Nuffnang Ads

Sunday, November 2, 2014

USAH DIKENANG PERKARA YANG LALU,KELAK BINASA MERANA JIWA


Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa...biar ditangasi dengan air mata darah sekalipun kegagalan itu tak mungkin dapat dielak kerana itulah ketentuanNya. Sabarlah wahai Diehard Fan JDT...terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka biar hakikatnya pahit untuk ditelan..tapi sebenarnya kalian perlu menelannya juga kerana pahit akan manis jua akhirnya..ya akan manis jua sekiranya lepas game, on the way balik dari Bukit Jalil kalian sepakat menikmati gula-gula lilipop yang pelbagai perisa..perisa apa yang dimahukan???suka hati korang la wahai Fan JDT. Cuma apa yang penting..jangan terlampau mengikut rasa hati yang lara..Jangan marahkan tak gol, Mat Yo dilelong..eh..eh pepatah baru ka tu???..kah3

Memang merana jiwa sanggup letakan harga Mat yo RM2??


Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa..biar sebesar mana kejayaan yang dikecapi kini..percayalah..mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mengejar kejayaan..walaupun kejayaan musim lalu berjaya diulangi dengan jayanya..perlu diingat wahai Diehard Fan Pahang..sekali diatas, tak selamanya diatas..pelbagai cara akan digunakan musuh-musuhmu untuk memastikan kejayaan yang ditakluki hanya tinggal sejarah di musim mendatang. Tak perlulah terlalu mendabik telingamu yang lebar kerana gadingmu sangat berharga..suatu hari nanti, pasti...ya pasti gading-gadingmu akan menjadi perhiasan mewah musuhmu..waspadalah wahai tok gajah kerana dalam tak sedar kejayaan mu bakal menyeksakan seorang pak cik tua yang bakal berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia gara-gara bernazar..nasib la pak cik..tak dak orang suruh pun..atas kerelaan hati kan..Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nazar jalan kaki keliling Malaysia padahnya..kah3

Memang merana jiwa jalan kaki Shah Alam-Kuantan..inikan pula pusing Malaysia..

Usah dikenang perkara yang lalu, kelak binasa merana jiwa..walaupun pahit, hidup perlu diteruskan, walaupun manis..ya hidup tetap perlu diteruskan..cuma jangan terlalu dikenang kegagalan lalu,nanti merana jiwa sengsara..dan jangan terlalu dikenang kejayaan lalu, nanti merana diri terleka......

*Mungkin ada yang berharap JDT menang ketika siaran ulangan??....ish3 memang merana jiwa kalau tahap macam tu....haha

4 comments:

  1. Hehe..menang kalah adat permainan.
    Takkan sampai nak lelong Mat Yo,beb?
    Jangan permainkan maruah orang.
    Tak baik gitu.
    * Saya xminat bola:)
    * Takkan boleh menang pulak kat siaran ulangan..hehe..

    ReplyDelete
  2. tul tu Doc..jgn permainkan maruah orang..bola ja pun..yg sudah tu sudah la..:-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ya ka dh meninggal?? bila..rasa 4 november ari tu bru ja dia start jln kaki untuk pusing malaysia nk byar nazar..

      Delete