Nuffnang Ads

Wednesday, August 27, 2014

BASAH DALAM KEKERINGAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni hujan lebat membasahi bumi bertuah tanah tumpah darahku ini dari pagi gua keluar sampai sekarang hujan masih belum "Seriat" ( reda la tu bahasa buku ). Tapi tak kisah la dah hujan kan, memang akan basah la kalau kita terdedah tanpa sebarang perlindungan.

Tapi apa yang berlaku malam semalam dalam jam 2pagi  berbeza sekali dengan lumrah alam, gua pun hairan. Macam mana gua boleh basah dalam kekeringan. Maksudnya cuaca yang panas dan kering, tapi gua kebasahan. Keadaan basah tu yang buat gua tersentak dari tidur, terjaga dari dibuai mimpi-mimpi indah.

Seingat gua masa gua masuk tidur dan sebelum terlelap, memang keadaan agak panas dan kekuatan kipas telah dilaraskan pada kekuatan maksima. Cuma sebelum belayar ke alam mimpi anak sulung gua masuk bilik bagitau malam tu dia rasa tak best nak tido sendiri di bilik, nak tido dengan gua. Ok la sekali sekala, fine.

Baru ja gua nak dating dengan Uqasha Senrose ( dalam mimpi la ) tetiba tersentak gua, apa yang panas-panas sejuk ja dekat baju gua ni. Dalam keadaan mata yang masih tertutup, di awang-awangan ( mamai )...mimpi " Basah" kot"..eehh tak kan kot..ish lain macam ni..tak kan bumbung rumah gua bocor air hujan menitis kot, dan last sekali gua menduga, tak kan gua kencing malam... bingkas gua bagun......................

Allahuakbar...memang bertuah!! anak gua kencing rupanya!! gua memang " BASAH DALAM KEKERINGAN!!"..Apa boleh buat, nak membebel marah bukan budak tu sengaja pun kan. Tapi kuatkan semangat la supaya tak marah-marah. Sabar-sabar...jam 3 pagi siap selesai urusan pembersihan Najis Mutawasitah tu. Dah 2 kali anak gua ni asyik kencing malam tapi tak berturut la, malam ni kali ke 3. Malam yang lepas-lepas dia hentam kat tilam dia, malam ni kat tilam gua pulak. Tak boleh jadi ni, tindakan perlu dilakukan. Apa lagi pi google cari la. Ni la maklumat yang gua dapat dan nak kongsikan bersama kat blog ni. Semoga jadi panduan untuk kita bersama....


Kencing malam, atau istilah perubatannya 

“enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Penyebab kencing malam:

Ruang pundi kencing yang kecil.

Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....

Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Kredit to : http://masyaamiraaimie.blogspot.com/



NAK TIKET AIRASIA??



* KECING MALAM, LEBIH BAIK DARI KENCING ORANG...KAH3


3 comments:

  1. heheee.. suspense je baca.. rupa2nya anak terkencing.. dah kena overtime memalam ea.. redha je la.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nurul..redha la....karenah anak kena banyak2 sabaq..

      Delete
  2. Haha..tak tahan tu. Ingatkan bumbung bocor.
    Rupanya anak kecik xD

    ReplyDelete