole call bomba untuk selamatkan kucing coz memang kerja diorang..Bomba dan Penyelamat.
- Gua pasrah, masuk google cari nombor telefon Balai Bomba berdekatan dah dapat terus call
-Masa buat aduan, pegawai bomba yang menerima aduan begitu profesional melayan biarpun kes terpencil
- 5 minit kemudian, memang mengejutkan... sebuah jentera Bomba dengan kekuatan 5 Anggota tiba depan pagar rumah ( Macam kes besar ja gayanya )
- Gua tunjukkan lokasi kucing tu terperangkap, tanpa tangga, hanya memakai glove salah sorang dari anggota memanjat dengan gayanya dan akhirnya kucing berjaya diselamatkan...Alhamdulillah
- Ucapan terima kasih diucapkan pada anggota yang memberi sepenuh komitment untuk menyelamat biarpun hanya seekor kucing liar. Tahniah Bro-bro bomba. Gua tabik spring 18 kali kerana menyelamat apa saja dengan penuh etika.
Memang mengangumkan..Hanya selamatkan kucing, jentera macam ni dihantar, ingat mai dengan van ja
( gambar hiasan )
Haa..mcam tu la kronologi kejadian malam tadi. Dan yang paling happy gua tengok anak gua yang kecik tu la, melompat sambil bye-bye kat jentera bomba time depa balik. Yeeaaa..bomba dah selamatkan kucing!!! katanya
So sekarang dah ada idea tak kalau dah tak bole dengan inisiatif sendiri macam mana nak buat??? Bagaimana Menyelamatkan Kucing Terperangkap Atas Pokok???.. jangan sengan silu.. Call Bomba Dan Penyelamat Malaysia
* Memang kucing tu kelaparan, licin nasi dia bedal lepas selamat turun.
* Memang kucing tu kelaparan, licin nasi dia bedal lepas selamat turun.
No comments:
Post a Comment