Nuffnang Ads

Monday, July 7, 2014

GEMPAR!! : POWERBANK JADI BATU

Salam Ramadhan.. semalam gua dah terima satu barang yang diorder dari  website online tersohor negara iaitu Lelong.com. Gua ni boleh dikatakan agak kerap juga berurusan dengan Lelong.com ni..servis memang tiptop dan barang-barang yang telah gua beli dulu pun tak der masalah, memang terbaik. Kali ni apa gua beli??? Gua dengan berbesar hati telah meng'order' sebuah Power Bank yang mempunyai DwiCharge method, boleh guna soket elektrik dan boleh juga cas guna Solar. Memang unik la kan. Cer bayangkan mana tau tentera jepun mai lagi serang Malaysia dan bom semua stesen janakuasa TNB dan IPP seluruh negara, gua selumber ja cas handphone pakai cahaya matahari..Hang Ada??..Kah2

Ni la iklan Powerbank yang ' Unik '  gua beli tu, Qinetic Life tu company yang jual benda alah ni

Ok ada macam-macam warna, tapi gua tak request pun warna apa dan yang gua dapat warna hitam. Memang semenjak gua menerima kehadiran powerbank ni dalam hidup gua, gua tak pernah menaruh syak yang bukan-bukan kerana rupanya yang menawan kalbu sesiapa yang memandang ( Masalah utama manusia, mudah terpengaruh dengan kecantikan luaran ). Sampai member gua cakap " pergh phone baru tu!!". Ok la jom la gua belanja korang beberapa keping gambar Orange Solar Power Bank ni...

Kotak cantik dan tiada cacat celanya

Ni la rupanya Power Bank yang real, Cermin yang bergaris tu la Panel Solarnya

Cara sambungan untuk cas, macam-macam boleh cas menurut Manualnya ( Mobile phone, digital camera.mp3,mp4 and much more)

TAPI........................................................................

.................................................................................

SEMUA NI POYO!!!!!

Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah..astagfirullahhalazim.. kena perbanyakkan beristigfar dan bersabar dalam bulan yang mulia ni walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, dugaan, godaan ,cobaan dan banyak lagi la an an yang berkaitan. Berdasarkan manual, kalau guna soket elektrik Powerbank ni perlu dicas selama 4jam sebelum digunakan dan mengambil masa selama 14 jam untuk penuh sekiranya dicas dibawah pancaran matahari ( tak kisah la kalau 3600 jam pun kena cas ) janji boleh guna kan. First dapat gua dah letak kat pancaran matahari dah lebih kurang dalam 2 jam, ok fine, mungkin tak penuh lagi dan lambat, gua sambung cas lagi guna elektrik dan apa yang gua dapat??? gua hanya dapat seketul batu yang bertopengkan POWERBANK!!. Dan ketika entri ni ditulis gua dalam proses contact seller untuk claim this problem. 

Kepada yang ada berminat or dok rancang nak beli " Batu" ni, gua nasihatkan check dulu kesahihan fungsi benda ni dengan mencari produk macam ni di luar sana yang real di kedai. Test dulu functionnya. Macam kes gua ni ada 2 kemungkinan, pertama mungkin set yang gua dapat ni rosak, kedua memang benda ni tak dak function apa-apa, hanya direka untuk menipu pembeli..kih2 ( Kalau betui kena report Tribunal Pengguna ni ). Ni la keburukan beli online. Tapi segala apa yang berlaku ada hikmahnya, kena bawak banyak-banyak bersabar.. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Apa penyelesaiannya???.............................................. Kita jumpa di Court!!!..Kah3

Ni la link Powerbank tu PowerBank Ka BATU ni??? kot ada yang nak cuba nasib...

Bila dah jadi macam ni rasa macam nak cipta handphone yang tak payah cas pakai elektrik, pakai solar ja..IPHONE 5s boleh cas pakai solar ke tak erk??? kah3

* Kadang kala kita lupa segala kerugian yang dialami adalah proses pembersihan pendapatan kotor kita yang kita tak sedar ( mungkin kita tercuri masa ka, tercuri tulang ka )- Kenyataan tersebut tidak berkaitan dengan gaya hidup penulis, harap maklum.

2 comments:

  1. kesiannya :(
    tu la susah gak beli online nie hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni ok ja krungkrung, ni la first time kena..

      Delete