Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok mari kita mulakan penerangan Cara-cara Beli Motosikal Dengan Pinjaman Kerajaan. Sebenaqnya, Pinjaman Kenderaan Kerajaan ni bukan terhad untuk pembelian motosikal saja. Selain dari moto apa yang bole dibeli dengan pinjaman ni ialah Enjin motoboat( Kot ada nak buat part time nelayan ka), basikal dan kereta. Namun ada had pinjaman dan jangkamasa pembayaran balik yang berbeza untuk setiap kenderaan yang nak dibeli. Rata-rata penjawat awam ada yang masih belum mengetahui kemudahan yang disediakan ni.
Apa yang best Pinjaman Kenderaan Kerajaan ni???..Haa salah satu yang best tu ialah faedah atau interest yang rendah la jika nak dibandingkan dengan pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan atau pun pinjaman yang disediakan oleh kedai-kedai pengedar kenderaan seperti motosikal umpamanya. Ok jom tengok contoh ni...
Sebuah Yamaha Y15ZR yang menjadi kegilaan ramai ketika ini berharga contohnya RM8300.00 (Basic) dan RM9700.00 on the road ( Harga siap semuanya insuran road tax/Harga atas jalan ). Ada kedai moto sediakan kemudahan pinjaman iaitu RM220 bulanan contohnya selama 4 tahun (48 bulan)...dan bayaran muka@deposit RM2500.00. Mari kita tengok pengiraan ni :
RM220 x 48 = RM10560 + RM2500 ( Wang Muka ) = RM13060
RM13060 - RM9700 ( Harga Atas Jalan ) =
RM3360( Tudia!! banyaknya beza bila guna loan kedai)
Harga asai RM9700 ja pun...kita tambah lg RM3360...Wow aku pun nak buka kedai moto kalau macam ni..haha
Ok-ok jom kita tengok pengiraan kalau guna Pinjaman Kenderaan Kerajaan pada harga moto model yang sama iaitu Y15ZR tadi..:
Untuk pengetahuan semua, pihak kerajaan hanya sediakan pembiayaan untuk harga basic sahaja. Contoh Harga basic Y15ZR tadi RM8300.. So pengiraan dia macam ni :
RM9700 ( Harga Atas Jalan ) - RM8300 ( Harga Basic) = RM1400 ( Harga deposit kita)
Dalam kes ni lepas mohon dan berjaya Kerajaan luluskan RM8300 dan bayaran bulanan sebanyak rm150 selama 5 tahun ( 60 bulan ) contohnya + RM1400 ( Duit kita) dan kita bayar cash kat kedai untuk beli moto ni sebanyak RM9700 ( Harga atas jalan ). Berapa kita dapat jimat ??:
RM150 x 60 = RM9000 + RM1400 ( Duit Kita )= RM10400
RM10400 - RM9700 ( Harga Atas Jalan ) =
RM700 ( Tudia!!!..tujuh ratus ja interest!!!)
So berapa beza Loan Kedai dengan Loan Kerajaan ??? RM3360 - RM700 =
RM2660!!!!
Tengok..berapa banyak bezanya!!!..huhuhu
Berminat nak tau ka cara berjimat ni???? kalau nak tau baca sampai habis post ni..
Syarat pertama ialah kita kenalah berada dalam skim perkhidmatan awam iaitu menjadi penjawat awam. Tak kisah la Faderal ka State ka, badan berkanun ka. Kita layak memohon. Kalau tak keja dengan gomen pun boleh. Kita boleh guna nama adik beradik atau keluarga terdekat yang kerja gomen, tapi dengan persetujuan depa la. Untuk lebih memahami boleh la rujuk link di bawah iaitu Pekeliling berkaitan Pinjaman Kenderaan Kerajaan. Kat sini semua ada, syarat, rate dan borang-borang.
Ok apa yang aku nak fokuskan kat sini lebih terarah kepada pembelian moto la sebabnya aku dah penah buat dan berjaya. Tu yang aku cuba kongsi pengalaman aku buat loan ni. Limit loan untuk motosikal ni hanya RM10K saja. Kalau harga moto RM20K, tambah duit sendiri la lagi RM10K. Ok bila kita dah lepas syarat pertama, kita kena teliti pulak samada kita layak tak dari segi keupayaan bayaran bulanan berdasarkan gaji bulanan seperti tertakluk dalam pekeliling. Kalau potongan gaji kita dah melebihi limit iaitu 60% dari gaji basic , kena la tunggu bagi ada kenaikan gaji dulu.
Apa tindakan seterusnya?? ok lepas dah check kita layak, kita pi la kedai-kedai moto yang berdekatan and survey harga moto. Harga moto ni pulak untuk harga atas jalan memang berbeza . Tapi harga basic semua kedai sama ja.Kalau rasa nak jimat tu cari la kedai yang harga atas jalan tu rendah. Tak la banyak nk kena tambah nanti.
Ok bila dah berkenan dengan moto dan harga pun rasa dah ok, minta la kedai buat satu harga qoutation. Harga qoutation ni la yang penting sebagai dokumen wajib dihantar bersama borang permohonan nanti.Kedai mungkin akan minta duit booking dulu kat kita. So ikut la kita nak bagi berapa. Aku dulu bagi RM50 ja. Duit ni boleh amik balik kalau kita tak jadi beli janji simpan resit jangan hilang. Kalau tak jadi beli resit hilang, huhu..burn la duit tu. Lagi satu duit ni boleh dikira terus dalam harga keseluruhan moto nanti. So kalau moto harga RM9700. Nanti kita bayar baki ja lagi RM9650.
Contoh quotation
Dah dapat qoutation, next step ialah buat dokumentasi permohonan dengan mengisi borang-borang yang ditetapkan. Borang-borang bole dimuat turun dari internet ataupun dapatkannya di Bahagian kewangan jabatan tempat berkhidmat. Macam aku dulu aku download ja. Dan berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu untuk proses permohonan bagi jabatan aku.Jom tengok senarai semak dokumen yang perlu. Rasanya semua jabatan lebih kurang sama ja :
Ok kat senarai semak tu ada bagitau first sekali ialah borang utama iaitu Borang permohonan ( KEW.294pin-pin 1/93) yang perlu diisi sebanyak 7 salinan. Borang ni boleh download kat pekeliling yang aku bagi link kat atas tadi pada bahagian lampiran. Ni contoh borang KEW.294pin-pin 1/93
Borang ni ada 3 muka surat dan perlu diisi sebanyak 7 salinan ( Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian....ha..sambung )
Seterusnya Borang butiran tambahan Lampiran C- SPK 5/94@6/94 2 muka surat diisi dengan 3 salinan
Banyak ka dokumen??tu la memang la banyak tapi kalau kita dapat faedah apa salahnya bersusah-susah sikit kan. Seterusnya sediakan semua dokumen-dokumen ikut senarai semak yang disediakan seperti salinan lesen memandu yang sah dua salinan ( perlu disahkan salinan), salinan slip gaji dan kad pengenalan sebanyak 2 salinan setiap satu ( perlu disahkan salinan). Seterusnya sebut harga atau qoutation yang disediakan oleh kedai moto tadi dan perlu juga sebanyak 2 silinan ( perlu disahkan ). Akhir sekali yang diperlukan ialah salinan opsyen persaraan dan senarai tugas kita di tempat kerja yang disahkan oleh ketua jabatan ( bos kita la tu)juga perlu disertakan. Kesemua dokumen ini perlu dihantar ke PTJ ( Pusat Tanggungjawab) yang akan memproses permohonan ini. Aku punya permohonan ni aku hantar ke PTJ aku la iaitu unit kewangan Jabatan Pendidikan Negeri.
Ok tunggu la sampai permohonan lulus. Dalam lebih kurang 2 minggu insyaAllah, sampai la surat ni :
Surat kelulusan Permohonan Pembiayaan
Bila dah terima surat ni, kita kena reply balik surat dengan isi borang yang disertakan bersama-sama surat ni iaitu borang setuju terima pembiayaan ni dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan surat lulus . Dah lepas tarikh selama 6 bulan bermakna terbatal kelulusan ni secara aotumatik.
So dengan lulusnya permohonan ini, kita kena sediakan satu akaun BSN untuk pihak kerajaan kreditkan jumlah pinjaman tadi. Hanya 2 bank yang dibenarkan untuk proses kredit amaun pinjaman BSN dan satu lagi CIMB kalau tak silap. Tapi aku dulu buat akaun BSN ja. Tapi harap hampa semua tahan dugaan la no...jangan dok guna duit ni pi berjoli sakan. Ini khas untuk pembelian motosikal. Bukan apa segala pembelian dan transaksi lepas ni perlu disediakan bukti kepada pihak kerajaan untuk menunjukkan yang kita tidak salah guna pembiayaan yang telah diluluskan. (aku dulu hampir hanyut nak guna duit tu beli PS4 dengan Mountain bike..nasib baik aku bersabaq..hahaha..Alhamdulillah)
Dah lulus tak semestinya selesai..haha..satu lagi dugaan yang perlu dihadapi ialah ketiadaan stock moto yang dinanti-nanti. Duit dah ada, tapi moto yang dibooking masih tak kunjung tiba. Kadang-kadang dah ada stock tapi untuk turn orang yang booking dulu. Kena plak warna moto yang kita nak jadi pilihan ramai, lagi la tunggu lama. Salesman pun macam-macam alasan bagi. Production slow la, moto colour yang kita pilih que la pasai terlalu bnyak booking. Time ni kena sabaq sikit la. Dan akhirnya......
Ada pulak orang buat superman dalam rumah..haha
Ok ni la antara step-step awal cara-cara mohon pinjaman kenderaan kerajaan. Bila dah keluaq motor masih lagi tak selesai proses dokumentasinya. Ada lagi dokumen yang perlu di lengkapkan. So cukup dulu untuk setakat ni pasai yang penting ialah proses permohonan dan berjaya . Step lepas ni hampa akan tau sendiri bila hampa dah mula buat step-step awal. Kalau ada soalan yang bermain di fikiran boleh la terus tanya di ruangan komen . InsyaAllah aku bole tolong huraikan kekeliruan tu. Nak lagi senang, mai aku tolong urus kat hampa tolong mohon kot ada yang berminat. Tapi ada pengeras la sikit kan...haha..RM200 untuk setiap permohonan yang berjaya...macam mana boleh ka?? Nak moto apa?? RS150R??125Z?? SYM185??..cuba try mohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan.