Nuffnang Ads

Tuesday, December 23, 2014

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER BARU BRO HH

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu dunia. Hari ni ada terbaca yang Saudara Otai Hasrul Hasssan merangkap pakar blogger blogspot dengan hensemnya menganjurkan Segmen yang gua rasa gua memang layak gila-gila tahap gaban lah memenuhi kreteria. Sebab apa gua cakap macam tu?? jom tengok syarat-syarat yang ditetapkan :



Jom join..klik logo ni... tamat 31/12/2014


1) Sebuah blog dari platform Blogspot ( gua check balik URL blog..Ya confirm ada . blogspot kat blog ni )..LULUS 

2) Blog yang ada kurang 500 followers ( Yang ni lagi la terlampau menepati kreteria.. 25 K follower ja blog ni, harap suatu masa nanti betul-betul 25K la...haha )..LULUS

3) Blog yang trafik atau jumlah pageview kurang dari 10,000 ( Ni semua salah polis trafik tutup jalan ke blog ni..kalau meningkat pun sendiri yang buka kat tempat yang berbeza untuk tingkatkan pageview..amacam?? cerdik tak gua??haha ) ...LULUS

So sebagai blogger picisan yang baru nak bergiat cergas ni, apa salahnya ambik peluang ni untuk menerokai dunia blogger yang ternyata begitu luas. Kenapa gua terlibat dalam dunia blogger?? sebenarnya gua ni memang minat dengan dunia penulisan, dulu masa sekolah rendah gua ada meyimpan hasrat nak jadi penulis bila banyak karangan-karangan yang gua hasilkan menarik perhatian cikgu-cikgu dan ada yang puji kata karangan gua ni bagus-bagus..boleh jadi penulis depa kata..hehe

Tapi entahlah cita-cita tu macam pupus ja sebab lama dah tak asah bakat menulis ni. So bila dah wujudnya blog zaman IT ni,  gua jadikan la platform blog ni sebagai medium untuk gua tulis apa saja yang gua nak tulis.Suka hati. Dari cerita rekaan, cerita yang bukan rekaan sehinggalah maklumat dan tip-tip. Samada orang suka tak suka dengan penulisan gua belakang cerita,yang penting nak baca, baca, tak nak baca tengok gambar pun jadila...haha..

Dalam segmen Hasrul Hassan ni pun ada suruh komen apa yang kita harapkan melalui blog..Mana yang lebih utama?? Terkenal?? Ramai Follower?? Dapat Income??ni susah nak cakap ni coz ketiga-tiga aspek ni saling berkait ..dah terkenal mesti ramai follower, dah ramai follower maybe income pun ada dan bertambah kencang kan.. So gua harap gua jadi terkenal la senang..boleh rangkul semua sekali sekaligus..Ish!!.. Tamak haloba sungguh.. Kah3


NAMA BLOGGER : ein lanabulu
EMAIL: shazrin.mazdianti@gmail.com

No comments:

Post a Comment