Nuffnang Ads

Friday, July 4, 2014

Cara Remove Virus " Shortcut"



Petang tadi gua ada ke satu kedai komputer nak beli Mouse untuk kegunaan adik gua. Masa dok pilih-pilih sekor-sekor mouse yang cute, kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke kedai tersebut macam ada sesuatu yang penting untuk diselesaikan. Menghairankan, mengapa begitu tergesa-gesa bro ni kan?? fikir gua.

" Tokey ar, u boleh tolong tengokan pendrive i tak, tah jadi apa tah, semua folder-folder jadi kabur dan ada tanda shortcut, nak open semua folder pun dah tak bole, tolong la tokey banyak fail-fail penting dalam ni' kata bro tu.

" ooo.. u punya pendrive dah kena virus shortcut ja ni, u jangan risau la i boleh buat ni senang ja, u tak tau buat sendiri ka??" tanya tokey tu..." tak tau la tokey" jawab bro tu. 

Belum sempat gua nak bayar tokey tu cakap dah siap pada bro tu. Bro ni memang bernasib baik kerana tidak diperkotak-katikan oleh tokey tu untuk kepentingan perniagaannya. Dari kejadian tu baru gua tau x semua lagi rakyat Malaysia yang hampir mencecah 30 juta orang ni tau nak settle masalah Virus Shortcut ni...sila rujuk sini ye Cara Remove Virus Shortcut ( Malas nak citer panjang sebenarnya benda ni..kih2..sebab dah banyak dah orang post benda ni..pada yang tersesat kat blog gua ni, boleh la try kalu jadi masalah ni kan)

*Bulan Ramadhan ni perbanyakkan beramal contohnya berkongsi ilmu, ilmu yang bermanafaat adalah ilmu yang kita tahu seterusnya dikongsi serta ianya menjadi satu kebaikkan kepada seluruh masyarakat di sekitarnya. (Tapi jangan la lurus bendoi kongsi bulan Ramadhan saja, bulan lain pun kongsi la!!.. )

2 comments:

  1. syiok la bnyak cerita2 dalam blog nie hahah stylo habes !
    keep it up .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq krungkrung bagi kata-kata semangat....blog krungkrung apa kurangnya..lg stylo mylo..cantik n cute..iklan dh letak dh kat ats tu..nnti rajin2 la klik erk..kih2

      Delete