Nuffnang Ads

Wednesday, December 17, 2014

FROM HERO TO ZERO



Pernah dengar tentang Kesatria Baja Hitam?? pernah tonton rancangan bersiri ni?? mungkin generasi masakini kurang mengenali watak ini kerana zaman sekarang dah maju dan pelbagai jenis medium hiburan wujud selain television. Tak macam zaman gua kecik-kecik dulu, mana ada tablet,Nokia 32 sekupang tak sampai Malaysia lagi, yang ada tepon atur tu, yang bateri besaq gerabak keretapi dok usung p sana sini oleh orang-orang kaya, Astro jauh sekali la, internet?? kalau time tu ada orang tanya gua pasal internet, mesti gua tanya balik " internet tu apa??, yang orang dok buat net badminton tu ka??", budak kampung macam gua ni tak berani lagi tekan keyboard komputer masa form 1(Takut jahanam). Zaman sekarang, anak gua yang second baru 3 tahun dah pandai search cerita kegemaran kat youtube..nampak tak beza dia kat situ... Bagaimana peredaran zaman mengevolusikan kehidupan. 

Beralih kepada Kesatria Baja Hitam. Watak ni adalah watak superhero keluaran Jepun yang nama asalnya Kamen Rider,sangat popular di Jepun selain Ultraman dan setelah ditayangkan di Malaysia lebih top dengan tajuk Kesatria Baja Hitam.Kira memang gua gila lah dengan superhero ni. Sanggup ponteng kelas mengaji petang semata-mata nak tengok cerita ni. Alasan tok sah dok tanya la, macam-macam la bila tiba hari rancangan ni nak keudara. Dan yang paling tak boleh belah masa lagu Opening Themes dia, meremang bulu roma dan rasa semangat berkobar-kobar tambah-tambah tengok aksi  si Hero ni tunggang Motosikal  " Canggih" masa tu. Kamen Rider ni pun sampai sekarang ada lagi dan sentiasa berevolusi dari zaman ke zaman. Cumanya nafsu gua dah tak ada nak tengok Kamen Rider zaman sekarang coz x sama tarikan macam zaman gua kecik dulu. Jom la gua nak bawak pembaca yang sudi baca entri ni ke zaman kanak-kanak gua dulu.. layan video Opening seperhero kegemaran gua...


Amacam ok?? lagu dia semangat kan..Wake up Wake up tu ja la yang gua faham


Tapi bila ada orang buat Parodi time Opening ni yang buat jiwa gua sentap. Superhero kegemaran gua dulu diperkotak katik kan sehingga menimbulkan situasi " FROM HERO TO ZERO" ..Cer tengok video parodi kat bawah..sungguh tidak beradab dan tidak berperikemanusiaan..


Rosak!!..apa yang gua boleh buat?? ketawa berdekah-dekah je la...Kah3










SAPA NAK OFFER 20% SAMSUNG GALAXY TAB S CLICK  LA KAT BAWAH..






* Dulu selalu berangan jadi Kesatria Baja Hitam ni, bila bertukar pakai helmet, dah jadi normal buka helmet..ish3 memang parah, sekarang anak gua pulak..asyik nak jadi transformers ja..Kah3

4 comments:

  1. Masa kecik dulu sukalah tengok Satria Baja Hitam ni tapi dh x hengat cite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik budak pompuan pun suka ka..ingat depa suka crita princess2 ja :-)

      Delete
  2. Lawak betul baca entry.ni, mana tumpah kuah kalau bukan kat mulut kan... Urmm.. Baru Nurul tau, arwah bapa kaya rupanya, usung atur sana sini dulu2 hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuah tak semestinya tumpah kat mulut ja nurul..kat langkawi pun ada jugak "Kuah"..klu besa p langkawi tau la :-) mmg kaya la ada atur, arwah ayah gua dulu ada Public phone ja dlu..tp kaya jugak..kaya budi bahasa..haha :-)

      Delete