Nuffnang Ads

Monday, September 8, 2014

JANGAN MENYERAH

Assalamualaikum, hari ni cuaca mendung kembali menyelubungi suasana setelah seharian gua jangkakan akan panas berpanjangan sampai ke petang, rupanya mendung di tengah hari, tapi tak semestinya hujan. Biarpun pun bunyi guruh dentum berdentum, usah dibuang seluruhnya air di tempayan. Kelak hujan tak turun musnah segala harapan. Kalau hujan habih la " Belemoih" balik Wiraku yang telah siap dibasuh sempurna memancarkan kilauan warnanya. Apa boleh buat, kalau itu ketentuanNya, redha adalah jalan terakhir.

Begitulah kehidupan, tiada apa yang kita boleh jangkakan. Kita rancang punya rancang, kesudahannya hanya Maha Esa yang menentukan. Dulu gua ada menaruh hati kat Rozita Che Wan, bini gua pun dah bagi lampu hijau sebenarnya. Dia pun teringin sangat nak bermadukan artis dan gua redha dengan permintaannya. Perancangan diatur, tapi ayat punya ayat, senang-senang ja si Zain potong " Tang Kona"...kah3...percayalah....

Pernah tak kita tengok orang-orang yang boleh dikatakan " Bertuah" kerana segala apa yang dirancang berjaya?? mesti ada kan. Contohnya mamat ni teringin sangat  nak jadi doktor, dia berusaha bersungguh-sungguh ke arah tu untuk capai objektif hidup dia.Bermacam halangan dan rintagan dilalui sebelum bergelar doktor. In the end, he become a doctor. Disamping mamat ni ada la sorang lagi yang punya cita-cita yang sama, nak jadi doktor. Dia pun bersungguh-sungguh untuk jadi doktor, bermacam halangan dan cobaan diharungi, namun segala perancangannya tergendala dek kerana terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan daya interlektual dia terbantut, dia jadi lurus bendul bak kata orang kedah " Wayar dia short " akhirnya dia hanya berkerja sebagai pengutip sampah syarikat tander mengutip sampah untuk Majlis Perbandaran. Sedih tak jalan cerita gua tu??...huhu

Kenapa ini semua berlaku??gua rasa korang semua ada jawapannya kan. Tak payah gua nak taip panjang lebar sangat.. Cuma perspektif individu ja yang berbeza. Mamat yang dah berjaya menjadi doktor tu sure dipandang mulia, dihormati, dijadikan idola sedangkan mamat yang mengutip sampah tadi dipandang sinis sebagai golongan yang pemalas. Malas untuk berusaha memperbaiki diri untuk berjaya dalam kehidupan, sedangkan kalau pengutip sampah tadi tak terlibat kemalangan tu, pastinya dia juga bergelar doktor.

Percayalah..ada hikmah disebalik yang berlaku. Cuba bayangkan sebuah taman perumahan yang dihuni oleh doktor-doktor pakar yang sentiasa sibuk sehingga urusan pembuangan sampah terabai. Dia punya sibuk sampai sampah dah penuh tong sampah pun tak sempat nak pi buang kat tempat pembuangan sampah. Kalau seminggu pun jadilah, tak tau la apa dah jadi dengan taman perumahan tu. Dan pada ketika inilah Pengutip Sampah atau " Wira-wira Yang Tak Didendang" memainkan peranannya dalam pentas opera kehidupan ni. Ya tugas doktor mulia kerana bertungkus lumus menyelamatkan nyawa dan merawat pesakit, tapi adakah tugas si pengutip sampah ni tak " Semulia" tugas doktor??

Biarpun kat mana kita sekarang, siapa kita sekarang, apa yang jadi kat kita sekarang, jangan sesekali menyalahkan takdir. Takdir dijadikan untuk membezakan kita agar ada keseimbangan dan ujian dalam kehidupan. Semua nak jadi Boss..sapa nak jadi kuli??..semua nak jadi kaya..sapa nak jadi miskin?? semua nak jadi doktor...sapa nak jadi pesakit??..semua nak jadi lecturer, sapa nak jadi student??..Sedarlah kita semua adalah wira-wira yang berjuang di lapangan kita sendiri. Kalau doktor dia wira bagi pesakit-pesakit yang dirawat, pengutip sampah, wira bagi mereka yang tiada masa membuang sampah.Nelayan, petani, guru,posmen, tukang kebun, penjaga tandas awam, buruh kasar, driver bas, driver lori dan banyak lagi ( Kalau nak taip, tercabut keyboard pun tak abih-abih lagi )..kita semua wira, biarpun ada di kalangan kita tak pernah " didendang", jangan mengeluh, jangan melatah, lakukan tugas-tugas kita sehabis daya, sebaik-baiknya  dengan sepenuh hati... InsyaAllah...ada keberkatanya di atas kesabaran... JANGAN MENYERAH!!!

" Lu tak pe la bro cakap senang la, lu tak cacat macam gua, gua kaki tangan tak der sejak lahir macam mana nak buat kerja!!"....... oo ya ka... tak pa la tapi kalau lu nak " Menyerah" sebelum berjuang macam tu cer lu tengok dua insan yang tak mudah menyerah yang gua nak kongsi ni...... 



NICK VUJICIC.. Sapa dia ni??... lu google la sendiri bro...




ALLAHYARHAM PROF. DATUK DR ISMAIL SALLEH... buta pun boleh jadi Prof..Subhanallah..



JANGAN MENYERAH...






Nak tengok Model terbaru Proton??













5 comments:

  1. setiap orang ada kelebihan tak kira sebagai apa pun dia =)

    happy blogging , nice to know ur blog :) done follow sini ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fizafantagiro...nice to know n done follow ur blog too..:-)

      Delete
  2. Klakar lah semua perumpamaan tu..
    Especially tang rozita che wan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..percayalah...semuanya auta belaka..just my imagination:-)

      Delete
    2. Jauh imaginasi tu.
      Ada jumpa yang seiras ke?
      Haha..just joking.

      Delete